Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

Ramai rakan saya bertanya saya tentang macamana procedure untuk memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Jadi, saya tulislah serba ringkas bekaitan dengan panduan memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Sebenarnya bukannya sukar sangat pon untuk memandu di sana, cuma apa yang perlu kita ambil tahu ada procedurenya sahaja….

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Soalan: Bang… apa yang perlu saya ada sebelum memandu ke Singapura bang?

  • Nombor satu kene ada kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan cukop sifat, sihat tubuh badan serta mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah dan belum tamat tempoh
  • Lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh
  • Salinan pendaftaran kenderaan (geran) – sekiranya diminta semasa beli Autopass
  • Salinan insurans (cover notes or policy) – sekiranya diminta semasa beli Autopass

Soalan: Bang… saya dah sampai kat JB nih bang… saya nak ikut jalan mana?

  • ada dua jalan yang boleh seberang ke Singapura. Ikut Tambak Johor atau boleh Ikut Tuas (link Ke-2)

Soalan: Apa yang perlu saya tahu bang???

  • kene tahu serba sedikit pasal procedure memandu. Kene tahu pasal:
    • VEP – Vehicle Entry Permit.
    • Autopass – ala… macam touch n go ler kat Malaysia nih
    • ERP – Electronic Road Pricing… ala kira cam toll laa….
    • speed limit – jaga-jaga…..max 80kmh aja…
    • cara pemanduan

Soalan: Apa semua benda tu bang?? VEP, Autopass, ERP tu???

  • VEP (Vehicle Entry Permit)
    • nih macam permit masok kenderaan ler..
    • SG$20/sehari dikenekan untuk VEP pada hari bekerja (Isnin – Jumaat dari jam 2pagi – 5ptg)
    • TETAPI yang syoknye setiap kenderaan Malaysia layak untuk mendapat 10 hari pengecualian dalam setahun.. so free 10 hari ler tidak termasuk hujung minggu dan cuti am Singapura.
  • Autopass
    • nih macam touch n go ler.. tapi dia terikat pada nombor pendaftaran kenderaan
    • tidak boleh tukar milik/kenderaan… segala maklumat kemasukkan kenderaan direkodkan menggunakan autopass ni
    • autopass nih boleh tahan 5 tahun.. pas tu kene renew.
    • Kalau jual keter.. make sure simpan autopass nih untuk buat cancelation nanti…
  • ERP (Electronic Road Pricing)
    • nih macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu…
    • jangan risau sangat pasal nih.. untuk kenderaan Malaysia amik aja flat ERP nih SG$5 SG$10 sehari (hari bekerja)…… round ler satu pulau tu pon cuma SG$5 SG$10 jer sehari(hari bekerja)….. bayar masa keluar dari Singapore nanti menggunakan Autopass kat checkpoint Tuas or Woodlands…

Soalan: OK Bang!… boleh tak abang ceritakan satu per satu, step by step bang… camne saya nak masuk ikut Tambak Johor bang?

  1. Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan
    • Petrol isi penuh-penuh.. petrol kat SG mahel nak mamposs
    • dah isi WHITE CARD(Singapura) + Passport Malaysia. takde white card nanti kat CIQ mintak dan isi…
    • duit SG$ yang mencukopi..
    • bawak alat GPS kalau ada.. supaya senang tak sesat jalan….
    • pen jangan lupa bawa
  2. Sampai jer kat Kastam Malaysia Tambak Johor.
    • pandu lalu jer mana mana booth kastam
    • turunkan cermin kereta dan bagi salam dulu(kalau Islam ler)
    • senyum dan bagi passport untuk diperiksa
    • ucap terima kasih… dan terus pandu menuju ker Singapura……
  3. Sampai CIQ Singapura plak
    • pandu lalu jer mana-mana booth yang tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE…
    • turunkan semua cermin kenderaan dan bagi salam (jika Islam)
    • bagi passport + white card yang sudah diisi… or takde white card mintak dan isi
    • make sure passport dikembalikan beserta keratan white card tu… jaga bebaik keratan white card tuh kalau taknak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti…
    • terus memandu ke inspection booth.
  4. Sampai kat Inspection booth.
    • buka semua tingkap
    • buka bonet belakang dan driver kene turun dari kenderaan.
    • ikut arahan pegawai yang bertugas..
    • jangan lupa cakap terima kasih selepas diperiksa….
    • pssst… alah… diorang periksa takut ada orang seludup minyak masak, beras, gula, petrol,rokok……. etc….
    • terus memandu ke RED LANE untuk membeli AUTOPASS counter (untuk yang belom ada Autopass ler) Kalau dah ada Autopass, Step no 5 nih takyah buat….
  5. <UPDATE-2022> PROCESS UTK AUTOPASS SUDAH TUKAR… SILA RUJUK https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/driving/entering_and_exiting_singapore/cars-and-motorcycles-registered-in-malaysia.html
    • parking kenderaan elok-elok.
    • jumpa dengan attendant autopass tuh.. tanya dia “Kak/Abg, Saya Nak Beli Autopass”
    • then dia akan tengok road tax, lesen memandu dan apabila dia selesai periksa.. dia akan bagi kita satu slip..
    • bawa slip tu ke counter Autopass dan bayar SG$10
    • yabedabedu!!!… dah ada Autopass….  ingat… lepas nih pi cari 7-Eleven.. untuk top-up Autopass nih.. kalau tak nanti ada masalah plak nak keluar sebab tak cukop credit…..
  6. Dah dapat Autopass tu…. terus memandu ler ke destinasi yang nak dituju…
    • saya ikut GPS aja…. senang…..sebab tak tahu jalan….
    • SELESAI PROCESS MASUK…..

