Sebelum baca, sila lah LIKE sini dulu. Please , please, please
Wah tadi pagi hantar Ashraff pergi Sekolah agama. Cam biasalah sampai on the dot. berlari Ashraff masuk kelas sebab dia ada ujian hari ni. Tetiba nampak 2 orang Ustazah dok lambai kat saya, Den dok cakap dalam hati, Apo laei la ustazah ni nak, yuran den dah bayar. So I bukan seatbelt Rayyan then dokong sikecik yang dok menggelupur nak berjalan.
Sampai ke kelas je, nampak cikgu dok marah sorang budak pempuan. Budak nilah yang suka ngambik barang budak lain. Agaknya Ustazah dah tak larat dengar komplen mak bapak kot pasal budak ni. Yang ni kes pasal dia amik kaler pencil Ashraff. Dia tak nak kasi balik kat AShraff. Tu yang ustazah suruh I join sekali. I tak masuk pun jenguk kat luar. Malas nak masuk campur. Ustazah tanya betul tak awak ambik pensel warna Ashraff? Budak tak ngaku, so cikgu selongkar beg budak tuh, jumpa sekotak kaler pensel Ashraff, pandai gak budak tu, dia potong nama Ashraff. So Ustazah tanya Ashraff ” Ni Ashraff punya kaler pensel ker” Ashraff angguk je.
Ustazah pesan kat budak tu, LAin kali jangan buat lagi nanti Ustazah panggil mama dia lagi nak? Dia geleng jer. Lepas I tanya Ustazah,
Wah garangnye ustazah?
Takde saya geram sangat. Semalam budak baru keluar makan, dia pergi selongkar beg budak lain lagi
Pastu I cakap kat ustazah, sebenarnya saya tak kisah pasal barang dia amik tu tapi perangai nanti kalau tak larang sampai ke besar dia buat.
Ustazah cakap, memang betul… saya memang geram dengan budak nih
Pastu tadi after school , budak tu nampak I terus lari. hahahah takut kot. Cuma bapak dia ni nak kena bahasakan .
“NO SMOKING IN SCHOOL AREA”
Bagus jugak Ustazah garang. Biar anak murid terdidik betul.
Tapi ada juga mak bapak yang tak suka pulak…
mmg bagus… tapi garang kena bertempat. sebab ustazah ashraff ni very lemah lembut and always senyum sekali marah budak terkejut jugak hehehe
hmmmm kesian budak pompuan tu dah lekat perangai mencuri…camana la mak ayah die hmmm///nak marah sesangatpun budak…dah jadi tabiat bahaya ni
kesian budak tuh.. nak marah rasa nya patut ckp kat parent tapi parent dia buat tak tahu jer
Saya bukanlah nak kata apa..tapi kadang ibubapa pun jadi puncanya.. dulu saya pernah nampak sorang bapak ni sorok-sorok buka packaging lego sambil pegang anak untuk anaknya amik/main.. anak nampak bapak mencuri.. jadi macamana..
kekadang benda macam ni mungkin dari senior bebudak nih…. takut jadi satu kegemaran susah nanti
budak2 ni dari kecik kena lentur…tapi takutnya ya…kecik lagi dah pandai selongkar2 beg org nie…mmm… moga2 dia berubah…
makpak budak tu tak cek ke beg sekolah anak? dah nampak ada harta orang, bila antar anak pi sekolah tu, pulangkan lah balik kat cikgu… iskkk