Tag Archives: Ramadhan

Satay Kambing untuk 15 Ramadhan

Semalam tak masak macam biasa. Yelah hari-hari masak kepala pun pusing dok pikir nak masak apa. Yang pening Kheirul sebab mesti tanya, Malam ni nak makan apa? So malas nak pikir, Kiterang makan Satay. Bukan Satay kajang tau, ni satay yang beli kat rumah jer. Satay dia sedap. Makcik yang jual satay ni cuma jual satay ayam dan satay kambing. Satay kambing dia memang terbaik sebab takde bau kambing. Memang jenis kambing mandi pagi kot. Semalam beli 40 cucuk nasib baik habis. Sebab bebudak suka sangat dengan satay. Afriena lagilah, suka nasi impit. Afriena ni pelik tau, suka makan benda tawar-tawar je. Nasi kosong, roti kosong sayur pun sayur brokoli yang rebus je.

yang masak semalam cuma kuih cek mek moleh. 2nd time buat perhh rasa nak meletup kepala sebab sedap sangat. Texture dia yang lembut. I pakai keledek kaler oren. Hari tuh buat keledek kaler purple tapi ada keras sikit. Yang bentuk donut tu untuk kanak-kanak sebab dorang suka makan yang tawar.

Nanti I letak resepi kuih tu yer.

Ramadhan 14- simple menu

Berbuka semalam adalah antara yang tersedap. Habis nasi seperiuk. Selalu masak 2 cup tak abis tapi semalam abis. Adakah kerana I masak sambal udang? Oh kuih di atas adalah dibeli dari gerai biasa. Tapi semalam kuih dia tak sedap. Karipap je yang sedap

For the first time since bersalin barulah dapat merasa sambal udang yang di masak sendiri. Sedap….

And juga ada ayam goreng. Macam biasa my ayam goreng selalu diperap dengan halia, bawang putih dan kunyit.Ingat nak buat ayam goreng berempah, tapi malas nak menumbuk. Afriena ada offer nak tolong tumbuk rempah tapi kalau dia tumbuk, mau 3 jam dia main kat situ.Kang sepah dapur. heheheh I tak suka dapur yang bersepah…

So hari ni ingat malas nak masak… beli jelah. So far berpuasa baru sekali makan yang dibeli. What to eat today???Ingat pasal makan je kan. Apalah nasib orang kat Pakistan dan Palestin. Dorang bukak puasa makan apa ye? I selalu bebel kat bebudak kalau dorang tak abis makan, cakap kat dorang yang orang lain ada yang tak dapat makan. Pastu kalau ada keluar dalam TV tunjuk orang tak dapat makan, cepat-cepat i tunjuk kat dorang biar dorang tengok .