Monthly Archives: March 2010

Ni Dia Lauk Pantang Orang Laki Masak….

Hah nih dia bila tukang masak terkejut menyediakan masakkan berpantang…. Menunye… Ikan Siakap Steam Terkejut…..

Nak resepi Ikan Siakap Steam terkejut nih baca seterusnye…..

Mula-mula… sediakan ikan siakap…. ikan lain pon boleh seperti ikan bawal putih, ikan merah or any ikan isi putih…… <– nih orang2 tua cakap… petua nih…

then gaulkan dengan bahan-bahan seperti halia, bawang putih, lobak merah, lada hitam, lada putih, serbuk ikan bilis, dan garam ikut suka….. bahan tu semua.. ikut suka ler nak taruk banyak mana pon.. janji secukop raser…..

lepas tuh kukus aja….

Halfway kukus…. taburkan sayur-sayuran seperti daun bawang, daun sup, celery dan sebagainya…… then kukus lagi dalam 10 minit… or paling senang cakap .. sampai ikan itu masak ler…

lepas tu… apa lagi belasah ler…. oh ya.. itu telur dadar orang pompuan berpantang kene tengok aja.. takbleh makan………

nak tahu kenapa nama dia terkejut…. sebab terkejut ngan raser dia ada skit masin sebab terlebih serbuk ikan bilis.. cara penyelesaiannye mudah aja…. tambah air panas aja kasi kurangkan skit raser masin tu.. muahahhahaha

Microlife Ear Digital Thermometer

Jangkasuhu atau thermometer sangat penting bagi setiap keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan menjadi satu kewajipan untuk mempunyai satu jangkasuhu sendiri dirumah supaya dapat membuat  langkah awal diagnos dahulu sebelum memberi rawatan susulan.

Oleh kerana keperluan tersebut, kami telah membeli Microlife Ear Digital Thermometer yang bukan sekadar thermometer biasa malah ia sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dari bayi baru lahir sampailah orang dewasa….

Reveiw sebagai pengguna… saya rasa ianya sangat senang digunakan, pantas mengambil suhu badan yakni hanya memerlukan 1 saat sahaja untuk mengukur suhu dengan tepat. Bukan itu sahaja, alat ini dapat memberi alert sekiranya suhu melebihi paras biasa atau berkeadaan demam.

Paparan digital dengan warna hijau bagi suhu biasa dan merah sekiranya melepasi had suhu demam serta alarm beep beep beep lagi…

Cara penggunaannye….

  1. Tekan ON button selama satu saat… dan tunggu paparan sedia
  2. masukkan ke lubung telinga..
  3. Tekan butang SCAN…  bunyi beep.. dan baca pada paparan…

Microlife Ear Digital Thermometer boleh didapati di mana-mana farmasi terkemuka seperti Guardian dengan harga RM179 sahaja….. Saya beli dengan harga RM151.20 sebab dapat promotion discount… so cepat jangan terlambat….