Tag Archives: Lumut

Medan Ikan Bakar Teluk Muroh

Hujung Minggu lepas sempatlah ke Lumut ada program  Family Day Kelab. Kiterang stay kat Marina COve. Malas nak citer pasal hotel sbb hotel yak best, kurang bersih. Cuma yang mungkin best untuk bebudak sebab ada waterpark je. Tapi makan kat Lumut sedap lah. Lunch kat kedai makan Silatulrahim fengan ulam pelbagai, siput sedut yang sedap sangat, pastu next day lunch kat kedai makan Warisan. Kali kedua Lunch kat Warisan. ANW, Dinner kat Teluk Muroh tu masa malam last lah. Ada buat game sesikit, lepas kasi hadiah. Oklah kena plak dengan kepala gila-gila masing-masing.

Meh nak citer pasal makan plak… Menu ni bukan I yang order tapi dah di pre arranged kan by commitee. Masa masuk restoran duduk nak makan… tergamam kejap. Banyak nya lauk!!! Boleh habis ke ni. Inilah dia kalau orang laki yang order kan…. Tapi takpe kita cuba habiskan. Senarai lauk yang diorder

 

image

Ni, baru sampai separuh. Ada kailan ikan masin whish is I tak sempat nak “cover”… tapi Kheirul kata sedap. Banyak sangat. I keliru, mana satu nak makan sbb kiterang jenis makan paling banyak lauk kat rumah adalah 3 je. Satu berkuah, satu sayur, satu lauk sampingan. Cuku dah. Kalau tambahan pun, mesti satu lagi sayur.

 

image

Sup Sayur – I yang makan almost tinggal sikit. Afriena makan semangkuk, Rayyan makan sikit sebab now, Rayyan suka makan sayur. Sup Sayur biasa-biasa je, tapi asalkan sup… Kami bertiga jalan je. Bak kata my mom.. dah macam anak cina, suka sangat sup. heheh itu masa I kecik dulu. Sambal-sambal ni tak nak makan, nak mak makan sup je.

Udang Butter- Ni agaknya versi restoran ni kot. Walaupun nampak takde telur yanggaring tu, tapi rasa dia tetap sedap. Nak nak udang tu sangatllah fresh. Telur telur hancur tu bebudak yang makan, so udang tu I cicah dengan kuah ketam. Memang meratah jelah malam tu. Nasi makan segenggam jer. BUkan diet ke apa, sebab kalau makan nasi banyak kang nanti lauk tu tak habis plak

image

Kerang rebus dia kasi dua mangkuk.  mmmm memang tambah darahlah. I like kerang rebus. KErang rebus kalau di rebus dengan air sikit, kalau MIL dia ajar rebus letak air sikit je supaya tak hilang  manis kerang. Macam ni lah orang kedai ni buat kot, pastu cicah ngan sambal kicap. KErang dia sedang molek dimasak. Tak overcook or undercook.

image

Ikan masak masam manis, atau nama omputeh dia, ikan sweet sour.  Rasa dia? sedap. Macam yang I masak kat rumah. ngeh ngeh nak puji diri sendiri masak plak. Ikan dia garing elok, kuah dia pun cukup masam cukup manis. Sekor ni 4 + 1 orang tibai makan habis. Tinggal tulang.

image

rupa sayur kailan ikan masin. Kheirul kata sedap. I tak makan sebab kena fokus kat sup sayur. I rasa lah an mesti sedap. Mesti ikan masin dia tak kedekut sebab lumutkan banyak kedai ikan masin. Pastu murah plak tuh,

image

Ni ketam masak rencah kari. Memula ingat ketam masak kam heong. No it wasn’t. Ni ketam masak curry paste. Rasa dia??? sedap…… selalu yang I masak or makan cuma ketam sweet sour/ singapore chili crab atau black pepper crab.  Memang masulah rasa kari dalam isi ketam. Cuma yang tak bestnya ketam dia kecik. Jadi isi dia kuran glah sikit.  Mungkin boleh cuba masak kat rumah nanti. Tengok gambar ni pun meleh air liur.

