Monthly Archives: November 2009

Jam kesayanganku pecah

Sedih hari ni pasal jam kesayangan saya pecah semasa nak ambil wuduk Asar tadi… Masa buka jam… terus terlepas aja jatuh kat atas lantai…

jampecah

Walaupon jam ni tak seberapa mahal tetapi sentimental value dia is priceless…. takbleh dinilai ngan duit… maklumlah jam hantaran semasa nikah dulu…

Esok nak pi cari kedai jam yang boleh repair cermin jam nih…..

Their Report Card

LAst Saturday pergi my kids punya kindy collect school report card. Ashraff nampak macam ada turun sikit percentage. Tulah malas sangat nak review. Asyik main game. Overall nampak ok except his Chinese .SO NExt year terpaksalah dia attend chinese tuition. One step for him to get prepare for his primary school. He’s going to CHinese school in next 2 years. Insya’ Allah.

17nov005

But According to his teacher, He’s good in computer class. No issues lakan. Dia memang suka sangat dengan computer. His computer teast, dia dapat 49/50 for his exam the highest in his class. He only took 5 minutes 3 sec just answer 50Q. At first teacher dia ingat memain jer jawap exam sbb cepat sangat rupanye dia dapat highest.Tidak dapat disangkal lagi. he spends most of his time dengan computer.

And Afriena plak… big hand to her, Dia dapat nombor 3 dalam kelas dia. Best Student for Art and yang paling terperanjat, Best student for Chinese lessons. So Next Sunday, Afriena ada majlis penyampain hadiah. Kesian Ashraff not for him. NEvermind adalagi tahun depan.

17nov006

And her computer class pun not bad. She get 49/50 for the test but took more than8 minutes kot. lama la jugak. But ok lah tuh for 4 years old kids kan.

Bravo kids

Resepi Ikan Singgang

tenggiri-singgang

INGREDIENTS

  • 3 keping ikan tenggiri (boleh guna ikan kembung, selar, tamban atau tongkol)
  • 3 keping asam keping
  • 1 inci hali – jgn hiris biar seketul
  • 1 inci kunyit – jgn hiris biar seketul
  • 1 inci lengkuas -hiris
  • garam secukup rasa
  • cili padi ikut rasa
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 1 biji bawang putih -dihiris
  • sedikit gula melaka/manisan (optional boleh ganti ngan gula tak pun ajinomoto

METHOD

  • Rebus 3 cawan air bersama bahan-bahan di atas kecuali garam, gula,cili dan ikan
  • Bila mendidih masukkan ikan
  • Bila ikan agak masak , rasakan dengan garam dan manisan dan cili
  • Reneh sebentar, suaikan rasa, kalau tak cukup masam dan masin tambahlah apa yang patut
  • Sedia dihidang dengan nasik kosong.

Note: Kunyit dan halia tidak perlu dihiris sebab bila dah masak boleh makan buat ulam esp untuk orang dalam pantang.