Soalan: Bang…lepas tu ada apa lagi saya nak kene buat bang??

  • pertama sekali cari 7-Eleven untuk top-up Autopass tu. sebab Autopass nih boleh digunakan untuk macam-macam seperti parking, bayar toll dan sebagainye… top-up ler dalam SG$30 senang….
  • pas tu ikut suka ler ko nak pi kemana lepeh tu…

Soalan: Ok.. saya dah tahu cara masuk.. Cara nak keluar dari Singapore plak bang camne..???

  1. Make sure Autopass ada credit
  2. boleh keluar ikut Woodlands or Tuas (link-2)
  3. Bayaran Toll
    • Woodlands = SG$1.20
    • Tuas = S$3.20
  4. Pandu lalu kat mana mana booth tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE
    • jangan lupa bagi salam (untuk Islam)
    • bagi passport + keratan white card
    • turunkan semua cermin kenderaan
    • senyum kat pegawai kastam Singapura
    • slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….
    • terus pandu ke Malaysia
    • jangan lupa cakap bye-bye Singapore yer…
  5. Sampai di Tambak Johor (MALAYSIA)
    • pandu lalu kat mana mana booth
    • bagi salam…….
    • serahkan passport untuk pemeriksaan
    • gunakan TOUCH N GO untuk bayar toll
    • jangan lupa cakap terima kasih…….
  6. SELESAI…………

Oklah.. itulah serba sedikit.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya…..

=============

INFO TAMBAHAN DARI LTA.GOV.SG

Foreign motorists without an In-Vehicle Unit (IU) in their cars (ala.. Alat macam Smartag untuk bayor tol tu)

1. Can I drive a foreign-registered car without an IU on ERP-priced
roads?

A: Yes, you can drive on any ERP-priced roads during ERP operational hours without installing an IU in your car. You will be charged an ERP fee of S$10 for each day you drive on ERP-priced roads.

This fee is payable with your Autopass card when you depart from the checkpoint. Just remember to have your Autopass card topped up (at 7-Eleven stores, selected petrol stations, top-up booths near the checkpoints and local bank ATMs) with sufficient cash balance to pay for ERP fees, VEP fees and toll charges before you proceed to the checkpoint.

2. How do I pay the ERP fees incurred?

A: The ERP system would detect foreign-registered cars without IU driving past any ERP gantry during ERP operational hours. On your departure at Woodlands or Tuas Checkpoint, the appropriate ERP fees (at a daily rate of S$10) would be deducted from your Autopass card.

206 thoughts on “Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

    1. kheirul Post author

      w’salam…
      setahu saya.. semua kenderaan boleh masuk asalkan sah didaftarkan dengan JPJ malaysia dan cukai jalan masih valid..

