Tag Archives: denggi

Demam Denggi

Alhamdulillah setelah dekat dua minggu, akhirnya rasa sihat dah badan. Pada yang tak tau, I baru keluar  hospital sebab kena denggi. Bukan I je, Rayyan pun kena. Kiterang masuk hospital duduk katil sebelah-belah je.

Hari Pertama – 3/11/2015

I start demam hari Selasa 3Nov. Masa tu pukul 11 pagi tetiba je rasa badan sakit-sakit. Sendi -sendi lutut, pinggang rasa sakit. Lepas tu tengah hari tuh, badan dah start menggigil. Masa tu I ingat menggigil demam biasa mungkin terlebih exercise atau mungkin sebab lutut sakit, walaupun masa tu dok pikir awatlah  sakit lutut yang memang tak pernah sakit, siap ada lebam-lebam tuh. Tetiba rasa macam badan lembik je, Lepas amik Rayyan balik sekolah,ingat memula nak masak  buat sambal ikan bilis kacang, pastu makan dengan bubur nasi tapi, rasa lemah sangat. Terus alas comforter kat depan TV, amik selimut tidur kejap dengan harapan bila dapat tidur kejap badan akan rasa segar. Tapi tidak…sepanjang-anjang tidur tu main menggigil badamn. Dalam hati kesian pikirkan Rayyan tak lunch lagi. Bangun kejap cakap kat Rayyan, mama tidur kejap eh Rayyan Mama demam, Rayyan ni budak baik, dia jawap, takpe mama , Rayyan makan kek dulu. Tengok?? Allah hantarkan seorang anak yang baik bertimbang rasa. Lepas tu pukul 1 lebih bangunlah nak solat zuhur,  Lepas tu order je, lunch. Rayyan kata nak makan nasi goreng, order . Memang dia makan banyak lah. Telan ubat, sambung tidur.Tidur sambil peluk Rayyan. PUkul 4 bangun, tunggu Asar dan drive ke sekolah Ashraff dan Afriena untuk jemput dorang. Masa drive t, badan menggigil tapi badan panas lah. Dengan berbaju sejuk. Balik tu, buat Mac n Cheese je kat dorang. I punya dinner suruh Kheirul beli. Kebetulan hari demam tu,  atau senang citer minggu demam dia balik lambat setiap hari, Paling awal pukul 9. Jadinya, kena siapkan bebudak makan, suruh dorang study while I baring.

Hari Kedua 4/11/2015

I cakap kat Rayyan tak payah gi sekolah,Dia lagi suka siap sambung tidur. Hari kedua demam makin kuat. Kheirul cakap pergi klinik lah dulu. I jawab tengok dulu, sebab kepala pening nak ke Klinik pun susah. I dok rumah telan je panadol yang ada. I ni memang tak suka tela ubat tapi rasa dah tak larat sangat, telan then sambung tidur. Selama demam tu, takde pun kemas rumah, cuma larat angun cuci baju je.  Sampai ke Petang asyik bangun, tidur, bangun tidur. Makan pun apa yang ada. Rasanya buatkan Rayyan Sandwich je. Malam tu I dah tak ingat I masak apa untuk bebudak ni. Seriously, masa demam hari tu, I banyak lupa hahahha. Malam tu Kheirul balik lambat gak, bebudak siap tidur awal. I pun tidur awal, tengah-tengah malam, berpeluh basah baju busuk dia.

Hari ketiga 5/11.2015

I rasa I pergi klinik kat rumah, rasa badan kuat sikit, tapi dalam  nak parking terlanggar jugak baju, kesian kereta, dah terhuyung hayang nak jatuh longkang jalan. Ha macam tu keadaan nya. Pergi klinik doktor check kasi ubat. Balik makan ubat. Dia ada kasi antibiotik, tapi I tak makan sbb demam baru 3 hari. Balik rumah tidur lagi. Lunch makan pisang je, while Rayyan makan sandwich lagi. Malam tu I tak ingat apa I masak unutk bebudak. Tapi dorang makan lah cuma lupa apa yang I masak. Seriously, banyak lupa masa demam.

