Monthly Archives: March 2011

Done the follow up

Fuh tadi macam biasalah bangun pepagi sbb alarm clock bangun dulu. Sapa lagi si Rayyan yang very hensem nih.Bngun je menggagau nak susu. Percubaan memberi susu formula masih tidak berjaya. Tapi masih mencuba sebab nanti nak pi keluar tinggal ngan papa dia. Kang susah plak. Tak minum kang. Tapi takdelah risau sangat sbb dia kuat makan and suka air masak.

Bangun jer, buat apa yang patut then pergi kejut my little diva, suruh mandi. Kena kejut dia dulu sebab dia lambat siap. Nak sikat rambut lah, nak ikat rambut la, nak pakai losyen la… gua pening. Bila dia dah settle baru boleh kejut anak teruna plak. Hari ni tak pi sekolah. No sekolah agama and sekolah cina sebab dia ada appointment dengan ENT.

So dalam kul 8 gitu after Afriena and Kheirul off to tempat memasing, I pun siapkan budak 2 orang nih. Then kena harung jem untuk ke opis Kheirul. Kena amik dia dulu then ke hospital. Punyalah jalan jem, memang mulut tak habis dok pot pet kalau jalan jam. camnerlah you all yang kena harung jem hari-hari ek?? Nama je ada lorong CERDIK tapi tak secerdik yang dirancang. 45 minutes gaklah baru sampai his opis then terus ke Bangsar plak. Sampai jer terus register and menunggu.Nasib baik waiting time cuma 15 minutes jer. Masuk jer, I dah ala-ala cakap hindi sebab doktor tu cakap English ada bunyi hindustan hay. Doktor check cakap telinga ok, gegendang ok. Takde luka apa. dah. Ubat pun tak payah makan. Boleh mandi macam biasa. Cuma tak boleh pergi swimming lagi kena tunggu lagi seminggu baru boleh swimming. Oh I dah lama tak pi swimming dah dekat sebulan kot.

Masa nak keluar dari bilik doktor, doktor siap cakap ” Nanti hati-hati kawan sama itu budak” stay away from the kid. (sila baca slang hindustan). And habis je kiterang pi makan. Dah lama tak pekena Ikan bakar tangling.Tapi taste dia dah tak kick macam dulu lah….After makan hantar Kheirul then terus balik rumah. Pehh rasa semacam jer pecut kereta kat highway tadi.

 

IKLAN HARI INI:

3 Restoran Yang Kita Nak Serang

Salam semua,

Naper ler hari ni semua orang sekeliling dok citer pasal makan aja.. jumpa orang ni tanya pasal makan, jumpa orang tu dok citer pasal makan gaks.. kebetulan geng-geng penyangak kat sini dok rancang nak serang restoran yang belum pernah cuba lagi.. so saya senaraikan ler 3 restoran yang kami rancang untuk diserang. 3 Restoran itu adalah:

Image from tasikidaman.com

Restoran Tasik idaman

Alamat:44A, Jalan Idaman 84/89, Batu 26,
Jalan Jenderam,
Dengkil, Selangor
Tel:+6012 260 7994
Cuisine: Seafood

 

Restoran Cheng Ho Chinese Islamic Seafood (Amy Search)

Alamat: 15 & 17G, Blok 3B,
Jalan Wangsa Delima 10,
D’Wangsa (Belakang Pasaraya Carrefour) Seksyen 4,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-41496094
Cuisine: Cina Muslim

 

image from sekinchanikanbakar.com/

Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Alamat:lot 15681,
Jln Setiawangsa 8 & 13, 54200
Setiawangsa Kuala Lumpur.
Tel:  03 4251 5766
Cuisine:Ikan bakar yg pelbagai disajikan dgn sos ramuan sekinchan

 

So kengkawan…. kepada sesapa yang pernah menikmati masakan dan hidangan kat restoran-restoran diatas tolong bagi komen. Komen anda sangat-sangat kali alu-alukan