      Saya pakai CITRA gaks.. no problem masuk sana… cuma kalu pakai ‘thule’ kat bumbung tu jer susah skit pasal laluan kenderaan biasa cuma 2meter tinggi aja… so kene cari laluan/lorong yang tinggi skit semasa kat CIQ SG

      Reply
    1. kheirul Post author

      eemm…. kurang pasti….. tapi kalu ke siam tu ada… dia panggil border pass ke siam…

      untuk lelain tempat… group passport pon boleh rasernye.. tapi untuk sekali pakai jer…

      Reply
    1. kheirul Post author

      Bro…

      VEP for motorbike S$4 sehari…
      Autopass kene beli.. min S$10…..
      pas tu plak ERP(toll) tak berapa pasti untuk motor…kalu keter amik flat rate S$5 S$10 sehari… round ler satu pulau tuh… cuma kene bayour toll (ERP) S$5 SG$10 aja… bayar masa keluar guna AUTOPASS

      Reply
  1. ikin

    nak minta tlg abg kheirul sikit nie..
    bayaran masuk lalu tambak johor & link ke-2 tu len2 ke bang?
    lagi 1 ikin confius kat dalam google map tu kalo kite g kt ‘get direction’ msti kuar jalan kt link ke-2 tu, xde pn tunjuk lalu tambak johor. xde ke map2 len ke yg leh bt rujukan??

    Reply
    1. kheirul Post author

      Harga tol untuk kereta kalau ikut Tambak Johor
      RM2.90 (mal) & SG1.20 (sg)

      Kalau ikut Tuas (link-ke2)
      RM7.50 (mal) & SG3.20 (sg)

      ok… jalan nak pi Tambak Johor senang aja… kalau ikut PLUS highway tu (dari KL).. terus aja…. jangan masuk mana-mana junction… sampai Toll yang penghabisan.. masuk ikut Jalan Tebrau….. then from Jalan Tebrau tu terus sampai Malaysia Checkpoint….

      Tips:… bawak GPS… senang aja.. kalu silap jalan “RECALCULATING….”

      Reply
    1. kheirul Post author

      yang ni tak berapa konfirm.. tapi rasernye 24jam kot…. 7 days a week
      saya pernah keluar drp SG kul 1am lebih… no hal dan masih banyak traffic….

      Tapi dinasihatkan supaya keluar dari SG sebelum kul 2am.. sbb 2am tu dah kene VEP untuk hari beru…..

      Reply
  2. zuri

    bang kheirul sy ni bru je nk bljar kje kat sngapore..agk2 abglah,kwsn mna yg plng bgus utk org malaysia kte mncari kje dkt sngapore..abg tau x dkt mna ada kje o skang..?

    Reply
    1. kheirul Post author

      alamak… saya dok KL nih.. cuma sedara-mara sebelah bini saya jer orang singapore…

      pasal kerja kat sana tu.. saya kurang arif dan tak dapat membantu….

      Reply
  3. fie

    info yg menarik..cuma nk tanya pasal nak masuk singapore nie..nak tumpang tanya sikit.
    1.kad putih tu nak dapatkan di mana sbelum check in tuas..klu minta kat CIQ singapore tu org xmarah ke sbb kite baru nak isi..
    2.klu saya masuk singapore sabtu-ahad.saya xperlu la bayar VEP..betulkan klu silap.hehe
    3.kat mana utk saya daftar ERF flat rate nie..masa beli auto pass ke?
    3.utk autopass ni ade ke 7e berdekatan dgn check point tuas.

    terima kasih..

    Reply
    1. kheirul Post author

      1.kad putih tu nak dapatkan di mana sbelum check in tuas..klu minta kat CIQ singapore tu org xmarah ke sbb kite baru nak isi..
      – tak kot… just buat selamber jer… macam saya.. saya selalu simpan stock white card tu.. masa on the way back to Malaysia.. (kat CIQ SG) saya mintak beberapa keping sebelum keluar dr SG

      2.klu saya masuk singapore sabtu-ahad.saya xperlu la bayar VEP..betulkan klu silap.hehe
      – yeap…. dari jumaat 5pm hingga ahad mlm… (isnin 2am) tak kene VEP

      3.kat mana utk saya daftar ERP flat rate nie..masa beli auto pass ke?
      – ERP flat rate nih tak perlu buat apa apa…. masa nak keluar tu dia akan tolak dari autopass kita.. just slot in autopass kat dalam autopass reader masa kat CIQ SG tu.. the dia terus tolak S$10….. just make sure baki dlm autopass tu ada credit.. kalau tak susah

      3.utk autopass ni ade ke 7e berdekatan dgn check point tuas.
      – autopass kene beli/daftar kat CIQ (tuas/woodlands) SG$10… lepas dapat autopass tu… masuk SG dulu… pepandai ler cari 7E kat mana mana.. kat CIQ tu takde 7E…. kene masuk SG dulu baru top-up….

