Monthly Archives: September 2011

Rendang 5,10,15

Rasanya minggu ni tak masak nasi dengan lauk sangat. malas and takde mood nak makan nasi. So Kheirul suruh buat rendang. Hish buat rendang? SO apalagi buat jelah rendang. I guna resepi MIL kasi hari tuh. 5 10 15. Nak tau apa 5 ,10,15? 5 bawang putih,10 bawang merah,15 lada kering….

Masak rendang makan dengan nasi impit dan ketupat dakap. NIlah rupa ketupat dakap…

Ni ketupat , isi dia pulut hitam + pulut putih. Rasa dia lemak-lemak. Kalau tak nak makan dengan rendang, boleh cicah dengan nnise aka gula melaka yang cair.This is my mom speciality.Kalau tak nak dengan nnise or rendang boleh cicah sambal daging/serunding daging…sedap

REndang tu memang sengaja buat lebihkuah. tak buat kering sangat. Resepi dia nantilah eh….

Muafakat membawa berkat

Tak tahulah orang lain tapi I dah tak tahu nak masak apa…blur , takde idea nak masak apa. Dah 2 hari makan nasi impit for dinner. First buat rendang daging campur paru dan limpa, pastu semalam buat kuah kacang. For kids, I buat mihun sup. Tapi nasi impit kuah kacang jugak dorang bedal. Ni nak citer pasal buat kuah kacang nih… semalam masa nak bersihkan kulit kacang, semua anak-anak saya membantu dengan jayanya. normally I buat sorang, main tampi and blow senang. habis dorang sibuk nak tolong…layan jela kan.

So I ajarlah camner…Semua la kopek … Ashraff (takpi sekolah sebab sakit perut), Afriena yang baru lepas kena cubit pun join and off course my little pumpkin aka Rayyan. Dia pun sibuk tolong. Abang dia suruh dia kutip yang dah peeled letak dalam bakul. Pandai jugak Rayyan ni. ikut instruction. Tapi yang kelakar nye dalam 5 biji tu, satu mesti masuk mulut dia.

Habis kopek kacang, time nak menumbuk plak..semua dah kena halau ke living hall sebab konpem kalau sorang tumbuk semua nak. just me yang buat. tiba-tiba Rayyan datang nak tolong… dia tolong letak kacang sebiji-sebiji dalam lesung while mama dia pounding. mula-mula sebiji-sebiji, lama-lama segenggam dia letak…hish sampai penuh. Settle tumbuk-menumbuk dengan bantuan Rayyan, masaklah kuah kacang yang lepas tu dirasmikan oleh anak-anak dengan roti. Malam tu semua makan lagi…no wonder semua tidur awal..kenyang la tu

Itulah posting hari ni muafakat membawa berkat. Eh you all ada tak rasa malas nak masak???

Citer Raya – 2nd day Raya

Dah habis raya pertama yang penat…kan kita citer raya kedua plak. Oh ya masa raya pertama my family datang. Satu batalion lah datang. Bukan jauh pun setakat 45 minute perjalanan je. So takdelah terkilan tak beraya denan family. kan kan kan…tu yang senang bila kahwin dengan orang dekat-dekat. tapi takleh awan my sis, sebelah kampung jo. lunch kat rumah mertua, dinner kat rumah sendiri…lagi best.

So on raya kedua, Bangun pagi pukul tak berapa pagi gak lah sebab nak masak pun semua dah dimasak, so bangun mandi-mandakan anak-naka, suami mandi sendiri , breakfastkan dorang. My kids senang breakfast minum mila and makan ketupat. tak payah nak prepare pelik-pelik. Husband plak… tak nak breakfast lagi…awal. katanya lepas ke kubur.

Balik from kubur, baru makan. hari tuh breakfast nasi dan dagig singgang yang dibungkuskan dari masjid. Sedap sangat sampai sekarang dok terngiang-ngiang rasa dia yang sedap. Ingat lepas ke kubur boleh terus ke rumah my family, tapi MIL kata kena ke rumah sedara mara dulu lagipun dia nak follow ke my house jugak. So ..raya rumah sedara mara..then kul 1 baru balik rumah kat Temangan. sampai je, hidang nasi kat tetamu. Mak saya masak, tumis ikan bilis dgn petai,singgang ikan tongkol, sambal tempoyak, ayam goreng and ulam raya. Laju je semua makan… Lepas setel semua, tetamu balik, I makan, solat then keluar pergi machang cari hotdogutk buat bbq. BerBBQ di malam yang dingin. best gak. Sebelum  berBBQ ada buat solat hajat for my SIL yang nak bersalin anytime tuh. Pastu apalagi start le BBQ. Acara tahunan masa raya.

terpaksa BBQ kat depan rumah.Nak buat kat belakang takleh sebab hujan. Ni tukang bakar. Lagi sorang amik gambar. Tukang makan kat atas rumah.