Tag Archives: resepi laksam

Macam mana nak buat laksam?

Satu lepas….dah tak tahu nak masak apa. Everyday masak nasi. tak nasi mee or roti. Check fridge tengok apa lauk yang boleh dimasak, tengok ada ikan sardin. Banyak dalam 3 paket.FYI kat rumah ni, lauk dibeli untuk sebulan dan siap di pek untuk sekali masak. senang. Ikan 3 paket tu dalam sekilo besar plak tu. So keluarkan ikan, gi kejut Kheirul.

Abang… jom keluar, nak cari tepung beras nak buat laksam ..

Kheirul jawab” buat apa sesusah, pergi pasar borong je beli yang dah siap…

yelah lupa ada yang dah siap

So berkuyun-kuyunlah 5 beranak pergi pasar. I suka sangat pergi pasar sebab boleh beli sayur fresh dan murah. Kalau kat supermarket mahal. So lepas beli laksa, ulam-ulam and sayur baliklah kiterang. Kat pasar, bebudak ni ni dok komplen dirty, dirty, dirty. Memang pun kotor dah nama pasar. Pasar yang bersih sikit kat sini ialah kat Taman Tun tapi harga mahal.

Balik rumah I rebus ikan sebab nak buat kuah laksam.Macam mana nak rebus ikan?  senang je nak rebus ikan. letak asam garam dah.Kalau ikan sekilo, garam dia 2 sudu kecil, asam dia dalam 6 keping. letak sikit air, pastu rebus dengan api kecil. tutup periuk tu ye. dalam 15 minit ikan masak.

Bila ikan dah sejuk, so kenalah buang tulang ikan tu. oopp tulang tu jangan buang sebab nanti tulang dia boleh di blend untuk air dia. Stok dia penting, buat pemanis kuah laksa.

Pastu blend bawang, masukkan santan, rasakan garam, gula and asam maka masaklah kuah laksam. Boleh lah makan.

Tapi nak makan tu mestilah ada ulam. Takde ulam tak sedap. Jenis ulam,kacang panjang, timun, daun salom, daun kesum, taugeh dan buanga kantan. pekena pelak dengan sambal belacan yang kow pedas. perghh meleleh.

Tell you, Rayyan makan sampai jilat mangkuk habis rambut bau ikan. siap tambah tuh. suka sangat dia dengan laksa. Ashraff mula-mula cakap taknak sebab kata tak sedap, pastu bila makan makan bertambah. So I sindir dia cakap, tadi kata tak sedap, now tambah-tambah lagi, dia cakap no mama it’s very tasty..sedap.. Afriena pun sama , memula nak sikit pastu bertambah. So next time, memang patut buat lagi.

Tips nak beli laksam… sila cium dulu laksam tu takut bau hapak…Mana nak beli laksam dah siap? Beli kat pasar borong Seri Kembangan. Dia sederet dengan kedai buah.Resepi untuk buat kuah laksam ada kat sini. SILA CLICK.So macam mana nak buat laksam? beli je yang dah siap…