Selain dari makanan di atas, ada lagi yang terhidang. I malas nak amik gambar sebab tangan dah kotor. Ada ayam masak kunyit, telur dadar  habis licin sbb semua suka kan, ada sotong celup tepung. Sotong celup tepung dia je yang tak berapa sedap. I rasa sedap yang I makan kat Jeram atau yang dimasak sendiri. Lagi sekali puji diri sendiri. Bukan apa, kat rumah sotong celup tepung dia, selalunya I guna tepung kentucky cap Puas. Potong sotong, celup dalam telur, pastu bedakkan dia dengan tepung puas pastu goreng.  Macam tu je. Senang je, Bukan chef, bujang, anak dara mesti boleh buat sebab senang. Tapi yang kat Teluk Muruh ni, macam terlalu berminyak lepas tu too much baking powder rsanyanye. Sebab makan sikit terus muak. Ashraff makan sikit maknanya tak menepati citarasa dia.

Jap nak pikir, lauk apa lagi yang diorder….. rasanya dah habis semua makanan laut kot yang naik atas meja tu. Selain tu ada jugak buah-buahan. Dia serve tembikai, honeydew, betik dan mangga yang manis letting.  Habis buah potong dorang makan yang tinggal betik je. Memang kat rumah ni jarang makan betik dan kurang disukai ramai. I lagilah.. tak berapa ngan betik ni. Air plak, dapat jus oren satu jug. Satu jug air tak cukup untuk kiterang tau, kena pi mintak meja sebelah untuk air kosong. kah kah kah

overall… sedap makan kat sini.. Harga untuk semua hidangan ialah RM150. OK lah kot. Sebab banyak sangat.  Murah lah….Lokasi MEdan Ikan Bakar Telok Muroh ni adalah belakang Hotel Marina Cove.  Haaa sapa nak pi, cari je hotel tu . Kat belakang je. Kiterang jalan kaki ramai-ramai pergi makan. MAsa pergi semua semangat, masa balik semua merungut kenapa jauh sangat hotel, ngantuk nak tido bla bla. 5 minit berjalan. Kalau berlari 3 minit kot.

 

Makan Tengahari di Restoran D’Warisan, Lumut Perak

Salam Semua,

Lama sungguh kami tak buat review makan ni. Ok lah. Atas permintaan ramai yang suruh buat review makan, kami tunaikan gaks la. Gini ceritanya. Kami selalu travel, dan masalah utama kami bila sampai ditempat yg tak berapa arif or familiar tu adalah untuk mencari makan tengahari. Maklum la kebanyakkan restoran hanya dibuka pada waktu malam aja dan kalau ada pon pilihan lauk pauknya sangat terhad. Memang susah untuk mencari restoran yang menyediakan makan tengahari dengan masakan kampung yang berselera, yang banyak pilihan lauknya, yang sedap, yang bersih, yang murah dan macam-macam yang lagi la kan…

Jadi, bila kami terjumpa ada tempat-tempat or restoran yang boleh dikatakan memenuhi syarat-syarat tersebut, sudah pasti kami akan kongsi kat Sawanila.com nih untuk dikongsi bersama.

Dan kali ni… Restoran D’Warisan Lumut Perak menjadi pilihan kami kerana beberapa faktor:

  • Parking kenderaan yang sangat luas. Sesuai untuk rombongan berkonvoi
  • Pelbagai jenis lauk pauk yg pening paler untuk dipilih..
  • WIFI FREE bro……
  • Murah de….

DW-1

Sesuai sangat untuk saya yang berkonvoi sebab lokasinya adalah ditepi jalan besar sahaja dengan kawasan parking kereta yang sangat luas… setakat nak park 30-50 biji kereta tu selamba jer…

OK… masuk-masuk jer…terus nampak SUP GRARBOX… emmmm…..sapa la bisik nih suruh amik la.. amik la… try la.. ala.. belum pernah rasa lagi la… meh ler… cuba try test rasa sekali jer…hehhehe…. *TTuuuuuuTT****

Lupakan yg kat atas tu.. meh tengok ulam-ulamannye plak… peeerrrrhhhhhh…. segor megor giler beb… pilih jer…. kalau amik ulam nih jangan lupa lawanya dengan sambal tempoyak… orang Perak nih memang glamer ngan tempoyaknye… sama macam orang Pahang gaks la….