Hari keempat 6/11/2015

Hari jumaat macam tu jugak, Rasa penat, so baring, tidur, baring tidur dengan badan yang panas sangat, lepas tu berpeluh busuk

Hari kelima 7/11/2015

Hari Sabtu, Kheirul bawak pergi klinik lain, Dia cakap pergi cek darah. Hahahahah cek darah memang menakutkan. So buat cek darah, Tengok result takde denggi pun tapi hemoglobin memang rendah. sangat abnormal. So doktor kata denggi takde tapi kena pergi follow kat hospital sebab darah tak normal.  Nak pi hospital kena tunggu Isnin lagipun badan rasa kuat sikit sebab ada rasa nak makan. KHeirul siap  bawak pi makan Patin Tempoyak. Lalu lah jugak makan walau tekak pahit. Pastu makan ubat doktor kasi. Lepas tu tidur . Malam tu takleh tidur, badan peluh berjeruk busuk lepas tu heartbeat laju. Tu belum lagi perut sakit entah kenapa, Belakang sakit tak payah citer macam nak tercabut pinggang. Lepas pusing rumah 2-3 round badan penat terus tidur.

Hari Keenam 8/11.2015

Macam biasa takde perubahan . Tapi terasa nak makan nasi lemak. Memang habis sebungkus makan sebab memang terliur mengidam. Budak-budak pergi grading taekwondo ngan Kheirul je. Ada orang cakap saja je demam tak nak join grading. tapi serius dok rumah baring tidur je.Masa tu bila bangun tidur, ada perasan langit-langit dah pecah dan berdarah. Gusi pun berdarah, tapi sebab dah cek darah  takde denggi makan takde risau apa. Malam tu Rayyan datang  masuk bilik , badan dia panas, pastu dia kata sejuk. Nak tidur ngan mama.

Hari ketujuh 9/11/2015

image

Kat ER, check darah, sbb muka dia pucat ad lembik semacam

image

lepas amik darah dia tidur. bagus budak i tak nangis meraung pun

image

see katil sebelah je… lepas tu makin lama katil rapat gila siap boleh main lompat katil tumpang baring lagi

Kheirul bising suruh pergi cek darah kat hospital. Jadi pukul 9 boleh lagi larat drive pergi office dia kat KL amik dia pastu pergi hospital. Kat Hospital doktor suruh cek darah, cek urine dan xray dada sebab dia tengok batuk je.  Lepas habis semua tu amik ubat then drive balik.. kena hantar Kheirul balik dulu while Rayyan dok belakang kereta dok komplen sejuk. Dia pun dah demam. BElum sampai rumah hospital call, kata ada denggi kena masuk ward. Plak… Call Kheirullah suruh dia drive hantar hospital sebab kalau nak drive sendiri memang tak larat dah. Masa tu, tengok Rayyan macam semacam pucat je, maka I ke klilnik jumpa doktor while Rayyan kat Emergency, cek darah. 2 jam menungggu, positif, terus dedua kena admit.  Bermula acara amik darah keluar masuk air. Malam tu badan Rayyan panas sampai 40 darjah. Nasib baik kat hospital. Kena masuk ubat kat buntut, kena masuk air. itulah aktiviti kiterang selama 4 hari.Asal habis air drip, Rayyan mesti cakap mama , tekan bell air dah habis, dah boleh balik. Hahahaha dia ingat nak balik je. Walaupun ada TV dalam bilik, ada view lawa kat tingkap siap boleh layan bunga api malam-malam, namun hati kami dok lah ingat nak balik pastu baring atas katil sendiri . Huhuhuhu nak balik. Makan pun tak lalu dah kat spital tu. Nasib baik suami, MIL , ashraff n afriena datang visit. dapatlah makan nasi ngan kicap baru sedap.

Setelah 4 hari 3 malam duduk hospital, keluar masuk toilet buang air, sampaikan Rayyan kena guna tempat takung kencing sbb dia tak larat nak pi toilet dek kerana air drip tak henti-henti masuk tangan, sampai tangan I bengkak, nurse siap cakap kita kena buat line baru, akhirnya doktor cakap macam ni

Puan…. puan punya kancing sudah ok… (dalam hati, aku kena kancing gigi ke?) hahaha rupanya urin ok,

Purut ada sakit kah? … I jawab tadaa sakit, tadaa muntah

OK, dara pun sudah ok, kumon pun dah takde, ini petang saya kasi puan balik. Rasa nak lompat bintang, sambil nak gelak kat doktor. Hahahaha but she is very nice lady. Walaupun dia boleh je nak cakap English tapi dia berusaha gigih cakap melayu yang selalunya, I nampak male nurse senyum-senyum kat belakang dia.Kalau 4 orang nurse ikut dia, 4 oranglah senyum kambing. hahahha

Lepas dapat keluar, esok kena pi spital lagi check darah Rayyan while I pulak hari Isnin. Doktor Rayyan pun best, cakap tak berhenti. Dia kata macam ni lah ex lecturer cakap tak berhenti. itulah cerita dia tentang denggi.

Sakit ohh demam denggi.

HAPUSLAH NYAMUK AEDES