Monthly Archives: September 2011

Blogger MasterChef Yang Pertama

Hari tu kan…I ada ckap nak masuk MasterChef , tapi tak masuk pun sebab takut tak boleh memenuhi syarat-syarat dia. Dah isi borang siap dah tapi bila mengenangkan takut kena duduk asrama macam Akademi Fantasia, berjauhan dengan anak yang masih menyusu. Tapi kini tidak lagi!!! sebab Nuffnang telah membawakan satu contest Blogger MasterChef Yang Pertama.Macam dah nampak bayang-bayang anugerah Blogger MasterChef Yang Pertama. Harus kena berangan sebab tanpa angan-angan tiadalah cita-cita, dan tanpa cita-cita, tiadalah usaha.

 

Tapi bila memikirkan ramai blogger memasak yang power-power ni….buat I takut dan nervous. Tapi takpa, bila lagi nak mencabar diri sendiri? Kata nak buka Restoran kan.So let me introduce my signature dish… yang tak pernah dijamu kepada orang lain. Yang pernah rasa cuma suami je ye. Resepi yang senang tapi sedap dan menarik sampaikan Chef Celebrity terkenal, Bobby Chinn pun tanya apa rahsia kuah dia. Tak caya ? sini mari tengok.

Kalau Chef terkenal dah tanya macam ni apa lagi tunjuk skill la. My best ever Sweet Sour Chili Crab . Satu hidangan yang istimewa dengan rasa ketam yang manis, kuah yang sedikit pedas , sedikit masam dan manis dan jugak lemak-lemak. Mesti you all nak tahu macam mana nak masak kan???? Adalah rahsianya. tu yang I kena masuk  Blogger MasterChef Yang Pertama, baru boleh nak tunjuk skill.

Tapi I show-show la sikit camner nak masak ….mesti ada ketam, secret sauce, secret cooking style and ready

pekena plak dengan mantau ni kan peghhh sedap tu…

Walaupun I tak dapat nak masuk MasterChef Malaysia, Tapi I begitu tak sabar nak tengok rancangan dia.

Nak tau bila Masterchef start? sila tengok details di bawah

MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!

So, kengkawan amacam, layak kah saya bergelar Blogger MasterChef Yang Pertama ? Kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!! kerana saya ingin mencabar diri saya sendiri dengan menyertai pertandingan ini.Walaupun saya tak lah pandai sangat nak buat benda pelik-pelik , tapi oklah janji boleh telan.

 

Pecal

Hari tu kan pergi makan kenduri kat kampung si SumiJelly, adalah pecal. sedap tu pecal. I memang suka and hantu pecal cuma kekadang jumpa yang tak berapa . Dah lapan tahun kahwin ni lah pertama kali buat pecal sebab I ingat Kheirul tak makan pecal, sekali kau tak ingat makan pecal. Hari tuh I makan sikit je, so tak puas hati I buat sendiri.

Bukan susah pun buatnya senang je…Selalu my mum or my mak long buat dorang goreng cili and bawang, tapi I tumis sebab takut kang kiterang sakit perut almaklum kami semua perut kodi.Salah makan je cirit birit.

Must have tempe and tauhu. Ashraff makan tauhu je. Papa dia cakap macam anak cina. I cakap kalau makan tauhu je macam cina, tapi kalau makan dengan kuah and tempe terus jadi jowo.

Resepi dia?

INGREDIENT

  • Kacang Tanah – di sagai
  • Cili kisar
  • sebiji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • semangkuk air
  • asam jawa segenggam
  • gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa

METHOD

  • tumis cili dan bawang sampai naik bau
  • pastu masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam
  • bila mendidih maukkan kacang yang telah ditumbuk
  • kacau sebati bila mendidih tutup ,
  • boleh hidang dengan sayur kegemaran ramai

Rayyan is @ 18 months

Alhamdulillah Rayyan dah 18 bulan dab masih menyusu badan. Syukur susu pun masih banyak dan masih terasa engorge. Yang penting minum air banyak. Now Rayyan kuat makan. Favourite breakfast dia cereal. Semangkuk kecik tu tak cukup mesti bertambah. So mesti ada macam-macam  cereal, cherios,honey star or koko crunch. Letak susu dia makn lah sampai licin tapi susunya dia tinggalkan je.

Rayyan very manja tau, nak main mesti nak ajak abang or kakak. Kalau dorang tak nak join mula la merajuk. Merajuk pun ada pesen, kadang angkak satu kaki, kadang menyusup sampai bawah mejalah…

Words pun dah banyak sikit….tapi bahasa german dia je lah…Kalau orang suruh buat itu ini dia pahamlah..dia buat je, contoh suruh bukak kasut, simpan kasut, simpan toys….Kalau tidur bangun je panggil mama. Kalau mama tak attend dia, satu rumah dia cari sambil nangis-nangis…

Note: Next month birthday Ashraff n Afriena, tengah pikir apa plan nih