Cont…
Ok… sambung balik.. selepas menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.. kami kembali ke Disneyland Park balik untuk pergi ke park yang belum kami lawati lagi… Amat menakjubkan shuttle bus balik ke hotel ada setiap 10 minit dan kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk pergi dan balik ke hotel untuk menunaikan solat… memang tidak ada pembaziran masa kat sini…
Seterusnya.. kami masuk Small World plak… Kat dalam Small World ni ada macam-macam… dia mempamirkan hampir semua budaya dan masyarakat dalam dunia ni dalam bentuk character kecil cinonet…
Dalam Small World nih memang terasa dan sepanjang perjalanan tu dimainkan lagu It’s A Small World dalam pelbagai bahasa.. Bahasa Melayu pon ada….
The Golden Mickeys at Disney’s Storybook Theater paling syok.. This is the best 3D theater yang we all pernah masuk. Special effect dia menakjubkan… cukop semua sekali.. cth.. air terpercik.. memang air betul terpercik kat muka kita… effect bau… bau cheese, bau bunga… effect haba… panas.. sejuk semuanya terasa… effect angin… angin bertiup, ribut, petir, hujan… semuanya real…. pas tu.. yang paling canggih.. effect 3D dia.. cam Donald Duck tu duduk depan kita la… real.. Ashraff siap nak cekop Donald sebab cam betul-betul ada depan mata..
Kemudian the last park yang kita pergi adalah Adventureland… kat sini ada Jungle River Adventure, Tarzan Island dan Festival of Lion King…. Kita orang pergi Rivers Adventure tu dan semasa beratur tu ada sign cakap “You may get wet”… hehehe so be prepared la… maklom la atas tangan ada barang kesayangan yang harga dekat RM10K so takut la kamera ni rosak plak kene air kan so kene be prepared la…
River adventure ni ada banyak bahasa.. Cantonese, Manderin dan English… kita amik yang English punye…
Tengok tu… Gajah dok siap sedia nak sembur air.. buaya plak dok relek jer tepi sungai…
Hah.. ni dia badak air dok ternganga tak sampai sekaki drp bot….
Tengok tu… air terpancut depan bot.. sebelah kanan bot plak gunung berapi…. peerrrggg real abis…
Then kita pi masok plak kat rumah Mickey Mouse… tengok tu.. semuanya kartun…
last sekali bergambar ngan Mickey Mouse.. kat sini kita orang terkene… sebab ada pro photog kat sana yang dok amik gambar.. dan printout siap dalam 5 saat… taknak amik kesian plak… sbb dah ada depan mata.. so terpaksa la korbankan HK$120… dalam RM60 untuk sekeping 8R gambor… takpe la.. gambar yang dia amik pon lawa.. siap ngan folder sekali….
Hari dah hampir senja… Fireworks Show kul 7:30pm setiap hari sebagai penutup kat Disneyland ni.. time masa tu baru kul 6:00pm… so Yatie amik peluang untuk dia bershopping kat Centennial Hall… I dan Afriena dah beli Disneyland shirts + goodies dah sebelom tu.. cuma Yatie + Ashraff je belom beli lagi… so bagilah Yatie pi shopping plak….
Sementara menunggu Yatie pi shopping kat dalam tu.. bebudak dok layan bubbles kat luar kedai… melompat-lompat bebudak tu mengejor bubbles…
hah… dah beli pon shirts Disneyland untuk kenang-kenangan….
To be continued ~ Disneyland Fireworks Show…