Tag Archives: Mandy Chicken

Recipe:Chicken Mandy

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

كيف حالك اليوم؟

Baru masak Nasi mandi terus tulis bahasa arab. 5 tahun belajar bahasa arab, masih takleh cakap bahasa arab. Tapi kalau setakat simple words bolehlah. Ajar anak-anak buat homework pun boleh takde masalah. I masak Nasi mandi. Simple je. Masak pun guna mix dia. Sebab guna premix, oklah rasa dia cuma yang tak berapa suka is, warna dia terang sangat. Mungkin lain kali, Masak nasi guna rempah sendiri cuma amik skit je premix buat warna-warna dia. Next time nak buat dengan kambing lah plak.

 

mendimix

Inilah premix dia

 

instr

Resepi dia. I ikut resepi dia, cuma tumis dengan rempah 4 beradik dengan bawang putih. belasah je. Nak cepat

mendi2

Mandy Chicken. Merahkan warna dia. Rasa dia sedap penuh berempah but not really happy with the color

mendi

Makan dengan salad. Ingat nak buat tabouleh tapi banyak barang takde

 

Rempah tu sebenarnya..my MIL yang kasi. macam biasalah bila balik kampung, ada je barang dia pack letak dalam plastik. I guess semua mak mak macam tu. My mom, MIL or my maklong. Dorang memang akan pack something for me. I masak 2 cup beras basmathi, tinggal sikit tak habis maybe dalam 2-3 sudu. Rayyan suka dia kata nasi goreng. Adehh.. Maybe sebab nasi ni berperisa. Memang dorang suka lah kan