Tag Archives: Kids

Yang penting kerjasama :)

Semalam balik dari sekolah, bebudak tu lepak makan potato chips dulu sementara nak mandi keringkan peluh. Sekali masa makan, Rayyan tumpahkan chip habis crumbs berterabur atas lantai, terus Ashraff laju amik vacuum. Dia kalau kalau mama dia cakap nak vakum rumah,laju je dia amik and tolong vakum. So sekarang I main duduk and tunjuk mana nak kena vakum. hehehe harusla mengambil kesempatan. Rajinkan anak teruna saya. Slowly, dah nampak dia mula untuk bertanggungjawab. Setakat kapur kasut, angkat pinggan letak sinki,vakum rumah, buat air ribena bolehlah while Afriena plak, kalau suruh kemas sikit sikit dia oklah. Budak-budak ni jangan dipaksa nanti dia malas terus. Rayyan plak memang over rajin ..tengoklah

Takpe , vacuum tak bersambung pun boleh vakum… pretending ok. Masa ni kakak dia tengah mandi. Dia sibuk tolong abeng dia (read:ahbeng) . Sat lagi dia join tatak dia mandi plak. busy ok banyak benda nak buat.

gigh dia vacuum rumah…hahahah. Buat papa, sila-sila lah merajinkan diri macam anak-anak kita . sekali sekala kena tunjuk kerajinan ye.

Meet my handsome boy yang manja kededek…yang masih taknak lepas susu walau dah nak masuk dua tahun and yang makan banyak dan suka ikut orang cakap.

 

Hensem!!!!!!!!!!!

Sapa ni? hensemmmmm

itulah jawapan Rayyan bila tunjuk gambar dia and tanya sapa ni? Masa ni baru balik sekolah petang, last Friday. Since I dah settle masak and still early for mengaji session dorang mintak nak makan ice cream, so beli ice cream lepak kat taman kat rumah kejap. Tengok lah Rayyan tu dari dalam kereta sampai ke kedai n now tengah makan ice cream still dgn sun glass dia. Masuk kedai pakai sunglass pastu tunjuk kat uncle kedai tuh, Uncle tu kata wah you sungguh handsome lah… terkedek kedek dia gelak.

Memang sekarang ni suka melaram dengan spek mata ok. Dalam kereta especially. Makan ice cream pun pakai spek

Tengah betulkan spek. Kakak dia sentiasa control ayu tapi ganas gak kat sekolah, budak tahan dia kat pintu pun dia tolak je.. you don’t play play ah … Ashraff biasalah.. abang layan diri sendiri je.

Masa I tunjuk gambar ni, tanya dia

Mama :ni sapa ni?

Rayyan : tatak (kakak ) – nasib baik bukan katak kan. kadang panggil Afriena jie jie, kakak dia yang ngajar tuh

Mama : Ni sapa?

Rayyan : Apang (Abang)

Mama: ni sapa (point kat gambar dia)

Rayyan : Hensemmmm

perasan betul tau. Geram je budak banyak cakap sorang ni.Sekarang Rayyan banyak cakap sikit, kalau baca alif ba ta, dia mencuba sedaya upaya nak sebut ha, kho dengan betul. so far sampai kho je dia ikut pastu dia mula ke lain, cakap bird la, cat la apa-apa yang dia nampak kat depan mata dia. Besar macam ni tak fokus lagi

Sakit Perut

Semalam tak hapdet pun blog. Tak larat. Sakit perut giler, biasalah period pain. First time period pain since July 2009. Kirakan ni baru mcm betul period. Sebab selalu period satu hari jer, Now dah back to normal. Rupanya menyusu badan sepenuh masa period dia tak normal kot. Alhamdulillah susu banyak lagi.

Actually tak tahu nak hapdet apa sebab ni pun sakit perut walaupun dah makan ubat. Rasa nak tidur je tapi kang terridur sampai petang lupa nak amik bebudak plak.

Kita layan gambar Rayyan dulu, pepagi bangun suruh orang amik gambar dia. Tau plak dia nak senyum. heheheh esok nak kena inject budak ni.Budak yang tak dok diam nih. Bukak pintu je amik kasut nak keluar. Nampak air je nak bukak baju. Nampak buku je nak baca.

Ni plak gambar masa kat Extreme park masa Kheirul pergi main paintball. Kiterang lepak sekejap sebab panasla. Balik rumah makan pizza lagi best.

Nak gak Afriena suruh tunjuk princess dia. Versi kecik beli kat Ho Chi Minh hari tuh.

Ni Ashraff punya.

Oklah ciao dulu. sakit perut giler dah ni.Saya kesempatan ni nak cakap pada yang click LIKE kat entry dalam Mas Travel tu terima kasih ye. Pada yang belum silalah LIKE. Click gambar ni