      Reply
  4. Fazli

    Salam En Khairul,

    1-Klu sy nak pegi s’pore hari Sabtu, so x kene VEP la erk? klu pi hari biasa pun katenye free 10 hari. So x payah bayar la kan?

    2-Autopass card tu automatic tolak kredit kan, dia bgi mcm machine skali ke mcm ‘smart tag’? klu de dpt kene pulangkan balik ke or camne?

    3-ERP nih SG$10 sehari (hari bekerja), ERP tu klu hari x bekerja (Sat&Sun) berapa SG, pernah dgr percuma ke? Maknenye lalu je mana2 jalan harge tetap same ke termasuk toll kat woodlans@Tuas?

    4-Flat ERP bayar mase masuk or keluar SG?

    4- Dgr kata beli autopass sg10 (SG6 utk kad+SG4 utk kredit), betul ke..? so nk kene tambah berapa lagi kat 7E nnti utk bayaran apa lagi nnti?

    Reply
    1. kheirul Post author

      1-yeap, takyah bayar sbb setiap kenderaan malaysia ada 10 hari free.. So kalu dah lebih drp 10 hari aja kena

      2- autopass tuh macam ‘touch-n-go’, card aja. Takde kotak macam smarttag tu. Autopass tu tak perlu pulang, simpan aja… Boleh tahan 5 tahun

      3- ERP tu flat rate toll utk hari bekerja aja, sabtu/ahad/cuti free. Toll tuas/woodlands bayar asing.. Bayar guna autopass

      4- ERP bayar masa keluar guna Autopass

      5- yeap betul, credit ada $4 aja.. So pepandai ler budget. Kalau saya pergi sana weekend saya topup $20 sudah ok dah.

      Satu lagi nak tambah.. Pasalq parking. Kat sana mostly parking $2/jam.. Prking boleh guna autopass, tapi ada gaks parking area pakai coupon.. So kene hati hati kalau tak kene saman……..

      Reply
  5. merpati

    terbace kat satu web ni.. ”Foreigners driving foreign-registered cars on priced roads, during the ERP operating hours, could choose to either rent an IU or pay a daily flat fee of S$5 when leaving Singapore…”

    Nak sewa IU ke nnti…cashcard… beza ke ngan autopass..?

    Klu lalu ERP kat mane2 road nnti… its mean auto detect keatas autopass kite or cmne…

    Fee SG5 ni yg En. Khairul kate SG10 mase nak kluar singapore tu ke atau yg lain?

    Reply
    1. kheirul Post author

      Nak sewa IU ke nnti…cashcard… beza ke ngan autopass..?
      UI unit kene sewa and kene letak deposit.. $121.15…. dan fees sewa $5/sehari
      or kalau nak beli IU = S$151.45 pas tu plak kene topup cashcard min of S$10…
      Autopass plak.. beli cuma S$10.. $6 for the card and credit $4…
      Beza pakai IU.. dia potong ikut toll rate…tapi autopass potong ikut flat rate $10 sehari…

      Klu lalu ERP kat mane2 road nnti… its mean auto detect keatas autopass kite or cmne…
      yeap.. ERP akan charge ikut autopass masa nak keluar dari singapore…. so autopass mesti ada credit paling kurang $10…

      Fee SG5 ni yg En. Khairul kate SG10 mase nak kluar singapore tu ke atau yg lain?
      Yeap…. Dulu sg$5 tapi diorang dah naikkan ke $10
      Sila rujuk http://www.lta.gov.sg/images/FAQ.pdf
      Bayar guna autopass masa keluar dari sg.. Kat ciq tuas or woodlands

      Reply
  6. merpati

    ok.. TQ.. maknenye x yah risau klau lalu bawah ERP area tu, sbb dah ade autopass mase kluar nnti (tkut kena saman sbb igtkan mcm ERP tu kene jugak mcm smarttag automatic)

    Reply
  7. hairul

    En Kheirul..

    Terima kasih sbb banyak info di berikan.. saya baru dapat job offer di singapure.

    cuma nak pendapat, okay kalau saya berulangalik dari JB ke tempat kerje di singapura,

    agak2lah berapa kos yg terpaksa saya bayar untuk keluar dan masuk untuk sehari.

    harap beri sedikit advice..

