Tag Archives: ketupat

Rendang 5,10,15

Rasanya minggu ni tak masak nasi dengan lauk sangat. malas and takde mood nak makan nasi. So Kheirul suruh buat rendang. Hish buat rendang? SO apalagi buat jelah rendang. I guna resepi MIL kasi hari tuh. 5 10 15. Nak tau apa 5 ,10,15? 5 bawang putih,10 bawang merah,15 lada kering….

Masak rendang makan dengan nasi impit dan ketupat dakap. NIlah rupa ketupat dakap…

Ni ketupat , isi dia pulut hitam + pulut putih. Rasa dia lemak-lemak. Kalau tak nak makan dengan rendang, boleh cicah dengan nnise aka gula melaka yang cair.This is my mom speciality.Kalau tak nak dengan nnise or rendang boleh cicah sambal daging/serunding daging…sedap

REndang tu memang sengaja buat lebihkuah. tak buat kering sangat. Resepi dia nantilah eh….

Ketupat pulut inti serunding daging

Amacam raya semalam? best tak? kiterang best gak raya semalam. Hehehe I tak payah masak for raya sebab semalam my SIL buat open house. So bangun pagi jer siapkan bebudak then Kheirul balik from masjid terus ke SIL’s house. After raya rumah SIL kiterang beraya ke IKEA plak. hihi siap berbaju kurung ok ke IKEA

Oh ya, actually nak tunjuk juadah raya tg special…..since my MIL is here, she brought a very speacial ketupat. Ketupat palas inti serunding daging. Ketupat ni , ketupat lemak manis, ada isi sambal daging. Ya …sila imaginekeenakan ketupat nih bila masuk ke mulut you all

Ni lah rupa ketupat pulut inti serunding daging….hehe siap tapau lagi maklum anak menantu and cucu cucu hantu ketupat. You nak try ker? Ha kalau ke KB, pergi pasar boleh carik benda nih. Harga rasanya dlm RM35-RM45 for 100pcs. Tapi ini ketupat speacial sbb tempah. hihi sedapnye…..

Juadah raya haji

Raya lagi seminggu…. you all dah pikir ke apa nak masak for raya haji???? Ni saja nak share apa makanan wajib ada untuk orang kelantan masa raya. Ia adalah… ketupat pulut.

Ha ni ketupat daun palas. Isi dia pulut. Yang ni jenis manis. Kat kelantan ada memacam.Ada ketupat sambal daging. Yang sambal daging tu, ketupat manis ada inti serunding daging. Ada gak isi kacang. Oh ya ketupat ni diimport dari kelantan. My MIL yang kirim untuk cucu-cucu kesayangan yang memang hantu pulut.Selain ketupat palas ada lagi jenis ketupat lain. ketupat daun pinang and daun pisang.

Yang ni plak ketupat pulut hitam. Ni jenis tawar n kena cicah manisan atau gula kabung yang cair. Nama ketupat ni ketupat dakao sebab dia dok berpeluk gitu. Ni feveret my kids n my abah.And yang tukang buat is my mom. She’s the expert.

Tengok dia dok berdakap……..rasa dia sedap.lemak -lemak gitu