Tag Archives: salted egg crab

Resepi Salted Egg Crab

Jumaat lepas dah tak tau masak apa. Oleh kerana Man of the house berbuka kat hotel maka kami kat rumah pun nak makan kurlass sikit. So I pergi pasar beli Ketam dan Sotong. Sotong buat masak tomyam putih campur ketam sikit. Dan ketama dalam sekilo lebih buat Salted Egg Crab.

First time buat, senang je buat nye rupa. Dalam fridge ada telur masin yang siap rebus, kalau simpan lama-lama tak termakan plak. So Masak simple macam ni mesti bebudak suka. Hahahaha

Nak masak senang je

Bahan-bahan

  • Ketam 1kg – gaul dengan tepung jagung atau tepung kentucky dan goreng (saya guna tepung kentucky cap puas)
  • 3-4 biji telur masin yang dah direbus – dihancurkan (saya guna putih dan merah, jangan membazir)
  • 5-6 biji cili padi di racik halus- nak lagi pedas letak lah banyak
  • setangkai daun kari
  • 3 biji bawang putih -cincang halus
  • 2 biji bawang merah – hiris nipis
  • sedikit minyak
  • sesudu mentega
  • 1/2 cawan susu segar – nak guna susu cair takpe tapi kami takleh minum susu cair sakit perut

Cara-cara

  • panaskan minyak, letak mentega
  • bila mentega cair tumis bawang putih dan merah sampai bau harum satu rumah
  • masukkan cili padi dan daun kari
  • kacau samapai bertambah wangi 
  • lepas tu masukkan telur masin
  • kacau sampai berbuih
  • bila dah berbuih masukkan susu, kacau samapi pekat, kalau pekat sangat tambah lagi susu
  • lepas tu masukkan ketam dan kacau rata
  • Siap untuk dihidangkan.

Enak dimakan dengan nasi panas dan digandingkan dengan masakan berkuah seperti tomyam atau sup sayur. Saya tak tampah garam atau gula sbb telur masin tu dah ada rasa, gula tak payh sebab butter dan susu dah ada rasa tersendiri. NExt nak try masak Salted egg chicken plak.