Dah start sekolah dah masing-masing. Ashraff darjah 5, Buku teks tak beli lagi ni. Afriena plak darjah 4. Buku teks pakai yang Ashraff punya je lah. Rayyan pun dah sekolah. Dia started hari Isnin lepas. Dah seminggu lah sekolah dan hari masuk minggu kedua masih lagi nangis. Adeii… Tak pe sekejap dia nangis tu. Mama dia yang kena kuatkan hati. Cikgu cakap dia nangis kejap je, lepas tu dia main-main ngan kawan lari sana sini sampai berpeluh dah tak ingat semua benda dah.
pastu cukup masa balik, nampak mama dia senyum je. Sepanjang jalan bercerita belajar apa kat sekolah. Sampai rumah tak sempat buat apa dah dia bukak beg nak tunjuk ada homework atau apa dia belajar hari ni. Like last week, balik sekolah je, abang dan kaka dah standby dengan soalan
Soalan Ashraff,
Rayyan, ada orang pukul Rayyan tak tak kat sekolah, Cikgu ada marah tak? rotan? cubit?
Nanti Rayyan jawap…semua tak de
Kakak dia plak..
Rayyan, ada home work tak hari ni? meh kakak cek..
Cute kan dorang. Soalan ditanya berbeza tapi niat yang sama. Iaitu ambil berat.