Monthly Archives: May 2011

Makan di hospital

Salam semua,

Hari ni dah masuk hari ke-4 saya menginap kat hospital nih. Sebelum cakap panjang, saya ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua yang telah menghubungi saya dan bertanya khabar saya samada melalui facebook, email, tepon dan sebagainya. terima kasih. Untuk pengetahuan semua, saya berangsur pulih dan berkemungkinan saya akan discharge hari Isnin atau Selasa minggu depan InsyaAllah. Cuma sekarang nih tengah tunggu result the second MRI scan.. kalau OK… boleh balik….. kalau tak ok.. emmmmmm kene makan makanan kat sini lagi la….

Citer bab makan jer terus sihat, maklumlah makanan kat hospital nih memang superb.. Sungguh menyelerakan…. Orang yang sakit pon tak rasa sakit la kalu tengok makanan kat sini…

Nasi Goreng + Ayam Goreng, cup ayam dan buah

Hari pertama aja pada hari Khamis lepas, hidangan makan malam yang cukup sedap. Rasa nasi goreng tu very light terutama kurang garam dan tidak terlalu oily… Ayam goreng perfect…. tapi biasalah.. kat sepital nih dia akan kurangkan garam.. tak kisah la tu semua.. janji licin

Grill Fish mashed potato, steamed vegie dan light soup

Pada hari Jumaat plak, menu untuk breakfast saya tak amik gambor sbb roti ngan telur aja makan bersama kopi. Tengahari plak… memang sedap giler… grilled fish.. ikan cod plak tu.. memang sedap tak ingat punye… sampai orang yang sakit pon hilang sakitnyalah…

Grilled chicken with tomato coulis, mashed potato dan fresh salad.

Jumaat sebelah malam plak, huhuh…grilled chicken la plak… ayam boneless dengan sos tomato tu memang sedap, even though rasanya very light tetapi herbs yang digunakan tu sudah cukup untuk memberikan rasa yang sempurna. Dimakan pula dengan salad segar… huhuhu……

Breakfast – simple pancakes

Sabtu, pagi-pagi lagi makanan dah sampai.. very simple pancakes dimakan ngan madu… pada masa tu lidah saya kebas skit sebab amik ubat so takleh nak raser dengan betul… tapi pancakes tu cukup lembut dan senang nak telah walaupun kerongkong sakit…

Sebelah makan tengahari saya amik grill fish lagi + nasi.. sebab dah rasa lama plak tak makan nasi putih.. and sebelah malam plak grill chicken chop ngan brown sauce, makan plak dengan sayur steam dan mashed potato lagi… Pada hari tu saya tak dapat raser dengan betul sbb pengaruh ubat.. tapi naluri saya kata makanan tu sedap… so tetap licin makan sampai abis….

Dan hari ini Ahad…. pagi tadi tak amik gambor lagi… sbb roti ngan scramble egg…. lagi takbleh nak komen sbb baru amik anesthetics so.. lidah kelu dan kebas… so telan aja apa yang dimakan….

Baru kejap tadi kedua-dua doctor cakap everything is going to be fine and just continue the medicine.. tapi yang tak sanggup tu, saya dah lost track berapa botol air garam dan berapa botol antibiotics dah masuk ikut tangan nih.. dah naik sembab dan membengkak tangan kiri nih…

Ok.. tentu ramai yang nak tanya progress saya kan… untuk pengetahuan semua.. saya “in recovery mode”.. bahasa komputer la plak.. kata orang kampung saya.. semakin pulih.. batuk pon dah banyak berkurangan dan tak semput serta senang bernafas dah.. Alhamdulillah….

OKlah.. nanti kalau ada perkembangan terbaru… saya akan update… kirim salam kat semua orang kampung… heheheh

Saya Dah Buat Duit Dengan Nuffnang Grapevine!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Hari ni saya nak kongsi skit, baru tak sampai 10 minit join Nuffnang Grapevine, saya dah buat duit…. Maklumlah, saya nih lembab skit.. dah 3 hari Nuffnang Grapevine nih dilancarkan, saya baru terkedik-kedik nak mencuba….

Walaupon dua posen.. tapi itu satu permulaan yang cukup bagus bagi saya. Korang semua tentu nak tahu apa itu Nuffnang Grapevine kan…

Grapevine adalah salah satu cara bagaimana kita boleh menjana pendapatan extra melalui pembaca blog kita. Seperti yang anda sedia maklum, pendapatan dari iklan Nuffnang adalah berdasarkan 2 cara iaitu bilangan pembaca dan  bilangan klik pada iklan. Bukan sahaja blogger, malahan pembaca blog juga berpeluang menghasilkan pendapatan melalui perkongsian laman sosial masing-masing… so win win situation la… tuan punye dapat duit dan pembaca pon dapat duit…

Bagaimana caranya… itu mudah aja.. cucuk image bawah nih….

Kalau korang jumpa iklan Grapevine nih pada bahagian Skyscraper, korang cepat-cepat cucuk mana-mana button laman sosial..eg cucuk kat logo facebook (STEP-1) tu dan lepas tu isi plak email korang.. kalau korang dah daftar ngan Nuffnang or ChurpChurp… isi email korang yang korang guna untuk daftar Nuffnang / ChurpChurp…

Last sekalil… check email korang.. dalam email itu ada link.. pas tu..  guna kempen url tu plak dalam korang punye FB, Tweeter or mana mana sosial network yang korang ada…. kat dalam email tu gaks ada redeem link… click aja korang nampak dua posen ada kat dalam…


JOIN CHURPCHURP SEKARANG!!!