Tag Archives: PLAY-DOH

PLAY-DOH: Membina Komuniti Ceria

Jerebu kuat plak hari ni…. Hari selasa hari tu kan sekolah tutup, Jadi budak-budak spent time dalam rumah. Boring muka dorang. Nak pergi swimming tak boleh , nak main badminton pun tak boleh. Suruh main board game  semua tak nak sebab kalau main tak pernah menang asyik Rayyan je menang. MAin lah game apa pun Rayyan yang menang. Kalau kita di ambang kemenangan, Dia cakap…main tipu… aiyoooo

image

Since tak boleh main kat luar maka, main PLAY-DOH lah dalam rumah. Bagus PLAY-DOH ni sebab anak-anak berimaginasi . Berkarya dengan PLAY-DOH. Setiap yang di hasilkan adalah dari hati masing- masing.

image

Main PLAY-DOH dengan masih berbaju tidur. Takpe asalkan jangan gaduh je. OK mari kita tengok kreaviti masing-masing.

image

Hasil seni Rayyan… Katanya ini adalah burger. Kaler purple tu daging, kuning tu cheese. Jangan gelak tapi… mostly apa yang dia buat dengan PLAY-DOH adalah makanan.

image

Makan burger….

UNTUK MAKLUMAN

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.  

Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!  

Takde Idea? Boleh tengok hasil rekaan Ashraff yang  patriotik. Ashraff ni lebih kepada straight forward. See ! Setiap hasil PLAY_DOH, boleh tau apa karakter setiap anak-anak.. betul tak?

image

Satu Malaysia dengan sekuntum bunga raya iaitu bunga kebangsaan.

Afriena plak dia suka bermain warna. Mari tengok apa yang dia buat.

image

Buah-buahan tempatan. Dia kata nak buat durian tapi katanyasusah nak buat duri. Pandai dia buat kan. Actually Afriena ni daya imaginasi dia lain sikit. Dia suka dengan warna. Kalau kat rumah takde kerja, dia duduk diam, dia ambil kertas kosong dan pensil warna, maka akan terjadilah sesuatu. Macam lukisan rumah ke, gambar princess ke… Thats her. I suka tengok buah tembikai dia dengan buah pisang.

image

Yang ni pun , Afriena yang buat….Haihhh bila tengok pelangi rasa nak makan kek pelangi plak hehehehe

image

Dan akhir sekali …ini adalah hasil rekaan Rayyan… It’s all about food. Dari yang warna hijau, katanya itu pizza,  yang kecik kuning tu pun pizza,  pastu burger, donut, yang warna hitam tu dia buat oreo. Dan yang lain tak dapat nak tafsir.Yang Oreo tu, dia campur warna, tu yang jadi macam kelabu. Itu yang best pasal PLAY-DOH, warna boleh campur-campur untuk hasilkan warna baru dengan guna tangan je.

Ok lah… pada sesapa yang berminat dan ingin tahu  maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.

#playdohmonth2015