Dengar sini semua orang-orang kampung….. Street Fair besar-besaran akan berlangsung pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur bermula dari jam pada jam 10 pagi hingga 5 petang, oleh itu datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara tersebut.
Tak tahu nak pergi ke sana…
Jangan risau… Gunakan GPS Garmin Navigator…
- Tekan Point of Interest
- Tekan Shopping
- Tekan Shopping Centre
- Cari Berjaya Timesquare
tak jumpa gaksss
- or isikan kordinat N03 8.570′ E101 42.617′ kat GPS Kordinat tu….
- pastu ikut aja arah tuju yang diberi….
Tak jumpa-jumpa gaks bang!!!
eeem…. Naik Monorel……. berhenti kat Stesen Imbi.. betul betul depan Berjaya Timesquare
Susah bang.. saya tak tahu nak naik Monorel bang…..
jangan risau… sampai jer KL.. terus amik teksi.. suruh jer brader teksi tu hantarkan ke Berjaya Timesquare… jangan lupa bayar tambang ye!!!
OK…. apa yang ada kat Street Fair tu bang?????
Gatsby Deodorant Street Fair merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia di mana kami menjangkakan lebih daripada 500 orang penulis blog bakal berkumpul dan berada disana.
Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!
Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
Apa dia.. LIMA BELAS RIBU RINGGIT!!!! RM15,000.. Tarak tipu ka bang????
Mana ada tipu punye… kalau tak percaya.. pergi ler sendiri kat Berjaya Timesquare pada 17 April 2010 nih dari jam 10 pagi hingga 5 petang….
Untuk maklumat lanjut.. Sila Layari http://www.gatsby.com.my/streetfair sekarang!!!