Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

Ramai rakan saya bertanya saya tentang macamana procedure untuk memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Jadi, saya tulislah serba ringkas bekaitan dengan panduan memandu kenderaan Malaysia ke Singapura. Sebenarnya bukannya sukar sangat pon untuk memandu di sana, cuma apa yang perlu kita ambil tahu ada procedurenya sahaja….

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Soalan: Bang… apa yang perlu saya ada sebelum memandu ke Singapura bang?

  • Nombor satu kene ada kenderaan yang berdaftar di Malaysia dan cukop sifat, sihat tubuh badan serta mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah dan belum tamat tempoh
  • Lesen memandu yang sah dan belum tamat tempoh
  • Salinan pendaftaran kenderaan (geran) – sekiranya diminta semasa beli Autopass
  • Salinan insurans (cover notes or policy) – sekiranya diminta semasa beli Autopass

Soalan: Bang… saya dah sampai kat JB nih bang… saya nak ikut jalan mana?

  • ada dua jalan yang boleh seberang ke Singapura. Ikut Tambak Johor atau boleh Ikut Tuas (link Ke-2)

Soalan: Apa yang perlu saya tahu bang???

  • kene tahu serba sedikit pasal procedure memandu. Kene tahu pasal:
    • VEP – Vehicle Entry Permit.
    • Autopass – ala… macam touch n go ler kat Malaysia nih
    • ERP – Electronic Road Pricing… ala kira cam toll laa….
    • speed limit – jaga-jaga…..max 80kmh aja…
    • cara pemanduan

Soalan: Apa semua benda tu bang?? VEP, Autopass, ERP tu???

  • VEP (Vehicle Entry Permit)
    • nih macam permit masok kenderaan ler..
    • SG$20/sehari dikenekan untuk VEP pada hari bekerja (Isnin – Jumaat dari jam 2pagi – 5ptg)
    • TETAPI yang syoknye setiap kenderaan Malaysia layak untuk mendapat 10 hari pengecualian dalam setahun.. so free 10 hari ler tidak termasuk hujung minggu dan cuti am Singapura.
  • Autopass
    • nih macam touch n go ler.. tapi dia terikat pada nombor pendaftaran kenderaan
    • tidak boleh tukar milik/kenderaan… segala maklumat kemasukkan kenderaan direkodkan menggunakan autopass ni
    • autopass nih boleh tahan 5 tahun.. pas tu kene renew.
    • Kalau jual keter.. make sure simpan autopass nih untuk buat cancelation nanti…
  • ERP (Electronic Road Pricing)
    • nih macam toll la… tapi bayaran toll diorang berubah-ubah ikut waktu…
    • jangan risau sangat pasal nih.. untuk kenderaan Malaysia amik aja flat ERP nih SG$5 SG$10 sehari (hari bekerja)…… round ler satu pulau tu pon cuma SG$5 SG$10 jer sehari(hari bekerja)….. bayar masa keluar dari Singapore nanti menggunakan Autopass kat checkpoint Tuas or Woodlands…

Soalan: OK Bang!… boleh tak abang ceritakan satu per satu, step by step bang… camne saya nak masuk ikut Tambak Johor bang?

