Resepi: Ikan Merah Tauchu

Dah lama rasanya tak makan ikan masak taucu. Last rasanya masa duduk kat Singapore meaning after SPM la kot. Duduk with my auntie. After SPM I duduk sana and kerja. My mom pun jarang masak ikan masak taucu sebab my abah tak berapa suka. Bila tengok kat twitter ada orang masak ikan masak taucu, dok terbayang 2-3 jam. Tak boleh jadi ni, kena masak jugak. So petang u pergi cari taucu and balik rumah terus masak. Since kat dalam fridge ada stok ikan merah, so jadilah Ikan merah masak taucu. Tengok bahan-bahan nye dia bawah ye

INGREDIENT

  • 3 keping ikan merah – di goreng
  • 2 sudu taucu yang dah hancur (kalau pakai yang kasar sila tumbuk)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar – hiris besar
  • 1 bawang putih – hiris
  • 1 inci hali muda – hiris
  • 1 biji lada hijau – di hiris (tapi I pakai cili padi letak sebiji – biji baru syedap)
  • sedikit gula

METHOD

  • Panaskan minyak
  • tumiskan bawang dan halia
  • bila bawang layu, masukkan taucu dan kacau
  • Masukkan air, kacau hingga mendidih
  • Masukkan ikan dan cili
  • Gaul sebati, rasakan dengan sedikit gula.
  • Sedia untuk dihidang

Kalau masak taucu, tak payah pakai garam sebab dah masin. Just balancekan dengan sedikit gula. Kaau nak letak timun pun ok sedap gak. Semalam pun masak ikan masak taucu lagi.. ngeh ngeh

2 thoughts on “Resepi: Ikan Merah Tauchu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.