Bahan-bahan
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 biji telur
- 3 sudu susu tepung
- secubit garam
- semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
- Minyak sapi secukupnya
Cara – cara
- campurkan susu ,telur dan air sejuk bersama garam
- Masukkan gandum kedalam bekas adunan
- Masukkan air dan mulakan proses menguli.
- Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
- Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
- sapukan doh dengan minyak sapi
- Rehatkan lagi selama 1/2 jam
- Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak – tebar sama dia
- Lepas tebar, buat bualat macam ni sebab bila nak masak kita leperkan dia dan roti canai tu akan berlapis-lapis
- Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
- Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
- Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis/sambal sardin