Monthly Archives: January 2012

Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Assalamualaikum,

Dah lama rasernya kami tak pergi serang seafood dan sejak kebelakangan ini Sawanila.com dapat banyak hits dari readers pasal seafood kat Pantai Jeram so last weekend kami sekeluarga pon pergilah buat lawatan sambil makan ke Pantai Jeram. Kami tiba agak awal juga la kat Pantai Jeram tu dan masih awal lagi untuk menjamu selera so pusing-pusing usha kawasan sampai la terjumpa Pantai Remis.

Agak happenning gaks la Pantai Remis tu. Selepas main layang-layang kat Pantai Remis, kami kembali semula ke Pantai Jeram yang jaraknya hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Di Pantai Jeram terdapat 2 restoran ikan bakar yang popular yakni Aroma Ikan Bakar dan satu lagi Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Kali ni kami mencuba disini pula sebab Aroma dah cuba so nak ubah selera tekak skit..

Medan Ikan Bakar Jeram ni saya katakan agak menarik juga dari segi hiasan dalamannya dan menyediakan kemudahan tempat letak kenderaan yang mencukupi serta serta playground kanak-kanak untuk bermain. So, kalau bawak kanak-kanak tu bolehlah lepaskan diorang bermain disitu.

 Tengok tu, tempat makan yang selesa dan jika anda nak datang makan beramai-ramai pon boleh sebab meja panjang tersedia yang boleh menampung rombongan Cik Kiah menjamu selera. Bagi kami, kami cukup selesa untuk makan kat meja bulat di tepi sungai aja.

Dan perkara yang paling penting sekali, Surau yang bersih tersedia. Suraunya sangat bersih dan boleh menampung jemaah yang agak ramai. Sesudah saya menunaikan solat Asar (yg agak lewat juga dikerjakan) dalam jam 6, kami pun pergi ke tempat memilih ikan dan makanan laut.

Seperti kebanyakan restoran makanan laut, pilihan ikan-ikan dan makanan laut yang segar-segar tersedia untuk dipilih. Harga dan cara masakan tersenarai dibelakang jadi senang bagi kita untuk buat anggaran.

Tengok tu, Sotong yang tersangat segar, memang sesuai sangat kalau digoreng tepung. Hah yang ni plak.. KETAM bunga.. masih biru lagi dan kami pilih untuk masak Goreng Berlada.

Adeh, geram masa pilih ikan. Kalau ikut nafsu rasa macam nak masukkan semua jenis ikan kat situ sebab terlampau la segarnya dan ikan pon masih tersengih-sengit lagi. Akhir sekali kali pilih ikan kerapu untuk dimasak Sweet n Sour. Selain daripada tu, ada juga pepahat, kepah, dan macam-macam jenis kerang untuk dipilih tapi kami tak amik la.. sebab takut tak abis makan kan… membazir plak.

Kat situ, bukan sekadar makanan laut aja, kepada sesapa yang nak tambah satay pon ada.. so kalau nak lagi syok, tambah la satay ayam or satay daging secucuk dua baru ngam… Oh ya… sebelum terlupa.. kepada korang yang nak tempah or pergi makan kat Medan Ikan Bakar Jeram nih… amik no tepon kat atas nih.. pas tu sendiri call dan buat booking ye…

Ish ish ish.. gambor kecik la.. ok Ni dia kepada yang nak booking dan makan sila catit no tepon kat bawah ni

OK.. Satu pujian juga harus diberikan sebab servis dia agak cepat juga dimana kami tak perlu menunggu lama. Biasalah kan, average dalam 20-30 minit untuk masakan panas tu dah kira ok la tu. Kalau nak dibandingkan dengan restoran sebelah yang beraroma tu, bagi pendapat saya, Medan Ikan Bakar Jeram nih jauh lagi pantas servis dia drp Aroma. Satu pujian.