  1. Sebelum sampai checkpoint Kastam Malaysia. Sila pastikan
    • Petrol isi penuh-penuh.. petrol kat SG mahel nak mamposs
    • dah isi WHITE CARD(Singapura) + Passport Malaysia. takde white card nanti kat CIQ mintak dan isi…
    • duit SG$ yang mencukopi..
    • bawak alat GPS kalau ada.. supaya senang tak sesat jalan….
    • pen jangan lupa bawa
  2. Sampai jer kat Kastam Malaysia Tambak Johor.
    • pandu lalu jer mana mana booth kastam
    • turunkan cermin kereta dan bagi salam dulu(kalau Islam ler)
    • senyum dan bagi passport untuk diperiksa
    • ucap terima kasih… dan terus pandu menuju ker Singapura……
  3. Sampai CIQ Singapura plak
    • pandu lalu jer mana-mana booth yang tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE…
    • turunkan semua cermin kenderaan dan bagi salam (jika Islam)
    • bagi passport + white card yang sudah diisi… or takde white card mintak dan isi
    • make sure passport dikembalikan beserta keratan white card tu… jaga bebaik keratan white card tuh kalau taknak ada masalah masa keluar dari Singapura nanti…
    • terus memandu ke inspection booth.
  4. Sampai kat Inspection booth.
    • buka semua tingkap
    • buka bonet belakang dan driver kene turun dari kenderaan.
    • ikut arahan pegawai yang bertugas..
    • jangan lupa cakap terima kasih selepas diperiksa….
    • pssst… alah… diorang periksa takut ada orang seludup minyak masak, beras, gula, petrol,rokok……. etc….
    • terus memandu ke RED LANE untuk membeli AUTOPASS counter (untuk yang belom ada Autopass ler) Kalau dah ada Autopass, Step no 5 nih takyah buat….
  5. Sampai kat AUTOPASS Counter
    • parking kenderaan elok-elok.
    • jumpa dengan attendant autopass tuh.. tanya dia “Kak/Abg, Saya Nak Beli Autopass”
    • then dia akan tengok road tax, lesen memandu dan apabila dia selesai periksa.. dia akan bagi kita satu slip..
    • bawa slip tu ke counter Autopass dan bayar SG$10
    • yabedabedu!!!… dah ada Autopass….  ingat… lepas nih pi cari 7-Eleven.. untuk top-up Autopass nih.. kalau tak nanti ada masalah plak nak keluar sebab tak cukop credit…..
  6. Dah dapat Autopass tu…. terus memandu ler ke destinasi yang nak dituju…
    • saya ikut GPS aja…. senang…..sebab tak tahu jalan….
    • SELESAI PROCESS MASUK…..

Soalan: Bang…lepas tu ada apa lagi saya nak kene buat bang??

  • pertama sekali cari 7-Eleven untuk top-up Autopass tu. sebab Autopass nih boleh digunakan untuk macam-macam seperti parking, bayar toll dan sebagainye… top-up ler dalam SG$30 senang….
  • pas tu ikut suka ler ko nak pi kemana lepeh tu…

Soalan: Ok.. saya dah tahu cara masuk.. Cara nak keluar dari Singapore plak bang camne..???

  1. Make sure Autopass ada credit
  2. boleh keluar ikut Woodlands or Tuas (link-2)
  3. Bayaran Toll
    • Woodlands = SG$1.20
    • Tuas = S$3.20
  4. Pandu lalu kat mana mana booth tulis MALAYSIAN/FOREIGN VEHICLE
    • jangan lupa bagi salam (untuk Islam)
    • bagi passport + keratan white card
    • turunkan semua cermin kenderaan
    • senyum kat pegawai kastam Singapura
    • slot-in AUTOPASS untuk bayar toll dan ERP….
    • terus pandu ke Malaysia
    • jangan lupa cakap bye-bye Singapore yer…
  5. Sampai di Tambak Johor (MALAYSIA)
    • pandu lalu kat mana mana booth
    • bagi salam…….
    • serahkan passport untuk pemeriksaan
    • gunakan TOUCH N GO untuk bayar toll
    • jangan lupa cakap terima kasih…….
  6. SELESAI…………

Oklah.. itulah serba sedikit.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya…..

=============

INFO TAMBAHAN DARI LTA.GOV.SG

Foreign motorists without an In-Vehicle Unit (IU) in their cars (ala.. Alat macam Smartag untuk bayor tol tu)

1. Can I drive a foreign-registered car without an IU on ERP-priced
roads?

A: Yes, you can drive on any ERP-priced roads during ERP operational hours without installing an IU in your car. You will be charged an ERP fee of S$10 for each day you drive on ERP-priced roads.

This fee is payable with your Autopass card when you depart from the checkpoint. Just remember to have your Autopass card topped up (at 7-Eleven stores, selected petrol stations, top-up booths near the checkpoints and local bank ATMs) with sufficient cash balance to pay for ERP fees, VEP fees and toll charges before you proceed to the checkpoint.

