Resepi : Grilled chicken ala sawanila during Masterchef blogger

asal baru nak tulis resepi Rayyan kacau..ni pun dok beriba minum susu…

Resepi ni ciptaan sendiri. Dorang kata sedap tapi Ashraff kata tak sedap. I kata ok la kot…

Masa dapat je bahan I dah blank and blurr..apa aku nak buat dengan ayam ni. ting ting buat Chicken Parmesan..tapi berangan la..mana ada cheese tu semua.So..I potong jelah bahan dulu sambil kepala dok try nak ting kan mentol. arghh belum dapat idea..takpe… buat vinaigrette dulu…pastu perap ayam. pastu grill separuh masak…dulu. baru pikir nak masak apa. pikir punya pikir baru dapat idea. buat mushroom creamy sauce. sayur tu grill je pastu serve dengan vinaigrette.

Resepi seperti di bawah

INGREDIENT

  • 2 keping dada ayam
  • cumin powder secukup rasa
  • pepper n salt to taste
  • 1/2 capsicum – potong panjang
  • carrot -potong nipis panjang
  • mushroom
  • minyak untuk masak

METHOD

  • panaskan api, grill sayur sampai masak tapi kena rangup
  • masak mushroom goreng dengan butter and pepper
  • grill ayam sampai masak
  • letak tepi semua

resepi sauce

  • 1 cawan cream
  • 1 senduk mushroom – cincang
  • 1 biji garlic – cincang
  • 1 sudu butter
  • black pepper secukup rasa

METHOD

  • panas kuali, masukkan butter
  • tumis bawang putih sampai naik bau
  • masukkan cendawan…kacau sampai layu
  • masukkan cream and kacau tapi jgn sampai mendidih tutup api
  • sedia untuk di hidang

cara buat vinaigrette: 1 tsp djon mustard, 1 sudu balsamic vinegar,1 sudu gula, 1 sudu lemon juice,1 sudu olive oil.. goncang sampai sebati boleh curah kat sayur… tis is to balance rasa muak cream sauce.Masa nak hidang tu.. percik kan sedikit serbuk paprika…

So untuk event Masterchef blogger esok, jangan takut ok..just enjoy the event… chewah mementang dah lepas kan

and pada yang dok tunggu Masterchef Malaysia, berikut adalah details nya:

Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysiayang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104

 

3 thoughts on “Resepi : Grilled chicken ala sawanila during Masterchef blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.