Tag Archives: Lontong

Resepi Lontong

Mood raya belum habis. Nak makan lontong plak. maklumlah kat Kelantan mana ada lontong. ramai tak makan. I memang suka lontong. My pinggan lontong mestilah lebih sayur, kurang lontong. Paling sedap lontong I makan adalah lontong Mak Long saya yang dok Singapura. Oleh kerana lontong dia sedap. I tanya lah resepi nak buat kuah lontong. Dulu I ingat dalam kuah lontong tu dia letak nangka muda sedap. Tapi masa kat Tesco, I tak jumpa nangka muda. Oh ya you all pernah makan lontong paku? hahahah lontong paku maksudnya kuah lontong dia sayur pucuk paku jer. I tak pernah makan.

Resepi kuah lontong seperti dibawah ye

INGREDIENT

  • 1 kotak santan
  • 5 batang cili kering -kisar
  • 1/2 genggam udang kering – kisar
  • 1 biji bawang besar -kisar
  • 3 biji bawang putih kisar
  • 1/2 inci halia – kisar
  • 1/2 inci lengkuas kisar
  • 2 batang serai – 1 kisar , 1 ketuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 5 cawan air
  • 1 batang lobak merah – potong macam batang mancis
  • 15 kacang buncis- potong serong
  • 1/4 biji kubis, dihiris kasar-kasar
  • 1pkt suhun
  • 2 keping tauhu,  – goreng dan potong 9
  • 1 keping tempe, potong sebesar ibu jari – goreng
  • 4 keping fu chok – rendam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
METHOD
  • Tumiskan bahan kisar  bersama serbuk kunyit dan serai yang diketuk hingga garing
  • bila dah garing, masukkan air,santan dan asam keping
  • Bila nampak dah panas, masukkan fu chok dan lobak merah, masak hingga empok
  • Dah empok bolehlah masukkan semua sayur , suhun tempe dan tauhu
  •  rasakan garam dan gula, kacau sebati tutup api
  • sedia dihidangkan dengan sambal sotong, serunding kelapa dan lontong.
  • Takde lontong pakai nasi impit pun boleh