2. How do I pay the ERP fees incurred?

A: The ERP system would detect foreign-registered cars without IU driving past any ERP gantry during ERP operational hours. On your departure at Woodlands or Tuas Checkpoint, the appropriate ERP fees (at a daily rate of S$10) would be deducted from your Autopass card.

172 thoughts on “Panduan Memandu Kenderaan Malaysia Ke Singapura

  1. carl

    hehehe… bgitu mudahnya krajaan singapore buat duit hasil drpd foreign/malaysian vehicles.. apa hasil yg krajaan malaysia buat drpd singaporean vehicles?

    Reply
  2. waniey

    oooo..info yg amat berguna…thankz 4 the info ni kak..satu lagi..kalu org2 mengandung… (sy terutamanya pregnant 6 month..) perlu k saya amik surat doctor utk masuk ke negara nih kak?

    Reply
    1. Yatie

      kalau drive tak pyh just dapatkan nasihat doctor tanya dia boleh tak saya travel? pastu bawak card klinik siap siap incase anything happen. KAlau naik flight (pernah naik flight ke spore masa pregnant), masa check in,, dorang akan suruh isi borang pastu dapatlah layanan mcm org pregnant.

      Reply
  3. Pingback: Driving into singapore « A Journey Through My Eyes

    1. Kheirul Mohamed Post author

      hahhahaha…… soalan cepu mas ni bro….. macam perli keter saya jer….

      ikut nasib la bro…
      berapa tahap kemantapan bunyi ekzos tu bro?? kalau mantap sampai pecah gegendang telinga tu… rasernye Abg J pon carik gaks…

      Reply
  4. naz

    rasa nye perlu info lagi dari segi parking kenderaan.. sebab banyak jenis kupon perlu sesuai ikut masa siang dan malam…

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      ye betol… parking kat Singapore nih ada beberapa jenis… dan boleh guna coupon ataupun autopass

      coupon pon ada 2 jenis… normal parking dan night parking….

      Reply
  5. shaliza aziz

    saya tak paham masa keluar dri Singapore tu. Keluar kata tol S4.2(from Tuas). Tapi bahagian ERP cakap kena bayar S10. Yang mana satu ek. Let say i masuk for 2nights, still same price ke caner?

    2nd white card tu isi baper copy utk seorang?

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      OK…. kalau keluar ikut tuas… kena bayar
      1. toll = S$3.20
      2. ERP = S$5/sehari (sepatutnya $10.. tapi diorang tak naikkan lagi)
      3. VEP =S$20/sehari (tak perlu bayar sbb dapat 10 hari free)

      ok for example… 2 nights…
      saya tanya balik… 2 nights tu weekends ke weekdays…

      kalau weekends.. tak perlu bayar VEP & ERP… toll aja kena bayar…

      lastly… white card.. isi sorang satu masa masuk SG

      Reply
      1. Shaliza Aziz

        Thanx for the info on white card. saya lan pergi 16hb – 18hb Jun ni. Masuk ahad. Keluar hari Selasa. So dalam auto pass kena ada berapa ek untuk check out tu. hehe…

  6. mal

    Nak tanye kalau masuk 7mlm $20 tu free ke? ade dengar camtu tapi xphm ape yg free.. 7mlm-7pg free.. sbb nk msuk g uss je waktu malam

    Reply
  7. Ash

    En Kheirul ada sesetengah tempat kalo nk paking kene insert card mcm nk keluo masuk hypermarket tu… so autopass leh guna x??? tp aritu autopass sy di reject balik so sy kene cr cash card plak nasib baik ade sedara yg tolong pinjamkan, cash card nk beli kat mane ek

    Reply
    1. Kheirul Mohamed Post author

      YEAP… parking kat Singapore senang sangat…. semuanya boleh guna AUTOPASS aja.. janji ada kredit…
      masalah autopass reject tu pasal tak cukup kredit la tu….

      topup Autopass kat 7-eleven.