Hah!.. ikan bakar kat restoran nih memang terbaik… ikan segar terus dari ladang tu… maklum la.. Lumut ni dekat ngan jeti ikan.. memang terasa segar ikan nya tak macam ikan yang jual kat KL yg dah bubuh ubat pengawet… kat sini memang fresh 100% fresh.. tak caya pi cuba terai test dulu…

Kalau nak citer lauk satu per satu plak.. gerenti posting nih akan jadi 18 muka surat.. so korang pi tengok gambar ajalah ekk… Oh ya…!! Korang JANGAN LUPA amik SOTONG sambal…. sekali gigit tak sedor makan 3 ekor…. sedap hingga tak ingat dunia.. tapi ingat.. jangan lupa baca Doa Makan yer…. Oh ya.. terlupa plak.. Jangan lupa untuk cuba siput sedut dia ek….

DW-10

Hehehe… air kat sini sendiri tuang ok…. macam-macam air ada… pilih la sendiri.. nak air buah pon ada… order aja….

Muahahakakakkakakak….. nih dia HERO OF THE DAY.. SUP GEARBOX… satu mangkuk besar ikut saiz.. harga bergantung.. yg saya amik tu RM15……. Dosa yang paling hebat bila makan sup gearbox nih adalah sedut sum-sum guna straw…. Jangan buat kalau korang tak berani.. muakakakkakakakkakaka

DW-13

Meh sini kita fokus in detail skit… apa yang ada dalam sup gearbox nih.. tu dia… rasa sup nih dirahsiakan.. takmoh citer kat korang.. takbleh nak ditulis sebab tak tahu nak describe camne.. paling senang korang try la sendiri…

DW-15

Hah…. nih baru lawan dia.. nasi + ulam lawan dengan sambal tempoyak… hehhehehhehe selamat menjamu selera…..

Ok lah.. seperti biasa… nih la markah yang kami bagi untuk Restoran D’Warisan Lumut Perak yang sangat terkenal untuk makan tengahari nih.

SS-DW

 

Ok.. kat bawah tu plak GPS location untuk Restoran D’Warisan ni.. senang aja.. restoran terletak tepi jalan aja.. memang nampak dan eye-catchy punye….

 GPS: N 4 12.527 E 100 37.344

View Larger Map

Today is Tuesday…Not Monday

Today is Tuesday…Not Monday, itulah yang I bebelkan Ashraff radi pagi. Dah keluar rumah dah turun bawah, tetiba dengar budak dok bercakap kat luar. Macam takut-takut ak ketuk pintu. Rupanya Ashraff n Afriena. Pastu tanya apsal , dahlah I ni dok sakit perut nak masuk toiletkan..Dia cakap mama,

I forgot , today is Tuesday, not Monday.

Ha tulah mama dah cakap dah tadi, buat dekk je kan

Semalam dorang tak susun buku sebab sampai rumah pun dah dekat pukul 11. Kiterang ke Lumut ada Family Day untuk Malaysia Wish Club. Best walaupun tak mandi laut. Dah settle Ashraff baru nak masuk bilik pi toilet sekali dengar

Tiiiii…

alamak sapa plak ni?

Yati , tolong amik henpon abang

ok ok sambil bebel…pas sorang sorang …

macam biasa suami gelak je. Dah settle I tunggu 5 minit  dulu kot ada lagi sesapa naik cakap tertinggal barang.  Kang masuk toilet ada lagi ketuk pintu kan. Macam dapat rasa bebudak lambat sampai sekolah dan papanya lambat sampai office.Cerita pasal kat Lumut esok saya update ye, sebab saya kena cari bahan untuk advertorial. Dateline dah dekat. Tapi apa yang dapat saya simpulkan, best pi Lumut sbb dapat kawan baru, dapat makan banyak dari Gulam Rasul, nasi campur, sup gearbox, dapat resepi siput sedut dan mee bandung dsedap kat Tanjung Karang.

lumut

Gambar kat sana. Ada Telematch, ada family dinner. Tema dinner, Rock n’ Roll tapi I tak ikut pun tema.

lumut1

Kalau ke Lumut, harus membeli hasil laut. Ikan masin nampak menarik terus beli. Tapi tak banyak sbb kiterang bukan pemakan ikan masin sangat. Ikan masin masak kari sedap tak? Udang kering udang, udang geragau, bilis putih, sate ikan,macam-macam lagi. All the snacks tu fav bebudak. Yang Pearl Haya tu bukan beli dapat lucky draw tudung. Lawa, simple and selesa tapi singkat maka saya enurunkannye kepada Afriena. Dia dok cakap nak pakai nexy year.