Tag Archives: Packing

Packing to hospital

Lagi beberapa hari atau berapa minggu nak bersalin. Tapi apa-apa pun kena lah siapkan pack barang to hospital.

Mungkin ada yang tertanya apa barang nak kena bawak ke hospital? FYI, lain hospital lain barang kena bawak. mungkin ada hospital yang provide baju tidur mungkin ada yang tidak.

So let’s see apa yang I bawak.

  • 3 helai blouse lengan panjang. 2 helai untuk dipakai kat sana, satu helai untuk balik
  • Satu sweater-kot kot sejuk kat hospital -memang sejuk pun
  • stokin secukupnya. – sejuklah dok hospital
  • 2 helai kain batik – incase kena pakai kan. Selalu tak pakai pun
  • 1 helai skirt labuh – nak balik rumah kena gak melaram
  • tudung – untuk yang bertudung, kang org datang takdelah haru mencari tudung . juga digunakan untuk balik ke rumah
  • toileteries – ni selalu kat hospital dah kasi siap tapi I comfy bawak sendiri punya
  • baju baby untuk dia balik ke rumah, receiving blanket,sarung kaki & tangan serta topi
  • camera – ni selalu ada kat dalam my bag
  • blood report – dulu tak yah bawak tapi now kena bawak cos I buat check up kat luar.
  • Any other document
  • bra for breastfeeding, disposable panty and maternity loop (ni nak kena pi beli)
  • Makanan -kot -kot nak mengunyah

Apart of that, I pun pack for my 2 kids sebab mesti dorang kena tumpang rumah sesapa for 2 malam sebab papanye kena teman mamanye kat hospital. Ha car seat jangan lupa ye

FYI, Ashraff tak nak kasi mama dia masuk hospital, sebab dia cakap kalau pergi hospital nanti mama ada blood.Haiyya, itu budak banyak tengok citer CSI lah.

Note untuk papa, Papa, mintak tolong teman mama kat hospital, sebab setiap kali masuk hospital mama nampak benda orang lain tak nampak. Kalau tak nak teman sila amik bilik sharing.

Sekian