Yearly Archives: 2009

Antenatal: 3rd Check Up

Last Saturday was my 3rd check up. Macam biasalah doctor scan and explain serba sedikit.

This time, I terboleh terlupa mintak printed scan copy from doctor. Mungkin masa tu dok terperanjat ngan keadaan kat dalam.Baby sihat, growing looks healthy.Macam dah tak sabar nak pegang tangan dia yang kecik tuh. punyalah susah nak tengok kaki dia. sekejap dia sila panggung kejap ke sana.

Update:

New EDD : 06-04-2010 – lambatnye dia nak keluar

Mama’s weight : 51.5 (dah naik sikit)

BP : 96/55 – rendah giler

blood test – semua ok as usual

Oh ya lupa gambar kat atas tu ialah gambar kat klinik. Dulu time Ashraff and Afriena, Datuk Dr Nora based kat PMC but since dia dah bukak own Klinik, so kena datang sini lah.. all the way from Serdang to Taman Tun.But for delivery still kat PMC and off course with same doctor, insya’ allah…

As usual, kalau pi klinik dorang spend time dorang main game or kiterang naik atas lepak kat lounge for drink.. then nanti dia panggil turun for check up. Bukan apa budak tak boleh tunggu lama-lama, kang klinik tuh bertukar jadi zoo…. bising tau.. Dah lah semua staff kat situ suka melayan dorang..

Happy 5th Birthday to Ashraff

Alhamdulillah… hari ni genap genaplah Ashraff berumur 5 tahun. Bangun jer pagi, Mama and Papa dia dah wish HAppy Birthday. Tapi dia biasa je apalah makna birthday kat dia kan. Yang dia tau birthday cake. Tapi dia cakap no birthday cake to school. Keep n Fridge! If not people eat. Kudukut punya budak….

pulaukapas-002

(ni masa Ashraff umur setahun lebih, first time explre pasir pantai)

Since dah umur 5 tahun, dah banyak dah Ashraff tau buat. pergi toilet sendiri, no nappy,caring dengan adik dia,on and off PC, mengaji, menulis, mengira and membaca. Tapi yang paling tak suka pasal Ashraff is, punyalah susah nak buat homework. Mesti nak kena marah dulu, then upah makan dulu baru buat homework. Fav subject now is Math. Kalau setakat plus minus dah pandai la sikit tapi kena pakai batu serembat jugak lah nak kira..

Finally to Ashraff: HAPPY BIRTHDAY TO YOU.

Note:3 days to go for Afriena birthday

Beware! Pencopet Pro yang tidak diduga

Ini video clip yang baru saya terima dan tergerak rasa untuk dikongsi bersama. Mengikut sumber yang diterima, kes ini berlaku di Swensons Subang.

Apa yang anda semua akan lihat adalah bagaimana handbag diambil dari belakang mangsa tanpa menyedarinya berlaku. Ini adalah kerana mangsa terlalu asyik berbual dan meletakkan handbag pada tempat yang salah.

Jikalau perhatikan video itu betul-betul, penjenayah a.k.a pencopet itu ada tiga orang. Perempuan yang pakai skirt hitam baju putih, lelaki yang pegang jacket dan seorang perempuan yang pakai seluar cerah baju hitam. Ketiga-tiga mereka mempunyai tugas-tugas yang khusus dimana perempuan (dajal betina) yang pakai skirt tu ditugaskan untuk mengambil beg, lelaki itu sebagai tukang cover perempuan tu takut-takut orang cekup dia dan tugas perempuan ketiga itu adalah untuk cover line.

Dari segi raut muka dan wajah, mereka kelihatan bukan warga Malaysia, dan kelihatan macam orang Latin Amerika… so berhati-hatilah semua…

What you are about to see is how a handbag had been taken from the seat without the owner realising it at all when she was busy talking away. And the culprit were a well dress woman (skirt) which you will least expect, come with another man(coat in hand) and another woman (long pants) to the restaurant on the pretext of finding a table to dine. Look carefully of how they entered the restaurant with another couple (not related) and exit after the theft. They looked like Hispanic or Latin American definitely not local. Just be careful with your belongings