Semalam sapa tengok bola??? mesti semua tengok. kat rumah ni semua minat bola kecuali Afriena. Orang pekik goll pun marah. Ashraff semalam masuk keter je, “mama, tonight Chelsea vs Malaysia right?” me jawab, yes. Then dia ckp, “I finished up my homework at school, so no home work tonight”. wah excited giler anak aku nih. Bola punya pasal. Siap plan balik, mandi,makan, ipad then watch football. Rayyan plak, sambil minum susu sambil tu pekik gol. Dia team Chelsea sebab bila Chelsea pegang bola je pekik gollll. Imaginela punya bising rumah kalau tengok bola.
Ok back to tajuk sebenar, hari rabu lepas I buat kek karamel. Since kek ni begitu popular dalam internetkan. Cake of the month. Buat pun senang je.Buat puding caramel and sponge cake. Rasa dia? Cake dia lembut selembut kapas, rasa yang halus . Cake dia ala ringan kena plak dengan caramel dia kat atas . Rasa karamel yang meresap masuk dalam cake tu..peghhh sedap. Semua suka makan. Rayyan lagi best tengah dok mengadun dia dah standby pinggan nak jugak. Afriena kejap-kejap pi tengokkat oven. Katanya cake tu lawa.
Nilah rupanya bila di potong. kat atas karamel, kat bawah kek. Resepinya diambil dari Dapur Kakzu. Terima kasih Kak Zu. Tapi semua dah tukar sukatanlah sebab I pakai cawan. gula jugak dikurangkan sebab nak jaga kesihatan.
RESEPI
Karamel
2 @ 4 sudu besar gula…jadikan gulakan gula hangus.ratekan pde keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas (kastard)
- 1/2 tin susu cair
- 1/2cawan gula castor
- 1 sudu besar vanilla (saya lebihkan sebab suka rasa vanilla)
- 3 kuning telur
- kacau sebati..kacau dengan perlahan. Jangan kasi bebuih
lapisan kek span (A)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 gula castor
- 3 kuning telur
- 135 ml air
- 1 sudu teh baking powder
- 3/4 cawan minyak
METHOD
- ayak tepung dgn baking powder
- pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang
- masukkan gula..pukul kembang lgi hingge naik skali ganda
- masukkan tepung berselang seli dengan air
- pukul hingga kembang
meringue (B)
- 6 telur putih
- 70 gm gula castor
- 1 sudu teh krim tar2 (saya ganti dgn 1 sudu lemon jus)
METHOD
- pukul hingge kembang dan tak menitis
- campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik
- bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan
- masukkan kastard dalam loyang yang berisi gula hangus…
- masukkan adunan kek yng telah diwarnakan.
- Masak kaedah double boiler…40 minit pertame gune api bawah..selebihnye gune api atas bawah hingge kek masak…apepun bergantung pade suhu kepanasan oven masing2.
- Bila kek dah masak biar sejuk dalam oven,
- Bila kek dah sejuk, dengan sendirinya dia akan nampak merekah kat tepi.
- terbalikkan bila dah betul sejuk kalau tak nanti karamel dia pecah
- sejukkan dan hidangkan
senangkan??? buat masa ni saya tak amik tempahan lagi, nak tunggu master dulu.
Note: anda boleh warna kek sesuka hati. masa letak adunan kedalam loyang berisi karamel (gula hangus + kastard) , jangan risau, adunan kek takkan bercampur dengan cecair itu sebab adunan kek tersangatlah rigan. dia cuma terapung-apung je.