3 hari tanpa suami….

Tajuk..tak ingat cam sedih jekan.. hahaha. Takdelah actually Kheirul pergi outstation for 3 days so, macam tak best nye hujung mingggu family bersama anak saja. Memang tak best sebab semua benda kena uruskan sendiri. Since Khamis lagi dah bersendirian dengan anak. Bila takde suami di sisi ni, bab nak masak macam malas sikit  sebab takde geng nak  makan. So masak pun ala kadar. Hari Jumaat masak sambal ayam dengan sayur, sabtu plak nasi goreng. Anak-anak? dorang makan mac n cheese. Lain tak nak. Hari-hari mama dorang kena masak Mac n Cheese. Nasib baik hari jumaat keluar beli cheese.Kira macam first time bawak 3 orang anak keluar sendirian pergi supermarket. Selalu kalau berempat ni I berani bawak pi kedai kat rumah je. Bukan apa, Yang kecik tuh takleh duduk diam, yang abang n kakak dia suka explore tempat…

Budak kecik yang kuat makan n nak makan sendiri, Sila abaikan sisa tinggalan seni kat belakang tu.

Tapi kali ni alhamdulillah dengar cakap. Awal-awal cakap, kalau nak ke Jusco, mesti behave, no running no screaming no no no. Sampai sana, Rayyan dok dalam trolley, Ashraff n Afriena tukang amik barang. Dorang macam walking list. apa yang takde dorang amik. Cheese, cereal, fresh milk,fruits, shampoo dorang , nappy adik dorang bla bla n most of the barang adalah barang doranglah. Hajat sebenar nak kesana cuma cari nappy Rayyan, sebab kat kedai or supermaket kat rumah takde Mamypoko, terpaksa ke Jusco.

Tiga beradik makan bersama…tengok Rayyan sempat lagi nak cilok pinggan kaka dia

Tapi yang dibawak balik adalah banyak jugak.phewww…Nak mengangkat balik rumah satu hal…penat tuh. Balik je lepak jap baru masak sebab dorang nak Mac n Cheese. Sabtu plak, tak keluar pi mana, just bawak dorang pergi swimming… Oh ye bila papa dorang takde, secara automatik dorang mesti nak tidur dgn mama dorang. so satu katil 4 orang….Ahad plak, semua dah excited nak amik papa dorang kat opis, lepas tu dorang pow nak makan Chili’s plak…

4 thoughts on “3 hari tanpa suami….

    1. Yatie Post author

      nina… hehehe dulu pun i ngada ajak my sisters teman tapi sekarang kena berdikarilah lg pun dorang kerja…n i learned from the other day masa hb masuk hospital. nak tak nak kena dok sendiri.tapi boringla

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.