Demam masterchef dah.. dah 2 malam berkobar-kobar tuggu nak tengok Masterchef Malaysia.Tapi macam hampa sikit lah sebab
3 chef merangkap juri dan host kaku
First night tengok wah best tapi macam tak syok sangat sebab Juri yang jugak host cakap maca baca buku sastera. Kan best kalau dia bleh bersahaja cakap. Memang la dorang chef-chef yang layak tapi rasanya..penting jugak cara untuk berkomunikasi. Sebab dorang bukan setakat berkomunikasi dengan peserta tapi dengan penonton yang kat luar ni. Nasib baik semua dok tunggu nak tengok MCM kan. Cubalah bersahaja…Malam kedua pun macam tu… mungkin dorang tak dapat membiasakan diri lagi kot. Memang susah gak. I paham sebab pernah mengalaminya. So mungkin penonton yang kena adopt dengan kekakuan juri kot . Mungkin kah?
Iklan banyak sangat
Taula nak iklankan sponsor, tapi kalau every 15 minit kira melampau lah sebab we not getting the astro free… bayar ok. Dah lah charge astro asyik naik je. Dah kalau nak iklankan sponsor tu tak payahlah nak iklankan rancangan serasi bersama tuh. Mesti uolss nyampah kalau banyak iklan kan.
Membazir
gila dorang membazir. Orang miskin nak beli telur sepapan pun rasa terbeban.. ni MCM mai buang je. Tu belum kira bab bawang lagi. Wei bawang mahal tau. Naper? tak boleh ke buat skill test pakai time. Ok sapa boleh potong bawang paling banyak dalam masa 10 minit? Sapa boleh asingkan telur dalam masa 10 minit? Barulah tak membazir. Ni tak puas hati main buang…membazir tuh. taulah barang sponsor tapi jimat lah sikit
Apa kata yo all? You all tengok Mastechef Malaysia tak?