Semenjak kami menggunakan Unifi pada bulan Februari 2011 lalu, pada mulanya kami sangat berpuas hati dengan kelajuan melayari internet. Memang laju sangat jika dibandingkan dengan Streamyx. Seronok bila dapat tengok Youtube tanpa lagging dan download movie dalam masa yang sangat singkat.
Sehingga hari ini, speed Unifi masih lagi laju tetapi apa yang membuat kami sedikit kecewa dengan Unifi adalah perkhidmatannya kerap kali terputus, tergendala, rosak dan sebagainya. Yang paling tak tahan adalah dalam dua minggu yang lepas, 5 kali perkhidmatan tergendala dan setiap kali service down kami terpaksa hubungi Unifi Customer Service. Sekali down, dalam 2-3 hari baru nak solve dan yang terakhir ini sudah hampir 2 minggu tetapi masih tidak solve lagi…
Agak malang kalau service down hujung minggu or hari Jumaat dimana kami menghubungi TM Custermer Service dan diorang cakap takda technician yang bekerja hujung minggu so kami terpaksa menunggu sampai hari Isnin plak.
Ni satu pengalaman kami minggu lepas.
Selasa – 29 Nov 2011
Telefon tak berfungsi, takleh call-in dan takleh call-out. Call Unifi CS(customer service), dan CS arrange technician datang. Pada masa nih internet dan IPTV masih lagi berfungsi cuma telefon aja yang tak berfungsi.
Jumaat – 2 Dec 2011 – 12:30pm
Pada jam 12:30pm, technician datang rumah untuk check… check punye check takda apa yang rosak cuma mengikut cakap dia card dalam MDF rosak dan kene reboot balik… ok lah tu.. Masalah selesai.
Jumaat – 2 Dec 2011 – 10:30pm
Pada hari yang sama pada jam 10:30 malam…. Semua service Unifi takda langsung dimana phone, IPTV dan internet semua down… Call Unifi CS lagi… seperti biasa la.. dia suruh OFF dan ON kan setup box dan wifi router.. tapi service masih lagi down… then CS cakap ada upgrade kat kawasan saya dan service should be restored on the next morning @ 8am…
Sabtu – 3 Dec 2011
Pagi Sabtu (3 Dis) keesokkannya, dalam kul 10am tak restored gaks.. tunggu sampai petang pon tak retored gaks.. call balik CS… dia cakap dia akan fwdkan masalah ke network team…. Malam Sabtu pon masih takde apa-apa news dan semua service masih lagi down…
Ahad – 4 Dec 2011
Call lagi CS… dia cakap takde technician plak untuk datang check.. so kene tunggu Isnin…. HAMPEEEEEEHHHHH!!!!!!!!!!!! So, kat sini baru faham kalau ada masalah Unifi ujung minggu sekian maklum la kene tunggu sampai hari Isnin
Isnin – 5 Dec 2011
Pagi-pagi lagi dah call CS. dia cakap tecnician is on the way… by 2pm diorang cakap should be an update.. tapi HAMPEH takde… ada la 5 or 6 kali call CS rasernya tapi semua jawapan sama… biasalah jawapan diorang kene forwardkan masalah ke bahagian network untuk solvekan…. Dalam kul 5pm baru service restored.
Selasa – 6 Dec 2011
Telefon plak bagi problem balik.. takleh call-in n call-out balik…… call CS.. Service restored selepas reboot devices. Dalam hati terdetik macam nak kena balik jer nih
Rabu – 7 Dec 2011
Hari Rabu (semalam) dalam sebelah malam…. problem balik ngan telefon.. masalah sama… takleh call-in n call-out… kali nih dah reboot semua devices pon down gaks… call CS…. dia cakap they will attend this problem on the next day…
Khamis – 8 Dec 2011
HARI INI KHAMIS (8 Dis)….. PAGI 8 am.. SEMUA SERVICE UNIFI DOWN BALIK UNTUK KALI YANG TAH KEBERAPA TAH DAH TAK BOLEH KIRA LAGI…. CALL UNIFI CUSTOMER SERVICE….. PON SAMA JUST BAGI ALASAN YANG SAMA DAN SAMPAI SEKARANG NIH PON SERVICE MASIH LAGI TAK RESTORE…
Kepada Telekom Malaysia…. TOLONGLAH PELANGGAN macam kami nih.. kami nak satu perkhidmatan yang stabil bukan perkhidmatan yang kejap ada dan kejap takda macam biskut……
TOLONGLAH………. dari 29 Nov sampai sekarang nih Unifi masih lagi problem.. takkan sampai nak masuk Aduan Rakyat kot baru nak amik tindakan…
UPDATE : JUMAAT 9 DEC 2011
Setakat jam 10:00am ni.. semua service masih down.. dah call CS diorang cakap diorang dah hantar technician dan kalau technician tak call balik sebelum kul 5.. diorang suruh call balik CS
3:45pm : semua service masih lagi down dan tak terima apa apa call dari technician… nih raser macam dah kene kencing ngan TM nih…. hampeh tul……
Sabtu 10-12-2011 12:30pm :
Technician datang dan tukat BTU,… Alhamdulillah… selesai dan semua masalah dapat diatasi selepas menguji tahap kesabaran kami
AHAD 11-12-2011 7:30 PM
HAHAHAHAHAH… JADI BALIK… TEPON DAH TAKLEH CALL-IN N CALL OUT.. this is really HAMPEH……
ISnin 12-12-2012
Service Unifi dah restore balik.. boleh senyum balik dah