Kadang-kadang atau mungkin kerap terasa malas nak masak yang jenis dok lama kat dapur. Yelah mana nak layan anak, mana nak layan kerja lain boring gak lepak kat dapur. So masak mana yang sempat je. Hari tuh nak masak sayur tapi malas nak amik kuali, tumis-tumis dan cuci kuali ..heheh malas terlampau nih. So decided to make Shredded Cabbage Salad . Ala yang macam selalu kita makan kat restoran jepun tuh. Tapi dorang pakai mayonnis jepun yang berkrim tuh. Kat rumah ni takde mayonis jepun yang ada mayonis biasa dan thousand island. So pakai thousand island je. Sedap gak salad ni, makan dengan nasi pastu buat lauk simple. Rayyan suka plak salad macam ni.
Resepi Shredded Cabbage Salad
INGREDIENT
- semangkuk kobis yang telah dihiris nipis (kalau ada shredder dia lagi bagus)
- 1/2 lobak merah iris nipis
- 1/2 bawang besar hiris nipis
- 1 sudu madu
- 1 sudu cuka epal
- 1 sudu kecil minyak zaitun/sunflower/kelapa sawit pun boleh
- garam dan lada hitam secukup rasa
- thaousand island secukup nye
METHOD
- cuka, madu dan minyak dikacau sebati (goncang dalam botol lagi bagus) dan rasakan garam dan lada hitam
- Satukan sayur yang telah di potong halus – sejukkan dalam peti sejuk
- Bila sedia untuk dihidangkan, gaulkan sayur dengan bahan yang telah dikacau tadi (madu, cuka, minyak)
- letak thousand island di atas sayuran.
Next time nak buat, ingat nak letak purple cabbage plak…makan dengan nasi pastu pekena plak dengan Negimaki, sure terangkat
cemana ye nak bg anak suka sayur?
i dh selit² dlm nasi/mee/roti pn dia masih ada msa pilih…
pdhal dah sikit pnya kecik alam sayur tu..
lahaiiiii…..
Blh try buat secara tersembunyi…buat creamy brocoli soup,savoury muffin ,carrot muffin,tak pun buat popiah goreng….