Dah habis dah Hari Tasyriq, baru nak update. heheheh semalam budak sekolah petang je, jadinye komputer tu jadi rebutan la kan. Pastu Rayyan bangun awal. Hmmmm raya haji kami, kiterang raya kat sini je, macam biasalah. Kalau tak dapat cuti, memang raya kat sini. bebudak dapatlah cuti tapi Kheirul tak dapat.Nak balik tu boleh tapi taknaklah bersesak dalam jam dengan bebudak pastu kejap je lepak kat kampung. Maklumlah kiterang ada dua rumah kena balik. so to be fair, tak balik terus.Paling kurang balik kampung kena seminggu baru fair untuk ke rumah mak saya n mak suami.
So dipagi raya yang hening, Kheirul pergi masjid tak bawak Ashraff. Ashraff tak puas hati nape tak ajak dia. hahahah, sengaja tak bawak sebab papanye nak tolong melapah daging. Kang kalau bawak ada je komplen panas, lambat komplen. Pastu tak pasal pasal komplen and kasi alasan untuk taknak sembahyang jumaat plak kang. Sementara Rayyan tengah tido, I pun masak le sikit. Buat pulut kuning, ayam bakar and goreng mihun. Pulut kuning tu I tanak je, Mak mertua ajar.
Selalu kalau makan kat kedai pulut yang tanak tu lembik, memang tak suka, buat dia ajar tak lembik pun. Senang je, kalau pulut 3 cawan, air/santan mesti 2 cawan. Malas nak angkat pengukus semua tu. Raya kedua plak, kiterang sibuk car rumah rumah. belum siap lagi, maybe 2 weekend baru siap.