Tag Archives: Roti Canai

Roti Canai Sambal Sardin

Semalam menu berbuka ringkas. Sekarang ni dah mula dah malas nak masak nasi dan malas makan nasi. So , I buat roti canai makan dengan sambal sardin. Siap amik gambar step by step lagi.

roti canai

 

Ni roti canai saya with less oil. Goreng tanpa minyak guna kuali Tefal. Mencuba untuk hidangan lebih sihat, ginilah kena kurangkan minyak. I uli pukul 12 tgh lagi, Pukul 7 baru goreng. Hasilnya lembut. Kalau kat kedai mamak, berminyak-minyak nanti rasa menyesal plak makan. Buat 1/2 kilo gandum dapat 7 keping roti canai. Nanti I share step by step ye.

sardin

Ha ni sambal sardin untuk lawannya. First time masak guna sardin cap Marina. Not bad rasanya. Sardin cap Ayam dah mahal  Dah jadi makanan orang kaya plak.

pasta

Ni plak Pasta Baked for kids. Ni sebekas ni untuk 3 beradik tu je. Afriena makan pasta pastu makan roti canai seping setengah. Boys makan ni semata.

tembikai

Disebabkan tak masak sayur, maka kami ada tembikai untuk menu semalam. Makan tembikai sebagai dessert. Air plak hidang air kosong je. Bila dah makan tembikai, kenalah remind kat bebudak suoaya tak makan madu.

Apa menu you all semalam?

Resepi Roti Canai

gambar-04

INGREDIENTS

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

METHOD

  • campurkan susu dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.
  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam
  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis.

Roti canai amatur

Last Friday, I try buat roti canai sambil dibantu my sister, Sidah. Actually masa pagi raya ketiga kiterang adik beradik bertungkus lumus buat rpti canai for breakfast. Di sebabkan tak puas makan roti canai kat kampung so I buat ler lagi sekali.

Sonang jor buat roti canai.Bab menguli memang best. I just buat 1/2 kg jer. dapatlah 10 biji. Instead of using marjerin, I pakai minyak sapi. Rasa dia lagi sedap.Ni yang lepas canai…

Nampak tak cam lembut jer tuh??? FYI i tak tahu tebar so tekan cam biasa jer. my sis tau lah…..

We prefer roti canai bulat sebab berlapis lapis…

Ni rupa yang dah digoreng with less oil… Sodap…Ashraff mkn 2 bijik gak la.

I make Chicken Curry or the roti canai.

Ha yang ni yang baru masuk kuali…. Not bad my roti canai compare yang kat kedai punya… sbb ia di jamin bersih, sedap yang lembut….BTW the roti canai was our brunch.