Assalamualaikum..
Cuti sekolah dah nak datang lagi. So bincang punye bicang rasa macam nak repeat balik makan Tomyam dan Pulut Mangga kat Hatyai la. Buat masa sekarang ni, apa pon tak buat lagi… cuma perancangan aja baru nak start ni.. hotel pon belum booking lagi.. maybe kalau semuanya ok, dalam minggu depan booking kot.
So, trip ke Hatyai kali ni saya offer kepada readers Sawanila.com yang nak join sekali ke Hatyai bersama-sama. Buat masa sekarang ni, 2 family dah confirm pergi. Kami sekeluarga dan rakan kami sekeluarga. Maybe kami offer 1 or 2 slots lagi kepada sesiapa yang nak join. Kalau ramai sangat pon tak syok gaks, dalam 3-5 families tu kira cun la tu rasernya.
OK.. planning pergi dengan kereta sendiri, petrol sendiri-sendiri, perbelanjaan shopping tanggung sediri, semua kos penginapan sendiri tanggung, cuma booking hotel tu jer yang boleh buat sama-sama tapi sendiri bayar la… so dengan kata mudahnya.. SENDIRI TANGGUNG.. hehehhe
OK.. perkara yang perlu ada
- Kenderaan yang cukup sifat dan berkeadaan baik
- Salinan geran (fotostat) kenderaan 2 keping
- Salinan insurans policy/cover notes kenderaan Malaysia
- Insurans Thailand – akan dibeli di Changlun RM16 – kereta, RM25 MPV
- white card – RM2 seorang – di Changlun
- Passport yang belum tamat tempoh
- dan duit secukopnye.
Cadangan atau perancangan trip
Sabtu 10 March 2012
2:45 AM (M) | Berkumpul di R&R Bertingkat Sg Buluh |
3:00 AM (M) | Bertolak |
5:30 AM (M) | Berhenti rehat dan Solat Subuh di R&R Sg Perak atau R&R Gunung Semanggol (bergantung kepada masa) |
7:30 AM (M) | Berangkat ke Changlun |
11:00 AM (M) | Tiba di Changlun. Beli Insurans, Whitecard |
11:30 AM (M) | Proses kastam/imegresen Malaysia/Thailand |
12:00 PM (M) 11:00AM (T) | Sekirannya semua selesai, Berangkat ke Hatyai. Nak singgah kat Danok beli cekodok pon boleh |
12:00PM (T) | Tiba di Hatyai dan check-in hotel |
1:00 PM T) | Makan tengahari di Restoran Salma. |
FREE AKTIVITI or shopping kat kedai-kedai berdekatan spt Lee Garden, Santisook,kimyong,Central Department Store,Nora Plaza dan disekitarnya |
Ahad 11 March 2012
Pagi dan seterusnya | Selepas sarapan, Melawat pasar pagi (Morning Market) |
Shopping ler | |
Jalan-jalan pusing Hatyai/Songkla. Ni tengok majoriti. nak bawak kenderaan sendiri ker or sewa van. Kalau bawak keter sendiri susah parking woooo…. naik van or tut tut lagi ekonomi… tempat menarik – Songkla Beach, Floating market, | |
Makan tgh dan Malam ikut keadaan, majoriti kata makan jer kita cari restoran. | |
Selepas tu ikut suka |
Isnin 12 March 2012
Pagi | Selepas sarapan. Sapa yang nak repeat shopping tu pi ler…. |
11:00 AM (T) | Check-out hotel dan berangkat ke Danok |
12:30 PM (T) | Makan Tgh dulu kat Restoran Mak Jah, Danok |
2:30 PM (T) 3:30PM (M) | Berangkat pulang. Dijangka perjalanan mengambil masa 6 – 7 jam.. so pepandai kita sesama cari tempat berhenti kat Gunung Semanggol or Sg Perak…. |
Oklah.. ni serba sedikit perancangan ye.. kepada sesapa yang nak join.. kene cepat sebab dalam sehari dua lagi.. kami akan buat booking hotel… Ingat tempat adalah sangat terhad dan hotel pon pack sebab cuti sekolah…
Kalau ada apa apa.. boleh tinggalkan diruang komen dan kami akan update dari masa ke semasa tentang perkembangan Trip Hatyai nih
teringinnya nak gi jalan2 tapi hubby asyik busy ajer..huhuhu
jom jom
makk aii menggiurkan betul mangga tu…
memang akn menjadi makanan ruji kalau gi sana
bestnya… kuat betol la u ni yatie bole travel pepagi buta camtu dgn bebudak. kalau i mesti collapse kot.. hehehehee
hehhehe dorang dah biasa sbb kalau balik kampung memang travel time mcm ni
errk… ni g naik kereta Malaysia baw ake sana ker atau tinggal kat sempadan??huhuhu
ishk.. macma menarik jer… tp tak der BUKU MERAH….waaaaaaaaaaa
apa kelas tinggal keter kat sempadan… terus drive sana baru syokkk!!!… hehehehhehehe
Bawak masuk sana….senang.dgn budak barang byk
wah!seronoknya dah siap ada jadual perjalanan lagi:) nanti tolong makankan pulut mangga untuk saya:)
Ye saya akan tolong mkn..pulut mannga, pulut durian, pulut ayam…mmg makan pulut je la nampaknya..tomyam gak
senang tak nak solat disekitar hatyai?
senang.. masjid n surau banyak