Just nak bagitahu, hari ni kami ditimpa nasib malang apabila kereta kami telah bergesel ngan sebuah keter lain. Tetapi kami tetap bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecedeaan dan syukur juga kerana tidak menimpa musibah yang lebih besar. Walaubagaimanapun, kami tetap redha dengan ketetapan Allah dan menerimanya dengan tabah dan sabar.
Begini ceritanya, petang tadi dalam jam 3:00pm, kami singgah di Esso jalan Sg Besi untuk membeli makanan dan parking kereta ditepi jalan… sudah jer Yatie beli barang dan masuk dalam kereta, tiba-tiba sebuah kereta Volvo dengan tergesa-gesa masok parking depan kami dan terus gesel bucu kereta kami sebelah depan…. mula-mula raser marah gaks tapi sabar sbb kemarahan tidak boleh menyelesaikan masalah.. so keluar keter tanya driver volvo tu… dia cakap dia mintak maaf dan suruh report polis aja dan claim insurans… pas tuh dia tergesa-gesa ketandas…. hampeh.. korang jangan tergelak ye.. keter kitaorang kene gesel ngan orang yang nak terberak… hampeh… nak marah pon dah tak jadi marah.. tapi kitaorang tunggu gaks sampai dia melepaskan hajat dia…
Sesudah jer tu… dia pon muncul balik.. dan bincang cara baik dan dia bersetuju untuk membaiki kereta kami pada hari Isnin….. so tunggu berita selanjutnya nanti…..
Ni la ghupernye
abis kemek-kemek dan calar-calar kat depan tu…
ni ler keter yang tuan punyenye yang nak terberak tu…
kita tunggu cerita dia hari Isnin nanti….