    Reply
  8. hanimynis

    salam en saya nak tanya…:
    saya nak bawa mak saya pegi singapura ni..saje jalan2..saya ada passport tapi mak saya takde passport..boleh ke mak saya nak pg singapore..? mmg kn ada passport ea? takde pas lawatan sehari ke ape ke? sorry soalan naive skt..huhu..thanks jwab…

    Reply
  9. fauzul_fatma

    Bagaimana prosedur untuk memasuki singapura menggunakan kereta sewa atau kereta hak milik org lain seperti kwn2. Adakah sy perlu membawa salinan geran dan salinan polisi insurans?

    Terima kasih

    Reply
    1. kheirul Post author

      yeap.. kene bawa salinan geran dan salinan insurans… serta buat surat kebenaran…….. <- semua nih perlu sekiranya diminta oleh kastam SG semasa beli AUTOPASS... kalau tak mintak.. alhamdulillah.....

      Reply
    1. kheirul Post author

      nama wife… no problem kalu wife ikut sekali… kalu wife tarak ikut… surat kebenaran membawa kenderaan kena ada dari wife semasa nak beli autopass……. saya pon bawak keter wife hari tu… masa beli autopass diorang tak mintak pon just amik nombor roadtax dan insurans (copy cover notes) aja…..

      Reply
  10. mozabas

    salam..en kheirul thankz utk info yg sgt2 berguna utk kami guide di sg nti.cuma sy nak tahu beberapa perkara :
    1) caj parking $2.00 per hour tu dikenekan jugak ke kalu kita park di kediaman (flat).parking utk weekend (sabtu& ahd) pula mcmana adakah free juga mcm VEP?

    2) kenderaan m’sia ada 10 hari free.mcmana dengan 1st time masuk ke sg?adakah ianya percuma VEP?masuk sg sabtu keluar isnin petang.
    tq

    Reply
    1. kheirul Post author

      parking pakai coupon sg$2 tu dikenakan setiap hari pada mana mana tempat termasuk parking kat flat/apartment… Free untuk dari hari sabtu 5ptg dan ahad.

      Untuk 10 hari free tu kalau masuk hari sabtu dan keluar isnin.. Kene tolak 1 hari so jadi tinggal 9 hari lagi….. Jgn risau sangat.. Tak perlu bayar lagi vep lagi

      Reply
  11. fzi

    salam en.kheirul..
    kalau kita lupa tap autopass masa check out mcm mn ye?

    kena denda kan? tau tak berapa?
    tapi check di LTA tak ada pulak blacklist..

    Reply
    1. kheirul Post author

      Tah ler.. Saya pon tak pasti kene denda ke tak… Tapi rasernya ada palang masa checkout tu.. Bila slot in autopass baru palang tu buka rasernye…. Kalau tak silap saya la

      Reply
  12. fzi

    btul tu.. tp tu palang kat imigresen jb,,,
    n dkt kaunter yg saya chop passport kt sngapore tu, tak ada palang pun.. tu yg confuse tu..

    Reply
      1. Dell

        Salam Bro,
        Selamat Hari Raya.
        Nak ty sit la, klu nak beli autopass katenya nakkan roadtax ngan geran/insurance cover note….x paham la bro.
        Road tax sli bole ke or kena ambik gambar roadtax yg tampal kt cermin tu ke.
        Next question, mmg nak jg ke geran ngan insurance cover note?
        Thanks.

      2. kheirul Post author

        Untuk beli Autopass…. sampai sampai kat CIQ tu.. pandu keter ke RED LANE (untuk beli autopass) then parking kat ruang disediakan… then:
        1. Roadtax – Pegawai kat CIQ Singapore tu akan pi check kat keter pas tu dia bagi satu slip…
        2. Bawa slip tu pi ke kaunter untuk beli Autopass… then masa isi borang, pegawai kat counter autopass tu plak akan minta tengok salinan insurans or salinan geran kereta

      1. zamrei

        bro,kalu naik bus dr jb cmana?
        bus last kuar dr singapore ke malaysia kui brapa?
        kalu nak bus ke singapore,cmna nk ke pavillion?
        tq..

