Lately rasa macam kehabisan idea tau nak masak apa. mungkin sebab malas gak kot. Hari tuh…. I buat Mee Wantan. Terlebih rajin, buat dumpling and sup dumpling. Masak simple macam ni memang terangat, makan panas-panas semasa hujan.
Budak-budak memang sukalah. Nanti I letak resepi ye, now nak kena masak untuk lunch dulu sebab dah pukul 10 kena bawak makanan untuk Ashraff plak.
UPDATE: Resepi Mi Wantan
INGREDIENT
- Sepeket mi sanggul – dicelur
- bawang putih goreng dan bawang merah goreng
- minyak bawang putih / minyak bawang merah
- 2 sudu kicap pekat
- 1 keping Ayam bahagian dada – dicelur
- 1 ikat sayur sawi – di celur
- 10 ekor udang – bersihkan dan dicincang halus
- 1 mangkuk daging ayam cincang
- 15 keping kulit wantan
- 1 pokok daun bawang
METHOD
cara buat wantan
- gaulkan udang dan ayam cincang bersama daun bawang
- rasakan dengan garam dan serbuk lada putih
- isikan inti kedalam kulit wantan
- buat bentuk 3 segi, sapu air kat kulit wantan supaya lekat (refer gambar)
- goreng separuh wantan sehingga garing
- lagi separuh boleh buat sup dengan air yang rebus ayam tadi
Cara buat mi
- mi yang telah dicelur di gaul dengan kicap pekat,minyak bawang dan bawang goreng
- hidangkan dengan sayur yang telah dicelur, daging yang yang telah dicelur dan sup
saya lm nak cube wat dumpling…tapi tak cube2 agi…tunggu resepi dr Sawanila la, bleh?
dah update dah resepi
rajinnye akak…jeles la pulak….hehehehe
senang je….sebab malas nak masak nasi
sangat suka dengan wantan mee niii
boleh buat nanti sebab senang
Makan Sepinggan tak cukop nih
nampak menyelerakan!
harap sawanila boleh share recipe..
xie xie
dah update resepi dumpling tuh
sedapnya , ade resepi dumpling tk ? sukanya kalau ade
dah update dah resepi dumpling tu
pehh..nampak sedap woo…
susah nak jumpa blog cerita pasal makanan macam nih. :)