Meh kita tengok apa rupa makanan dan minuman yang saya makan tempoh hari… Tengok tu.. Air Fresh Orange dan Tembikai.. kami order satu jug setiap satu….

Sayur Campur

Sayur campur ni memang sedap dan very light taste, memang perfect cook dimana kesegaran sayur itu masih lagi dirasai. Ditambah pula dengan ayam dan sotong memang cukup sedap untuk dilawankan dengan nasi.

Sotong Goreng Tepung

Sotong Goreng Tepung, memang tak sah kalau makan seafood takde ni. Tapi yang ni bukan calang-calang sotong goreng tepung. Memang sedap tak terkata.. tepungnya yang rangup dan tidak berminyak sangat memang perfect sekali. Sampai sekarang masih terasa kerangupan sotong goreng tepung ni.. antara sotong goreng tepung yang sedap bagi saya. Saya bagi 5 bintang.

Kerapu Sweet n Sour

Adoi mak ehh.. Ikan Kerapu tersengeh atas meja nih memang sedap sangat. Ikan kerapu nih kalau nak rasa kenikmatannya, masakkan yang sangat sesuai adalah sweet n sour ataupun dimasak 3 rasa. Selain daripada tu kalau nak steam atau kukus pon sedap gaks. Tapi kali ni kami buat sweet n sour. Raser masam-masam manis skit ditambah pula dengan rasa manis ikan yang original tu memang cukop untuk membuka selera. Saya bagi 5 bintang gaks untuk ikan kerapu nih…

Ketam Goreng Berlada

Ketam Goreng Berlada ni merupakan signature dish kat Medan Ikan Bakar Jeram nih. Kalau nak makan ketam saya syorkan sangat-sangat masakan yang nih. Yatie siap cakap tu lain kali kalau pergi ke sini, nak makan ketam nih aja. Mana taknya, ketam yang super segar tu dimasak secukop raser. Rasa manis ketam dilawankan pula dengan cili yang sikit-sikit pedas tu memang sedap sekali. Memang 5 bintang la saya kasi.

Sebagai pelengkap hidangan, tak lupa kepada telur dadar dan juga nasi putih. Secara keseluruhan satu pujian harus diberikan kepada tukang masak kat sini sebab kesemua masakan yang dimasak memang sedap-sedap belaka dan perfectly cooked. Just nice takde over cooked dan takde yang under cooked. Memang 100% perfect cook dimana semua masakan tersebut masak dengan sekata dan masih lagi kekal kesegarannya.

Tengoklah macamana Yatie makan, memang serious abis tu sebab taknak lepaskan kenikmatan dan kelazatan semasa makan tu. Memang berbaloi sangat-sangat makan kat sini dan kami syorkan kepada semua yang nak makan kat Pantai Jeram supaya mencuba kat Medan Ikan Bakar Jeram ni sekali dan pasti anda terpikat punye.

Oh ya sebagai penutup, harga kat sini sangat-sangat berbaloi dan boleh dikatakan murah. Semua yang kami makan diatas tu cuma berharga RM87 sahaja. Memang berbaloi baloi sangat la dengan harga tu. Dan kepada sesiapa yang nak pegi ni dia Map dia dan kepada sesapa yang pakai Garmin.

GPS Position: N3 13.550, E101 18.292


View Larger Map

Dan akhir sekali, inilah SawaScore dari kami….

Pantai Remis

You all pernah pergi Pantai Remis kat Kuala Selangor tak? Last Saturday kiterang pi sana. Dalam pukul 4 camtu, elok je sampai sana before asar. Actually kiterang nak pi makan seafood kat Jeram tu, but since sampai awal, so ke Pantai Remis dulu.  Masa sampai tu ingat tak nak turun, tapi tengok ..wow happeningnye…

Bukan happening apa pun happening tengok orang menjual sayur-sayur kampung, ada ubi kayu, tapai, betik muda..macam-macam lagi la. Tapi yang menarik perhatian saya adalah seafood yang dorang jual. Ada mentarang, tiram, siput, anak dara laut (yang ni binatang pelik, asyik pancut je) , kerang  XL yang dok asyik tersengih je.