      Reply
      1. elin

        sedara, tumpang tanyee. selalu saya masuk singapore mesti top up dulu auto pass tuh. tp td dengan konfidennya tak gi top up. balance dlm $8+. pastu, td masa masuk checkpoint, card error la kan. tp imigresen tu suruh jalan je and u-turn kat dpn. maybe suruh g counter utk top up. masalahnya, takde u-turn kat depan and sy lg sekali dgn konfidennya terus drive and selamat masuk jb. persoalannya, next time masuk singapore problem lah kan? kena fine ke? sedara tau tak berapa kena? adeihhh T________T

      2. Kheirul Mohamed Post author

        hehehe… Card error tu.. senang jer jangan risau.. masa nak masuk SG lain kali tu.. pi Autopass Counter… selesaikan masalah card error tu dulu… or just mintak tukar card dan transfer balance card lama ke card baru…

        Pasal saman tu… buat donno jer… setakad autopass tu dia akan potong balance aja. takde kene saman punye.. lain la kalu bawak laju or langgar lampu merah kat SG.. memang kene tahan punye…

  8. azlan

    Terima kasih utk penulis atas info yg cukup berguna. Sy nk masuk/drive ke singapore/uss utk kali pertama pada ahad 14 sept melalui woodlands. Apa yg sy paham, sy hnya akan dikenakan tol di woodlands je kan? VEP x kena sbb free 10hari. ERP pon x sbb ahad mmg free. Tp autopass sy kena topup utk parking kt uss…
    Betol ke pemahaman sy ni?

    Reply
  9. Sumijelly

    salam kak yatie & abg krul…

    kan kita kene beli kad autopass tu kan…

    masih kuar singapore tu.. kita pualng balik ker atuto pass tu.. atau mmg dh jadi hak kita? huhu

    valid sampai bila.. dn boleh ker org lain guna? atau hanya pembeli tu jer…hehehe

    Reply
    1. Yatie

      auto pass tu hak milik kita…. . dia ada letak valid date kat belakang card…so guna kad tu utk toll, parking etc…
      since kad tu register keter (contoh keter BMW wmx616) maka keter tu je boleh guna…keter lain takleh guna…

      Reply
  10. Uzair

    assalamualaikum ,Kalau saya nak masuk hantar barang guna lori mcm mana ye? Minta bantuan siapa tahu info nak masuk lori..thank you

    Reply
  11. ash

    Assalamualaikum & Salam Aidilfitri
    En Kheirul
    sy nk tya la sy pny cash card expired 31-08-2015 ni
    so kalo sy x take action ape2 b4 expired date tu ape akn jd dgn cash card & balance kat dlmnye tu???

    Reply
      1. Yatie

        saya tak sure sach card yang mana ni…
        yang warna hijau yang guna untuk toll kah?
        maybe blh tengok kat belakang card ..selalu dia ada contact number for more info

  12. anaz 78

    Hi..saya nak tanya klu moto accident dan lebih tempoh 15 hari….adakah lta akan saman…atau hanya bayar $4/day selama mana moto ade di s’pore..

    Reply
      1. Akim

        Salam..nk tye ckit bole..saye nk batalkn autopass pemilik yg lame mcm mne?saya bru buat autopass yg bru gne nama saye

  13. Akim

    Tpi pihak sne ckp nk kne wt report balai dulu..sye nk buat tpi polis xterima..dye ckp xbole..kirenye sye nk kne buat kt kaunter autopass la eh

    Reply
  14. nana_syasyafina

    En khairul sy nak tya harini masuk singapore tpi terlepas pada red line untuk buat autopass.kastam singapore suruh sy pergi woodland buat.masalah sy skrg ni sy dh pergi tpi dekat sana cakap dia xde jual autopass just untuk top up shja..sy cuma dpt beli cashcard untuk parking..tlg sy macamana sy nak balik esok pagi dlm kol 8..bingung sy

    Reply
  15. akib

    kalau erp untuk motosikal mcm mne yew ?
    baru first time nak masuk bwk motor ni . tp still risau tentng erp utk motosikal.
    kalau tak guna IU boleh kan ?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *