Hari last kat Hatyai, lepas breakfast kiterang lepak dalam bilik sambil tunggu MIL mengurut. Ada room service. Syok kan? Since I dah menugurut hari tu so malas lah nak urut lagi. nak lepak je sambil makan makan. Settle semua pukul 12.30 kiterang lepak bawak, check out pastu baru bertolak. Dalam pukul 1 gak lah. Pergi isi minyak kereta dulu, pastu baru gerak. Dari hatyai masuk Pattani sejam je. Bila masuk Pattani…wow best nya, sepanjang jalan boleh nampak pantai.
Please noted that, sebelum kami masuk ke daerah panas ni, dah banyak kajian dan soalan yang kami buat. Masa kat Phuket jumpa orang Pattani, tanya dorang selamat tak nak lalu Pattani, Nara and Golok semua… Diorang kata selamat. Diorang cakap, diorang tak kacau orang luar and dia cakap lagi, bukannya dorang bom jalan pun. Sepanjang jalan susah nak tengok kereta atas jalan..tak banyak lah…. Orang Pattani mostly boleh cakap melayu Kelantan… Itu yang buat rasa selamat. Ambo bulih kecek kelate key. Kat Narathiwatt, bahasa melayu masih diguna pakai, dan tulisan nya adalah tulisan jawi. Selama tiga jam kat situ, kitang tak berhenti pun cuma berhenti kat masjid untuk guna toilet je. Satu lagi pesanan, Kat Narathiwat takde stesen minyak, jadi sebelum masuk sini sila isi minyak pepenuh, melainkan nak isi minyak botol yang dorang seludup dari Kelantan. Tapi yang bagusnya, jalan dia lurus je, takde tol dan yang pasti takde lubang lubang macam kat KL atau mana-mana jalan yang pernah saya lalu.
Lepas settle tunaikan hajat, teruskan perjalanan.Memula tu nak lalu Takbai naik boat terus ke Pengkalan kubur, tapi kena tambah sejam lah sebab tak yakin dengan boat dia. Kereta kiterang ni kira rendahlah so nak naik boat dia macam susah. Bukan kata boat , certain carpark pun tak lepas.So lalu Golok. Suasana dia macam kat Kelantan jer. Sepanjang perjalanan dari Pattani-Narathiwat -Golok, memang banyak check point. Kalau kat Nara tu every 1km kot check point. And finally masuk Golok.
Dah masuk Golok lalu imegesen, settle semua sampailah kiterang di Rantau Panjang. Alhamdulillah. Urusan nak keluar senang. Lagi senang dari Bukit Kayu Hitam dan urusan dia memang cepat. Sampai je Rantau Panjang, kiterang berhenti makan kat sebelah masjid Beijing. Ingat nak solat situ je tapi hujan lebat nak turun kereta tak boleh, maka cari masjid kat depan-deoan sana. Wahhh sampai rumah pukul 6.30 petang .
Alhamdulillah