Mulalah kiterang anak beranak menjakun. Geram nak beli tapi kiterang tak bawak kotak ice. Memang telah saya sematkan dalam hati, Insya’ Allah kalau pergi lagi, nak bawak kotak beli Mentarang. Nampak tak mentarang tu kat gambar atas.. besar-besar geram. Takpe…nanti pergi lagi pujuk suami ku itu.

BUkan setakat binatang laut dorang jakun…dorang jugak jakun dengan layang-layang. Nak tak nak terpaksa beli layang-layang sorang satu. Harga dia RM5 satu. tersengih-sengih masing-masing dapat kites.

Ni brother kites tolong pasang tali. Sabar menanti. Siap bayar sendiri tapi pakai duit papala kan.

Tengok muka memasing..tersengih je….maklumlah..dapat main layang-layang tepi pantai..

Ramai gak orang main layang-layang kat sini.Masa ni air baru nak pasang. Oklah..tempat nak lepak, cuma kalau pantai ni dibersihkan sikit, batu-batu tu disusun elok, mungkin dia boleh jadi tempat rekreasi yang lebih menarik dan selamat.

Kiterang lepak sejam gak kat situ sebelum pusing balik ke Pantai Jeram untuk makan seafood plak.  Next time kite pi lagi ok anak-anak? Dorang happy lah dapat main layang-layang kat sini.

Kat mana nak makan seafood yang sedap?

Panjang nye tajuk dia…hehehe ni gara-gara dok mencari port nak makan seafood yang sedap masa cuti CNY hari tu. Banyak lah tempat dok google, Most of the tempat mesti ada yang kasi negative , ada yang kata tempat tak berapa bersih, meja kotor lah… eeuwww yang ni no no no, we are very fussy about this. Dah lah bebudak ni cerewet, meja kotor tak nak duduk. Pastu ada review tempat tu serve dia lambatlah… adddoiii yang ni memang tak syok, sebab kalau pi makan ngan bebudak memang takleh tunggu lama nanti budak boring. Ada gak yang cakap rasa kurang memuaskan, makan tak fresh… so last sekali we all decide tak payah pergi la…

We all selalu makan seafood , banyak gak try tempat- tempat yang berbeza cuma kali ni nak cari tempat yang tak pernah pi lagi… any recomendation?

For those yang dok cari tempat makan seafood yang sedap boleh try kat sini

Bagan Lalang

Selalu kalau nak makan seafood kiterang pergi HM Bagan Lalang tu je…. jauh gak tapi makanan dia ok. Ni masa ni pergi pmasa tak habis pantang 100 hari lagi so I makan ikan stim je. Pastu pergi lagi makan betul-betul..ikan bakar sedap, sotong tepung sedap

Yang ni kat Jeram plak…. sedap gak makan cuma serve lambat sikit. Tapi okay lah sebab bebudak boleh memain kat tepi pantai sambil menunggu. Ha yang ni nak pi kena booking dulu, takut takde tempat.

Kat Restoran Nakhoda kat Umbai pun sedap. tapikan jauh le nak pi. Tapi kalau buat reunion adik beraki ok gak kan.Black pepper crab dia is the best.You all boleh baca review kat sini.

Satu lagi tempat yang sedap, Seri Muara Alai kat Melaka.Restoran tepi sungai pastu choices of seafood banyak sangat. Nak baca review ada kat sini ye.

Tapi kalau ke belah Pantai timur lagi best sebab seafood dia murah sikit. Boleh tray kat Tanjung Lumpur. Kaw kaw punya sedap. Nara Seafood sedap, Phuket Seafood pun not bad and yang unik Ikan Bakai Petai. sedap tau n murah.

So you all ada tempat nak rekomen tak untuk Sawanila Family pi terjah? tapi jangan lah kome cakap kat Sabah nun…