Tag Archives: MasterChef Malaysia

Tolong Support Wife Saya Masa Finale Blogger MasterChef Nanti…

Inilah wife saya, Yatie, yang ramai antara blogger kenal as Yatie_Sawanila kan… Semenjak dia terpilih as one of the finalist Blogger MasterChef, tetiap hari dok termimpi-mimpi apa yang harus dimasak masa hari finale nanti sampai saya pon raser macam takde topik lain dah yang nak dibincangkan kat rumah.

Sebenarnya, wife saya ni bukannya masuk rancangan Masterchef, tetapi untuk sesi panas badan rancangan MasterChef tu, pihak Astro dan Nuffnang telah buat satu pertandingan sama seperti Masterchef tetapi hanya khusus untuk Blogger di Malaysia ini dan dinamakan sebagai Blogger MasterChef Malaysia. Alhamdulillah, pada peringkat separuh akhir lepas kami telah terpilih sebagai salah seorang dari 5 peserta ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 15hb Oktober nanti.

Kalau korang nak tahu, Rancangan MasterChef Malaysia ni akan ditayangkan di ASTRO RIA saluran 104 pada 22hb Oktober 2011 ini so lepas ni jangan lepaskan peluang untuk tonton chef-chef terhebat Malaysia dan kita nantikan siapakah yang akan bergelar MasterChef Malaysia yang pertama. Demam MasterChef ni memang hangat diperkatakan di seluruh dunia terutama di Amerika dan Australia, mungkin selepas 22 Oktober nanti demam itu akan merebak ke Malaysia pula. Nak tahu maklumat lanjut :

Sila tonton di ASTRO RIA – Saluran 104

Semuanya masih lagi jadi TANDA TANYA ????

Ok.. berbalik kepada apa yang akan diperhidangkan semasa Finale Blogger MasterChef nanti… semua masih lagi menjadi misteri… apakah bahan-bahan asas yang akan ada dalam kotak misteri itu nanti…. dan dengan daya kreatif yang ada, perlu berfikir dan bertindak cepat agar dapat menyediakan hidangan yang sedap, lazat dan hebat dalam masa yang telah ditetapkan. Secondly, untuk Skill Test… apa plak skill yang pihak penganjur suruh buat nanti.. Pada semi-final lepas, semua peserta kena buat Poach Egg. Tak tahu lah masa final nanti kena buat apa…  Apa-apa pon you can do it my wife.. hehehhehehe…….

Sebelum tutup cerita hari ni…. alangkah hebatnya kalau masa final nanti boleh buat macam gini

Grapes rolled in goat cheese with pistachio crust

or ini….

Sous-vide Egg with caviar and smoked potato

Or ini…..

Seared Alaskan Day Boat Scallop

Or ini…..

Squid Fettuccine with Wasabi sauce

Or Ini plak…

Lobster Risotto with lobster sauce.

Opppsssss… Ini pon menarik gaks….

Wrapped potato sea bass with shredded crabmeat and mushroom.

Nak tahu sapa buat hidangan yang hebat itu semua…..

Ni dia… BOBBY CHIN yang buat daaa…..  Alangkah bagusnya kalau masa final nanti boleh buat macam gitu… Anyway.. all the best my wife.. I know you can do it!!!!!!!

 

I will be in MasterChef Blogger FINALE!!!!!!!!!!!!!

ceria tak muka saya???? mana tak ceria sebab dapat masuk semi final

 

Assalamulaikum kengkawan semua… kita berjumpa lagi dalam episod Sudip Akak Sawanila…hahahaha amacam okey tak kalau buat rancangan masak memasak yang bertajuk Sudip Akak Sawanila??? tu pun kalau menang kat FINAL nanti….Pukul 8 I dah kejut semua orang suruh mandi.. ye pukul 8 dah suruh siap sebab I tau, nak carik tempat kang sesat kang, traffic jam ke, and yang pasti anak dara I mandi berejam. nak shampoo, body shampoo gosok gigi facial, scrub  lama you… So dalam pukul 9 keluar… pakai GPS tuh sbb tak tahu kat mana walaupun I expert pasal Sri Hartamas tapi nak cari The Cooking House tu..susah gak. apa-apa pun kasi kereta minum dulu…isi minyak dah. Lama kereta merah tak jalan dowh.

Sampai je amik gambar kasi feel MasterChef Malaysia masuk…. Ni tengah menguap sebab tidur tak berapa nyenyak asyik mimpi masak je

Ada briefing session….masa briefing tu I kena ke depan jap sebab kena dera ngan Kheirul sbb dia cakap Chili Crab, so kenalah citer camner nak masak chili crab… amik ko…nebes tu..

Nilah dia punya Itinerary dia… pastu kena cabut nombor dulu sbb nak kasi dapur nombor berapakan.. I dapat nombor lapan. My lucky number is 8. Tahukah anda my fav number is 8? Jersey masa main handball dulu pun no. 8 tau..:)

tengok tu…tu je barang dia kasi suruh kita masak..blurr tuh. dah lah I ni bab reka cipta masakan ni fail. kang mabuk ke, cirit birit ke..naya tuh… Dalam kotak tu ada chicken breast,mushroom, carrot,tomato, cili bawang halia, and telur dan sbgnya..Bekas dia kasi 2 dgn satu pinggan plastik, pastu pinggan utk hidang and satu kuali. pakai dapur letrik tuh. susah tu dapur letrik.sebab tak nampak api.