      2. kheirul Post author

        paling senang naik bas kat Larkin…..
        last bus keluar dari sg jawapannye ENTAH..saya pon tak tahu… dlm 10 mlm tu rasernye ada lagi…

        kalu nak per Pavillion tu lagi senang naik MRT drp naik bas….
        pi stop kat Raffles Place kot kalu tak silap saya…

        Orang Singapore tolong bantu how to get to Pavillion nih…

    1. kheirul Post author

      sama jer.. lepas chop passport kat Kastam CIQ tu.. pi beli Autopass then masuk macam biasa…
      cuma motor nih kene beratur panjang skit esp masa waktu puncak.. kekadang tu sampai 2-3 jam beratur

      Reply
  13. Aya

    Wahhh saya tengah desperate nak carik info, jumpa lak masa google tadi, so panduan ni masih boleh pakai untuk tahun 2012 kan kan kan???

    Terima Kasih, buat susah2 aje abe nulih ni…<3

    Reply
    1. Yatie

      hari tu saya masuk singapore masa pregnant almost 8 months. should be ok. tapi kalau nak terberanak kena cecepat masuk malaysia balik.

      masa kat immigration dia takde check pun sebab kita dalam kereta lainlah by plane.

      Reply
  14. mie

    salam,

    just nak tanya, saya dah ada autopass last years, saya masuk sehari.. its mean ada lg 9 hari untuk free VEP kan kheirul.. ada tak suggestion mana2 hotel yang agak murah dan selesa di sana.. tq

    Reply
  15. mohd azlan shah

    abang saya nk tanya sikit nie . .saya nak masuk singapore pakai kereta.. kalu roadtax saya lagi 20 hari dh nak expire.. boleh ke saya masuk dlm singapore ?? macam mana ek abang , tolong sikit .

    Reply
  16. zajumoza

    bang,kalau pegi spore 5 hari tapi park kereta kat hotelje 3 hari betulke ambil autopass utk 2 harije i.e. hari masuk dan hari keluar je kan?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      ok… 5 hari… autopass kene beli dan autopass tu tahan 5 tahun…. tapi kene topup ok…

      no.2 VEP.. takyah risau sebab dapat 10 hari/setahun…

      no.3 ERP.. amik flat rate $10/sehari (sekiranya melalui jalan yang ERP beroperasi) bayar menggunakan AUTOPASS semasa keluar dari SG…

      so…..kalau nak guna 2 hari jer.. then kene topup la AUTOPASS tu minimum $30… sebab… $20 untuk ERP dan bayar tol semasa keluar….

      Reply
  17. Nasyairi

    1.Bro..mcmana nak check autopass balance?

    2.Kalau nak gi uss jer pada hari biasa..agak2 berapa kos nak reload autopass tu dekat 7 eleleven

    3.Vep s20 tu bayar cash ker atau masa beli autopass ker?
    4.Perlu bayar jugak ker VEP utk kali pertama masuk?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      My Reply
      1- pi check kat 7-eleven
      2- boleh reload ikut suka… autopass tahan 5 tahun…
      3- VEP bayar masa keluar dari SG guna Autopass (sekiranya 10hari VEP dah abis guna)
      4- Setiap kenderaan dapat free 10 hari/setahun for VEP, so takyah risau kalu pertama kali masuk

      Reply
      1. Nasyairi Mat Nasir

        4- Setiap kenderaan dapat free 10 hari/setahun for VEP, so takyah risau kalu pertama kali masuk

        So…saya pertama kali akan masuk singapura pada hari isnin ini dengan kereta selama sehari sahaja, bermakna tak perlu lah saya bayar VEP $20 tu semasa keluar…saya cuma perlu topup utk toll, ERP dan parking je la kan? TQ

  18. Nasyairi Mat Nasir

    slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….

    Bro…gua lupa nak slot in Autopass dekat kastam (asyik borak dgn officer imigresen spore yg cun tu) masa keluar ikut Tuan (Linkedua) dan gua tak perasan pun kotak Autopass tu.. Apa jadi kalau gua masuk balik lepas ni , kena saman ker? mcamman nak setel problem ni?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      hehehhe.. kira ok la tu…

      saya pon tak tahu camne nak setel problem cam gini…
      maybe lain kali bila masok sana lagi, kalau ada problem dia akan tahan.. kalau takde problem tu… buat donno aja ler

      Reply
  19. zubir

    Bro, nak tanya.
    1) Sblm ni saya pergi naik bas, banyak kali kena turun naik, turun naik bas untuk lalu kastam, chop passport etc. Kalau naik kereta, semua penumpang tak perlu keluar kereta langsung ker?

