Monthly Archives: August 2010

Resepi: Sambal Udang versi sawanila

INGREDIENT

  • Udang 10 ekor
  • Bawang besar 1 labu
  • bawang putih 2 biji
  • 4 sudu cili kisar
  • sedikit belacan -2 inci
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu gula
  • garamg secukupnya
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

METHOD

  • Kisar cili, bawang dan belacan
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga garing
  • masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau
  • Rasakan dengan garam dan gula
  • Masukkan udang, kacau rata
  • Bila udang separuh masak, masukkan sedikit air
  • Biar udang masak dan sambal pekat sedikit
  • Matikan api dan sedia dihidangkan

Note: I tak pakai air asam jawa, pakai sos tomato lagi sedap. Sos tiram macam menaikkan lagi rasa udang. Selamat mencuba

Ramadhan 14- simple menu

Berbuka semalam adalah antara yang tersedap. Habis nasi seperiuk. Selalu masak 2 cup tak abis tapi semalam abis. Adakah kerana I masak sambal udang? Oh kuih di atas adalah dibeli dari gerai biasa. Tapi semalam kuih dia tak sedap. Karipap je yang sedap

For the first time since bersalin barulah dapat merasa sambal udang yang di masak sendiri. Sedap….

And juga ada ayam goreng. Macam biasa my ayam goreng selalu diperap dengan halia, bawang putih dan kunyit.Ingat nak buat ayam goreng berempah, tapi malas nak menumbuk. Afriena ada offer nak tolong tumbuk rempah tapi kalau dia tumbuk, mau 3 jam dia main kat situ.Kang sepah dapur. heheheh I tak suka dapur yang bersepah…

So hari ni ingat malas nak masak… beli jelah. So far berpuasa baru sekali makan yang dibeli. What to eat today???Ingat pasal makan je kan. Apalah nasib orang kat Pakistan dan Palestin. Dorang bukak puasa makan apa ye? I selalu bebel kat bebudak kalau dorang tak abis makan, cakap kat dorang yang orang lain ada yang tak dapat makan. Pastu kalau ada keluar dalam TV tunjuk orang tak dapat makan, cepat-cepat i tunjuk kat dorang biar dorang tengok .

Shawarma untuk Ramadhan ke-13

Untuk Ramadhan ke-13… saya buat resepi istimewa dari Tanah Mesir…. Maklumlah dulu famili saya pernah menetap di Kaherah Mesir,dan makanan kegemaran saya masa dok sana dulu adalah Shawarma… Kalau disana dulu, shawarma kambing yang paling digemari tetapi kali ni saya menggunakan daging lembu sebagai gantinya…. Kebiasaanya Shawarma ni dimakan dengan sos Tohinah or Tahini…. yakni sos kacang masam tetapi memang takde kat Malaysia ni so.. digantikan dengan sos tomato jer….

Rasepi Shawarma Daging:

  • Daging segar
  • garam secukup raser
  • lada hitam ikut suka
  • rempah campuran (mixed herbs) <- ada jual kat kedai dlm botol….
  • cuka satu sudu
  • sos BBQ 2 sudu besor
  • sos tomato
  • minyak zaitun (sesudu)
  • Bawang satu labu dihiris / cincang
  • timun ikut suka… dihiris / cintang
  • roti pita yang beli kat kedai
  • mayonis

Cara Masakan…. senang jer….

  • perap daging dengan sos BBQ, garam, lada hitam, mixed herbs….
  • pastu pan fried jer dengan minyak zaitun sesudu dua……..

  • hah jangan lupa untuk jimatkan masa…. masuk sekali bawang + timun tu

  • bila dah masak…. hiris / cincang daging tu….

  • kemudian… masak balik…
  • gaul sekali daging, bawang + timun tu…
  • untuk menggantikan cuka arab… saya gunakan sos tomato jer… masukkan 2 sudu besor sos tomato.. gaul puas puas

  • lepas tu pepandai ler hangatkan roti pita tu seminit dua…
  • selitkan daging shawarma tu ke dalam roti pita bersama mayonis..
  • pas tu makan ler

  • hah.. yang nih plak Yatie yang masak bubur pulut hitam untuk Ashraff + Afriena.. nak resepi mintak kat dia