Dating di hari Isnin

Semalam adalah hari yang dinanti-nantikan… bukan apa, mak bapak cuti anak-nak tetap ke Sekolah. So apa lagi semalam, mak bapak pergi dating la. So , acara dating bermula right after lepas hantar dorang pi sekolah.Kiterang pergi breakfast then lepas breakfast balik rumah lepak tengok Discovery Channel tanpa diganggu oleh rengetan budak-budak yang nak tengok citer kartun.

Dalam pukul sebelas, kiterang pergi ke Sunway Pyramid dengan tujuan utama nak tengok wayang. Actually nak tengok citer MAUT tapi citer tuh start pukul 5 so kiterang beli tiket citer Red Cliff-Part 2.Since citer start pukul 3 lebih, so kiterang pi makan dulu. Kiterang makan kat Wendy’s. not bad la I suka dia nye Chili – Low Calori High Fibre.Pas makan pergi solat then jalan- jalan dalam shopping complex survey barang.

Pukul 3 masuk panggung. masa masuk tuh ramai chinese yang tgk citer nih siap sorang mamat chinese sebelah boleh tanya I,” you suka tengok citer ni ke?I cakap “I hantu citer cina maaa” dia pun gelak je la… Tak rugi tengok citer nih, sapa yang dah tengok Part 1. mesti nak tengok Part 2. Citer nih penuh bermakna. and for me, orang yang berperang nih memang kejam. Paling best citer ni, dorang nak tunjukkan yang penting gak pempuan dalam perang. Sebab pempuan lah satu bala tentera yang besar boleh kalah….hanya kerana secawan teh. You all tengok la.

So after habis citer wayang…. pi semayang asar dulu then terus balik rumah pergi amik bebudak and I sempat lagi masak bubur nasi for dinner…

Memang best la semalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.