    2) Utk autopass nih, untuk bayar parking, dia kena ada kredit/baki dulu ker dlm autopass? Boleh ker bayar parking guna autopass tanpa baki mencukupi, tapi, sebelum keluar dari JB, baru pergi 7-11 untuk top up (eg : mcm kredit kad, pakai dulu, bayar kemudian)?

    Reply
  20. hil

    salam.. en kheirul..

    1) masa lalu tol (ERP) tu..kita kena touch kt mane2 mesin ke??
    2) bayaran ERP 2 dikenakan masa nak kluar dr s’ngpore ke?
    3) hari cuti ERP free ya??
    4) VEP 2 bayar guna autopass juga ke??

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      1) masa lalu tol (ERP) tu..kita kena touch kt mane2 mesin ke??
      – tak perlu sentuh mana mana.. just lalu jer
      2) bayaran ERP 2 dikenakan masa nak kluar dr s’ngpore ke?
      – yeap… masa keluar kat kastam SG nanti slot autopass untuk bayar
      3) hari cuti ERP free ya??
      yes… hari cuti dan hujung minggu tak kena ERP
      4) VEP 2 bayar guna autopass juga ke??
      yeap…. semua pon bayar guna autopass

      Reply
  21. hil

    saya nak pergi tgk match harimau muda A kt stadium Yishun…

    saya nak pergi naik motor je…(org jb)

    klu game hari ahad….saya pergi petang, balik malam sebelum pukul 12…

    agak2 berapa kos??

    agak2 parking kt stadium 2 kene bayar x???

    Reply
      1. shukor

        salam,

        Bang kalau bawak kereta yang dah berusia 18 tahun boleh masuk singapore ke? saya dengar orang kate keta buruk/lama x boleh masuk betul ker?

        Tkasih

  22. EjanC

    salam,nk tanye mcm mne kalo sy naik kete pg SG pastu stay sane utk 2 3 hari time hujung minggu,boleh ke x?

    Reply
      1. Fazilah

        Salam.

        Saya nak ke Changi Airport dari JB. Ambil masa berapa lama ye?

        Dan boleh cerita serba sedikit jalan ke Airport Changi?

        Terima kasih.

      2. Kheirul Mohamed Post author

        drp CIQ kat woodlands tu.. dalam 30 minit kot kalau tak jem…
        jalan senang giler… drp CIQ ikut jalan bukit timah.. PASTU naik flyover ke SELETAR EXPRESSWAY (SLE). jaga-jaga jgn lepas junction….
        masuk seletar tu.. terusssssssss seterus terusnya sampai jumpa TAMPINES EXPRESSWAY (TPE)… pas tu terus lagi.. pas tu pepandai ler tengok signboard tulis CANGI AIRPORT..

  23. anr

    bos, nak tanya

    saya nak ke masuk spore pagi 28hb jun dan keluar pada hari yang sama. sbb mlm tu ada hal di jb.

    kemudian pagi 29jun (sabtu) – saya akan masuk spore pagi dan keluar sebelum 10mlm.

    hanya 2 hari ini sahaja saya akan berada di spore.

    first time drive sendiri ke spore

    adakah saya entitle utk 10 hari percuma?

    jika ya, masih perlu ker saya beli VEP

    dimana dan bila saya kena beli VEP ini?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      10 hari free tu memang dpt.. so toksah risau…

      AUTOPASS wajib beli…….sbb nak bayar toll masa keluar nanti

      VEP tak kena sebab still valid 10 hari free tu…

      (28 jun – khamis) ERP $10 tu kena kalau masuk jalan yg kene ERP…. ERP bayar guna AUTOPASS masa keluar nanti….

      Reply
  24. afidah

    TQVM bro!! Padat dan mudah difahami…Insya-Allah dgn panduan ni memudahkan perjalanan kami nanti membawa anak istimewa kami ke singapura untuk rawatan…

    Reply
  25. nabila

    saya nk masuk ke singapore pada hari rabu.caj dia mcm mana? saya x faham.boleh mintak terangkan?
    2) paling lewat pukul berapa boleh keluar dari singapore?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      Kalau first time masuk…

      1. kene beli autopass $10 minimum
      2. VEP – takyah risau…. ada 10 hari FREE…..
      3. ERP (toll) – $10 during operation time (waktu kerja) – bayar guna Autopass (kene topup la)

      soalan kedua… paling lewat keluar- emmmm ikut suka….24 jam sehari

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.