Ini anak-anak saya..ramai dok tanya.. tu anak-anak akak ke…muah muah..apakah ??? pastu few people tanya, eh your kids cakap cina ke? yep kekadang dorang cakap cina bila dorang tak tahu apa perkataan nak pakai dalam bahasa omputih atau bahasa melayu. sepanjang memasak dorang lepak main iPad tanpa buat bising.

Dan anak kecil saya yang hensem plak..dia tidur…lama tu. mungkin kerna aircond dan juga sebab ngantuk sebab I kejut bangun pagi. terima kasih anak ku sebab memahami.

hahaha ni tengah masak… I dah siap masak ayam tetiba chef tu cakap… please do not cook the chicken at early stage, else your dish get cold easily. I was like haiya..saya sula masak, kalau tak masak ayam ni apa aku nak buat??? sayur pun nak kena masak last kan. so masak ayam tu separuh masak dulu..angkat ..pastu sediakan bahan untuk buat sos salad. Masa tengah syok dok buat grill potato..dang…elektrik takde… apa laaa…. apa mau buat kena carik dapur lain dan hilang 10 minit and kena tumpang meja orang tu…lagi 15 minute nak abis masa.. i grill sayur.. carrot, pepper and mushroom. asingkan, then masak ayam tu balik… ketang ketung….angkat baru buat creamy sauce.Pastu hias. nebes tu masa hias sbb beberapa orang organiser dok tengok je… hakak bukan terer pun…bab bab hias ni fail.

time’s up….. bring your dish ke depan… masa keluar bawak makanan… I dalam hati wah semua ganas-ganas masak… terasa malu nak bawak dish saya you… tapi kena yakin… asalkan judge tak rasa loya dah lah…

This is my invention dish… I named it ” Grill chicken with mushromm sauce and grill vegie with vinaigrette”. Huraian dia… Ayam tu perap dengan cumin, sikit garam and pepper… pan grill serve dgn creamy sauce (cream + mushroom+butter+black pepper). Sayur tu grill kosong dgn minyak sikit serve dengan vinaigrette (balsamic vinegar,mustard,cumin, vegie oil and olive oil with some lemon juice).Rasa dia? saya tak tahu…. ok kot sbb judge makan ok je.. tak termuntah pun hahaha. Oh yang colour merah tu.. dash of paprika.

Tengok lah judge memasing…Resident Chef Ryan Khang (Culinary Instructor, Cookbook author,Healthy and Modern Cooking), Astro Channel Manager – Azlin Reza Azmi ad sapa tak kenal mamat ni KY.

muah muah muah.. ketar lutut tuh.. dalam hati doa mintak-mintak lah dorang tak loya… ni masa present..dorang rasa …habis my turn..perghh lega. kalah menang belakang citer yang penting kita enjoy the day…

habis je presentation, ada demo skill test… buat poach egg. I memang tak tahu cam mana nak buat ni. goreng telur mata kerbau pun akak fail..nikan plak poach egg. masak telur dalam air.

kasi tembak itu air dulu. first telur buat ..tak jadi. sikit lagi nak macam teluar dadar atas air.

pastu dengan sokongan suami tersayang… (siap i suruh keluar jangan kacau) jadi le poach egg.

Masak 4 minit je puan-puan sekelian.. set masa ok. 2 minit flip over, 1 minit hold kat tepi,1 minit hold kat tengah. ikut apa chef Ryan cakap..

tadaa dah siap telur 2 bijik… Chef tu tanya.. ni fake egg ke hahaha I cakap takdelah I photostate poach egg you je.hehehe alhamdulillah… sampai judge tu pun sayang nak pecahkan telur tapi dia nak test telur kuning perfect ke tak.. pastu dia cakap this is the perfect poach egg and I give you 10 marks. thank you….:) the crowd said “Wuaaaaaaooooooooo!!!!”

Ni baby dah bangun.. nangis kejap je… pastu senyap main iPad. sampai ada sorang pempuan cina cakap..wah anak you tau main ipad ke??? hahaha. Thanks to Afriena sbb jaga adik ye.

ni masa announcement of the 5 winners…  Zamimie of http://zamimie.blogspot.com/

Wawa of http://eencyweency.blogspot.com

Falihin anak pakcik jasmi..from falihinjasmy.blogspot.com

James…from http://doggyjamessays.blogspot.com/ …

Last… baru annouce my name… surprise tu sbb memang i tak jangka pun dapat final…. hehehhe rezeki kan Alhamdulillah…

Pic Credit to MasterChef Malaysia

Pastu ada sessi bergambar…few yang kenal… Kak Ros of little mama, cik kaki, appledia,mahamahu ,Mr Dharm,Adam ,Darus pastu yang lain…tak ingat nama dah. Walaupun bersembang dengan semua orang. nanti nak tunggu link yang di snapkan gambar dulu…. ANW, I must say..this is the best event yang I attend sebab, I can cook and semua blogger adalah hebat dan peramah. Hope to see you guys again yeah. Now I dah paham perasaan orang masuk contest masak-memasak ni…nervous weh..sebab masak kat dapur orang bukan dapur kita. mana nak cari gula, mana barang barang….

Bukti masuk final…. heheheh doakan saya ye kawan-kawan…