Tag Archives: Kenduri

Sabtu Yang busy

image

We all dalam kereta sebelum Rayyan nak terberak

Sabtu 26 Oct, Kiterang kena skip jogging sebab , hari bebudak ada kem motivasi. Pukul 7.30 dah kena hantar pergi sekolah. Bila dah hantar pergi sekolah, kiterang pun kena bersiap untuk ke majlis kenduri kahwin my BFF. So nak senang, sekali keluar.  Lepas hantar anak-anak ke sekolah, I follow Kheirul jumpa kawan dia kejap. Nasib baik jugak  lah meeting point dorang kat Petronas. Sebab masa syok menunggu, tetiba Rayyan sakit..mama akit erut (sakit perut). toyet (toilet)… dia sakit perut dah…. berlari mencicit bawak dia pergi toilet. Dia boleh gelak lagi. Alhamdulillah toilet bersih. Bersih sangat.Toilet kat Petronas yang ada starbuck.

Dah settle ngan kawan dia, so kiterang terus ke Seremban. My fren orang Seremban. Kiterang ni dulu rapat masa study . Sampai beranak pinak lah.I pun kenal family dia. Selalu lah spend weekend kat rumah dia. Makcik dia pun kenal. Harus lah I pergi kenduri kawen dia.  I sampai pukul 10 lagi. Gila awal. Khemah tgh duk setup lagi. Akad nikah pun belum lagi. Since ramai sangat orang so, I tunggu kat luar je. Salam ngan makcik dia , nampak few people yang familiar tapi mesti dorang tak kenal I. Dah akad nikah, baru boleh jumpa dia, siap bergambar lagi. She is so sweet and look so happy.

Dah bergambar then jumpa adik-adik dia and mak dia. Surprise dorang tengok I datang. hahahha… Dah lebih 10 tahun tak datang rumah dorang. Last datang rumah tu masa tengok my fren bersalin 2nd baby kot. Sebelum sampai kiterang pi kedai dulu beli kertas balut hadiah. Sempoikan nak pi kenduri sekangkang lagi nak sampai baru nak balut hadiah.

kawen

Selamat Pengantin Baru . Moga bahagia ke Jannah

Lepas tu lepak dengan adik bongsu my fren. Dah besar dah kau Amir ye. Dah kawen dah pun. Dah ada anak dah. MEmula dia tak cam.. lama-lama baru ingat then dia cakap patutlah tak cam dulu akak tak pakai tudung kan. ye …Sambil bersembang mata jeling kat makanan hahaha..tunggu orang lain rasmi dulu. Bila dah tengok few people makan baru lah kiterang makan. Rayyan nak makan sendiri gitu. Lauk kenduri sedap. Kheirul cakap… first time jumpa lauk sedap kat kenduri kat sini. Lauk daging dia sedap.

Dah makan, sembang, then jumpa pengantin, mak pengantin baru lahbalik. Kena cepat sebab nak amik bebudak balik sekolah. Dorang half day je. Lagipun malam Kheirul ada training Taekwondo so, kena balik cepat sikit, so that he can rest a bit kat rumah.

Kenduri Dan Puding Raja

Last Saturday, kiterang satu family pergi ke Kuantan sebab ada wedding invitation. Pukul 10 bertolak from rumah, pukul 1 dah sampai.Sedang eloklah sampai jer dah boleh makan.BTW, yang kat atas tu adalah gambar pelamin.lawakan??? Afriena cam biasa , dia suruh mama dia snapkan gambar dia depan orang yang ramai tuh.

Ha ni bebudak yang start nak buat perangai sebab panas. susah betul kalau jadi budak bandar semua tak boleh. Panaslah, peluhlah, nyamuklah….

Ha ni makanan masa kenduri.. nasi beriani dengan pelbagai lauk. kenyang sampai ke malam. macam biasa bebudak tak makan ni semua. dorang cuma makan daging and kek jer

Tapi yang paling best is this one. Dok terbayang-bayang lagi kesedapan dia. Ni nak kena menuntut ni. tau ni apa? PUDING RAJA. sedap gilosssss