Salam semua,
Ni nak cerita dengan detail skit masa kat Bangkok minggu lepas. Setibanya kami kat airport Bangkok, dalam fikiran ni pon ada rancangan nak pi ronda-ronda dan dah rancang awal-awal nak pi salah satu theme park kat sana. Just main hentam aja masa tiba kat airport tu terus tanya counter taxi tentang ground arrangement, mana tahu diorang buatkan.. so pi la kat counter taxi kat airport tu… pilih jer mana-mana counter taxi yang ada buat promosi Thai Tourism Board…. kebetulan plak Tourism Board Siam tengah buat promotion kat beberapa tempat dengan harga discount yang hebat.. so pilih punye pilih… kami pilih untuk ambil City Tour dan Grand Palace… Alhamdulillah… kami dapat secure RM50 (B500) untuk private tour by van… murah tu untuk satu hari pusing-pusing bandar dengan tour guide.
Pas tu plak.. kami tanya lagi untuk package Dream World… diorang cakap… kalau tempah kat counter mahal… so diorang suruh nego sendiri dengan tour guide keesokkan harinya… So, satu TIPS dapat kat sini.. untuk buat ground arrangement.. baik nego sendiri ngan tour guide… sebab memang dapat murah…
Seperti yang dijanjikan, on the second day kami kat Bangkok, pagi-pagi lagi kami dah bangun dan dalam jam 9 pagi tour guide tu dah terpacak depan hotel untuk bawa kami pusing bandar dan melawat Grand Palace… Kira ok la tour guide tu, nama dia Ms Patama… so so la English dia.. janji paham… dia panggil saya “Brother”, Yatie as “Sister”, Ashraff as “Boy”, Afriena as “girl” dan Rayyan as “Baby”… cukop sempoi sekali….
Masa on the way pi Grand Palace tu… memang nampak sangat orang Siam ni memang agungkan Raja diorang.. kat mana-mana nampak gambar dan potrait raja.. kalau lagu kebangsaan berkumandang, terus tercegat jer…. memang respek la…
Bergambar depan Grand Palace Complex Bangkok (kiri – bersama Ms Patama)
Sesampai aja kat Grand Palace Bangkok, dalam hati tu tertanya-tanya… apa ke bende yang best sangat kat situ…. Dalam kepala dah ingat macam lawatan sambil belajar sejarah jer kot… dan takde ler expect apa sangat pon….
Kaunter tiket dan pintu masuk ke Grand Palace
Sesampai jer terus beli tiket, seorang RM35(B350) = RM70 la… bebudak under 7 is FREE… TIPS… suruh tour guide beli tiket n nego untuk masuk budak FREE… heheh… Perrrhhhhh… masa beli tiket tu pon dah berpusu-pusu pelawat… macam tengok bola la plak ramainya orang yang datang.. kebanyakkan mereka datang dengan tour guide…
Masuk-masuk jer Ms Patama dok terangkan tentang cerita disebalik mural (lukisan) pada dinding tu.. kalau tak silap ada 75 lukisan dan setiap tu menceritakan satu riwayat… Masa tengok mural ni ler saya dah mula kagum dengan hasil seni diorang… very detail dan sungguh unik.. tak pernah tengok kat mana-mana lagi lukisan seakan tu…
Grand Palace Complex nih sebenornya adalah satu komplex kerajaan Thai pada zaman dulu yang merangkumi Istana Raja, Chandi or kuil, serta beberapa monument dan juga dewan-dewan bangunan… AMARAN: INI SEKADAR GAMBAR SAHAJA UNTUK DIKONGSI BERSAMA. Kerana terdapat beberapa gambar yang mengandungi patung-patung serta arca-arca yang bercirikan agama Buddha.
Antara gambar-gambar yang menarik disana yang sempat saya ambil:
Ni patung ‘Yak’. Yang jadi pengawal istana.
Yang sebelah kiri tu Chandi Phra Si Rattama.. Gold plated beb.. 24K gold tu… Yatie ada tanya boleh kikis buat gelang tu…. Yang sebelah kanan tu plak Prasat Phra Thap Bidon macam dewan utama tok sami diorang ler….. pon dihiasi dengan begitu indah sekali dengan 24K gold dan kaca-kaca berwarna-warni…
Kepada sesapa yang nak tengok gambar boleh pi Gallery yer or CUCUK SINI untuk tengok gambar-gambar yang kami ambil kat sana tempohari.
Bagi saya yang minat photo nih… ini merupakan satu peluang yang tidak saya lepaskan… dan paling saya suka bila saya bermain dengan atap dan langit… saksikan beberapa gambar yang saya ambil….
Semasa kami di pusing-pusing kat situ, Yatie ditegur oleh 2 orang minah Jepun tu… rupa-rupanya diorang tu ler minah yang dok makan sekali kat Restoran Yana di MBK Plaza semalamnya… punye excited diorang… cakap macam ayam dan itik aja pakai sign language jer….
Selepas tu kami beredar plak pi melawat musium… tapi kat musium tu kamera takbeh guna.. so takde gambar.. cuma apa yang saya boleh katakan kat dalam musium tu mempamirkan koleksi pakaian peralatan istiadat istana raja siam serta sejarah tamadun siam dari awal hingga kini. Selepas tu, kami pi beredar plak melawat ke perkarangan istana pulak.. kagum dengan senibena.. sungguh menarik sekali…
Dalam tengah hari panas terik tu, sempat gaks ler tengok Change of Guard kat depan Istana tu.. Cuma hari terlampau panas dan bebudak tak berapa selesa… so kami cut short aja…. Kira boleh tahan ler menarik gaks Grand Palace ni… Kepada yang suka photografi… kalau pergi ke Bangkok, jangan lepas peluang untuk singgah melawat Grand Palace ni…
On the way back tu hotel, kami pon nego ngan Ms Patama lagi sekali untuk arrangement ke Dream World Theme Park keesokkan harinya. Apa yang saya perhatikan, kita boleh bermain harga dengan tour guide nih… sbb diorang based on commission dan kalau kita pandai nego, kita dapat harga yang menarik..
Tetapi sebelum tu kene google around dulu la berapa entry fee dia.. untuk Dream World… entry fee RM75/pax (B750) tak kira beso kecil.. harga sama….. so nego punye nego ngan Ms Patama tu, kami dapat secure RM380 (B3800) untuk satu family… termasuk entry fee, transportation dan lunch…. mula-mula dia mintak B4000(RM400) tapi bila cakap discound jer dia tanya how much you want…. so gedebuk gedebak.. dapat 3800 bath….. kira ok la tu…..
Oklah … cukop kat sini dulu.. tunggu sambungan kat Dream World plak ye lepas ni….