Yearly Archives: 2011

Masterchef blogger – round 2

Hari Sabtu lepaskan ada lagi Masterchef Blogger. So I pergi lagi. Bukan nak menyibuk tau, just hantar my sister. Dia pun join event.Selain my sister, my friend pun ada. kira rapatlah jugak sebab kiterang satu office dulu. Birthday pun sama. namanya Ayu.Keluar rumah awal… nak pi amik my sis kat Sri Damansara sekali GPS tunjuk salah jalan…..dia pi Ara damansara.. boleh???

Amik my sis je terus ke Hartamas, sampai tinggalkan dia kat situ and kiterang pi makan sarapan dulu. Lepas sarapan baru I boleh pikir dengan waras. tula apsal tak makan kat rumah tadi??? Pastu naik balik… Dorang baru nak masuk rupanya ingatkan dah masak… Then I pun amik gambarlah kerjanya. Nak lebih-lebih tak boleh sebab nanti orang cakap apa plak kan….

Tengah nak pakai apron… reti ke tak tuh???hahah harus reti dah kerja hari-hari pakai apron. Dia ni bakers…tukang buat roti. amik course Math…tapi nak kerja buat roti…

2nd round dorang dapat udang. perghh syok ah dapat udang. I pun confuse apa nak buat dengan udang tuh. Nasib baik my turn dah lepas.


tu kentang tu nak masak apa? finally dia kupas je tak pakai pun…


siang udang ….
udang mahal ni….semua sengih dapat udang sbb jap lagi dorang nak buat kenduri…


nenas goreng..you all pernah makan tak???


time hias.. dok sibuk dengan penyepit dia… last I cakap tokpayoh pakai nyepik..paka tange lagi cepak… tangan ke cuci doh..
dah siap. grill udang dengan percik kot…tapi pedas giler..

Pesta udang…


Judge tengah dok taste makanan…. Judge ni siap panggil I..tanya you datang sini ajar kawan-kawan ke.. I said no lah just sent my sis and support her. Dia tanya dah ready for final ke??? hahaha gua cakap belum. nanti kita tengok isi dalam kotak dulu ye…

Ramai blogger otai kat sini..Kak Ina KL, Jejai, Cik Lily Putih,  with me and my sister sidah.

macam-macam pesen masakan….

Yang I tau I nak try masak lomak ni ha… tapi habis dah

sessi kenduri……….


sedap …………….
skill test pun kena buat poached egg..

ni sidah punya.. I tak tolong eh….

snap gambar blogger….yang baju merah tu Ayu

baju belang Zaid

cik jemah viruspadu yang nervous and kak Ayu Arjuna….sempoi je suruh anak rasa sedap ke tak

group photo…..yang lain hakak tak kenal hehehe almaklum saya ni pemalu….kah kah kah

pastu tunggu lepas keluar keputusan sapa dapat masuk final then terus balik sebab ada hal pulak lepas tuh…ANW tahniah kepada Bro Jejai sebab masuk final .

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysiayang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104

Resepi : Grilled chicken ala sawanila during Masterchef blogger

asal baru nak tulis resepi Rayyan kacau..ni pun dok beriba minum susu…

Resepi ni ciptaan sendiri. Dorang kata sedap tapi Ashraff kata tak sedap. I kata ok la kot…

Masa dapat je bahan I dah blank and blurr..apa aku nak buat dengan ayam ni. ting ting buat Chicken Parmesan..tapi berangan la..mana ada cheese tu semua.So..I potong jelah bahan dulu sambil kepala dok try nak ting kan mentol. arghh belum dapat idea..takpe… buat vinaigrette dulu…pastu perap ayam. pastu grill separuh masak…dulu. baru pikir nak masak apa. pikir punya pikir baru dapat idea. buat mushroom creamy sauce. sayur tu grill je pastu serve dengan vinaigrette.

