Hari jumaat malam tukan… malas nak masak so Kheirul ajak pi cari burger kat Puncak Jalil. So dapat burger sedap rasa dia. special sos.Tapi kiterang still tak puas makan burger, so Sabtu petang tu mulalah mencari bahan untuk buat burger. Nak buat burger senang je, cari daging kisar. Untuk mendapatkan burger dgn texture yang lawa, mesti dapatkan bahagian topside. Sebab dia ada lemak sikit kat situ kan. Pastu jangan lupa bread crumb. Kalau yang buat sendiri lagi bagus. Beli roti, potong kecik-kecik masuk oven, toast sampai kering then blend. Pasal rempah untuk burger, boleh lah letak parsley and oregano bergantunglah, kalau you all suka rempah ala-ala Morocon, boleh letak cumin, paprika and mint. Ala macam nak buat kofta, pakai je resepi dia. Nanti nak try gak lah..tapi pakai lamb.Sedap gak ni
Berikut adalah resepi burger membakar jiwa raga
INGREDIENTS
- 500g daging kisar
- 1 biji bawang kuning besar – parut
- 1 biji bawang putih di cincang
- parsley dan oregano
- 1/2 cawan serbuk roti
- sebiji telur
- lada hitam dan garam secukup rasa
METHOD
- Campur semua bahan diatas dan gaul sebati.
- bentukan bahan tadi menjadi leper seperti burger
- Pastu simpan dalam freezer dalam 1 jam supaya bila bakar dia tak hancur.
- Sedia untuk dihidang dengan roti burger, mayo, cheese, salad, tomato bla bla bla
For those yang nak try resepi burger untuk yang berpantang atau jaga badan boleh tengok ka SINI