Tag Archives: Laksa

Dapat Tangkap Orang Tidak Beratika Mencuri Gambar Di Facebook

Angin satu badan bila tengok orang lain curi gambar kita dan letak kat facebook. Kalau ambil gambar dan mintak izin takper la gaks… ni bukan setakat curik… dia siap buang watermark tu….

Hampeh.. kepada sesapa yang tidak beratika macam budak dogol nih… mari kita ajar dia skit… dogol macam nih lah yang merosakkan industri blogging di Malaysia  ni…

(click gambor)

Ini bukan kalu pertama dogol nih mencuri.. bahkan dah berkali-kali….. saya peratikan dogol

LAUK PAUK/KUIH MUIH KELATE

di facebook nih selalu MENCURI gambar…….

Kepada tuan punye page Lauk Pauk/Kuih Muih Kelate tuh.. tolong mintak maaf secara rasmi…. sebelum kami mengambil tindakan keatas anda….

Ini gambar asalnya

UPDATE TERKINI : 23 April 2010

Page Laksa Kelantan itu sudah dipadamkan

Hari Pertama Ramadhan

Hari pertama berpuasa pada 1 Ramadhan 1430H tahun ini sungguh nyaman sekali dengan cuaca yang redup sepanjang hari, berangin dan tidak meletihkan. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.

Hari ini kami sekeluarga tidak keluar dan segala persiapan berbuka kami buat sendiri aja.

Ni dia kueh Cik Mek Molek yang dibuat daripada ubi keledek.. Raser macam pelik plak ubi keledek tu kaler purple… memang ori beb.. tak ada tambah bahan pewarna.

Sementara prepare kueh itu… online kat Facebook gaks.. pasal nak jaga kebun FV..

Dam biasalah ada orang yang dok buat sibuk dan menyebokkan diri

Ni dia Kueh Cik Mek Molek yang sudah siap digoreng.. sedap ooo

ni popiah basah.. beli kat kedai kat bawah….

buah mangga po ada

Hah yang ni main dish dia… Laksa Kelantan..

Sederhana aja juadah berbuka untuk hari pertama Ramadhan tahun ni tetapi cukop menyelerakan…… tengok la esok apa plak juadah untuk hari kedua

Laksa Kelantan lagi

Assalamualaikum…

Oleh kerana Laksa Kelantan ni merupakan resipi yang paling top sekali di SawaRecipe so tengahari tadi kita orang buat balik Laksa Kelantan ni. Nak dijadikan cerita… semua bahan-bahan nak buat laksa kelantan ni memang boleh didapati dengan mudah kat area rumah cuma Laksanya sahaja yang susah.. Jadi pagi tadi jenuh gaks la dari kedai ke kedai pi cari laksa kering.. tapi tak dapat.. last sekali.. masuk Giant la gaks…. baru ada.. Alhamdulillah… dapat.. walaupon brand Giant… pon kira ok la…

laksa

Ni cara penyediaannye… Laksa Beras Chap Giant tu direbus dengan air menggelegak dengan api yang perlahan sempai ianya lembut…… nak tahu masak senang jer… amik seurat laksa tu dan picit dengan jari sampai putus… kalu senang putus tu dah masak la tu.. hehehehe

Ni dia sambal kosong… cara nak buat cukop senang… lada besar dan lada kecil merah ditumbuk sampai lumat….tu jer…

Yang ni plak.. ulam-ulaman…. timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan dan kobis, semuanya dihiris halus. Tidak lupa taugeh atau kace cambah dan asam limau untuk menambah perisa..

Akhir sekali.. semua ulam-ulaman itu dicampurkan dan jadilah Laksa Kelantan yang cukop enak. Tidak dilupakan sedikit BELACAN untuk menambah KICK laksa tu….

Punye le sedap tadi.. sampai tak sedar dah pekene 2 pinggan….. kalau korang nak rasa.. request dengan Yatie ye.. saya tukang tulis dan tukang makan aja ni.. hhehehehe