Resepi seperti di bawah

INGREDIENT

  • 2 keping dada ayam
  • cumin powder secukup rasa
  • pepper n salt to taste
  • 1/2 capsicum – potong panjang
  • carrot -potong nipis panjang
  • mushroom
  • minyak untuk masak

METHOD

  • panaskan api, grill sayur sampai masak tapi kena rangup
  • masak mushroom goreng dengan butter and pepper
  • grill ayam sampai masak
  • letak tepi semua

resepi sauce

  • 1 cawan cream
  • 1 senduk mushroom – cincang
  • 1 biji garlic – cincang
  • 1 sudu butter
  • black pepper secukup rasa

METHOD

  • panas kuali, masukkan butter
  • tumis bawang putih sampai naik bau
  • masukkan cendawan…kacau sampai layu
  • masukkan cream and kacau tapi jgn sampai mendidih tutup api
  • sedia untuk di hidang

cara buat vinaigrette: 1 tsp djon mustard, 1 sudu balsamic vinegar,1 sudu gula, 1 sudu lemon juice,1 sudu olive oil.. goncang sampai sebati boleh curah kat sayur… tis is to balance rasa muak cream sauce.Masa nak hidang tu.. percik kan sedikit serbuk paprika…

So untuk event Masterchef blogger esok, jangan takut ok..just enjoy the event… chewah mementang dah lepas kan

and pada yang dok tunggu Masterchef Malaysia, berikut adalah details nya:

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysiayang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104

 

Tolong Support Wife Saya Masa Finale Blogger MasterChef Nanti…

Inilah wife saya, Yatie, yang ramai antara blogger kenal as Yatie_Sawanila kan… Semenjak dia terpilih as one of the finalist Blogger MasterChef, tetiap hari dok termimpi-mimpi apa yang harus dimasak masa hari finale nanti sampai saya pon raser macam takde topik lain dah yang nak dibincangkan kat rumah.

Sebenarnya, wife saya ni bukannya masuk rancangan Masterchef, tetapi untuk sesi panas badan rancangan MasterChef tu, pihak Astro dan Nuffnang telah buat satu pertandingan sama seperti Masterchef tetapi hanya khusus untuk Blogger di Malaysia ini dan dinamakan sebagai Blogger MasterChef Malaysia. Alhamdulillah, pada peringkat separuh akhir lepas kami telah terpilih sebagai salah seorang dari 5 peserta ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 15hb Oktober nanti.

Kalau korang nak tahu, Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysia yang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104

Semuanya masih lagi jadi TANDA TANYA ????

Ok.. berbalik kepada apa yang akan diperhidangkan semasa Finale Blogger MasterChef nanti… semua masih lagi menjadi misteri… apakah bahan-bahan asas yang akan ada dalam kotak misteri itu nanti…. dan dengan daya kreatif yang ada, perlu berfikir dan bertindak cepat agar dapat menyediakan hidangan yang sedap, lazat dan hebat dalam masa yang telah ditetapkan. Secondly, untuk Skill Test… apa plak skill yang pihak penganjur suruh buat nanti.. Pada semi-final lepas, semua peserta kena buat Poach Egg. Tak tahu lah masa final nanti kena buat apa…  Apa-apa pon you can do it my wife.. hehehhehehe…….

Sebelum tutup cerita hari ni…. alangkah hebatnya kalau masa final nanti boleh buat macam gini

Grapes rolled in goat cheese with pistachio crust

or ini….

Sous-vide Egg with caviar and smoked potato

Or ini…..

Seared Alaskan Day Boat Scallop

Or ini…..

Squid Fettuccine with Wasabi sauce

Or Ini plak…

Lobster Risotto with lobster sauce.

Opppsssss… Ini pon menarik gaks….

Wrapped potato sea bass with shredded crabmeat and mushroom.

Nak tahu sapa buat hidangan yang hebat itu semua…..

Ni dia… BOBBY CHIN yang buat daaa…..  Alangkah bagusnya kalau masa final nanti boleh buat macam gitu… Anyway.. all the best my wife.. I know you can do it!!!!!!!