Tag Archives: Bolasepak

Suasana Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Salam semua, walaupun sedih dengan kekalahan Malaysia tetapi suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam amat meriah sekali.. Jarang sangat kita lihat peminat bolasepak negara kita memberi sokongan padu kepada pasukan negara kita. Boleh saya katakan tiada ruang kosong langsung didalam stadium malah diluar stadium pun orang ramai masih lagi berpusu-pusu untuk masuk kedalam stadium

Saya bersama rakan opis sampai dalam jam 6 petang.. suasana dah cukup meriah dan kami bernasib baik dapat tempat duduk. Orang ramai masa tu penuh ceria dengan sorak. Kawalan ketat oleh pihak berkuasa juga harus dipuji. Cuma kami tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman masuk ke stadium, dan sebab itu juga harga makanan di dalam stadium melambung…. sendiri mau ingat ler.. air miniral pon RM4 sebotol…

Tidak kira dimana pun kita berada, perintah Allah S.W.T tetap diutamakan.. Walaupun surau tersedia tetapi tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai… Tepat jam 7:30 malam kami solat Maghrib diperkarangan stadium aja. Tahniah kepada saudara-saudara sekalian yang tetap menunaikan suruhan tidak kita keadaan, tempat, masa dan juga suasana.

Selepas solat, saya dapati pintu masuk ke dalam stadium sudah sesak dan tidak ada ruang untuk masuk.. mujur dengan kepakaran yanga da dalat gaks menyelit dan menyelinap masuk… Nasib baik tempat saya dah book awal-awal ada rakan yang jaga.. kalau tak… hehehe tentu takde tempat nak duduk…

Dalam jam 8:30mlm….. suasana menjadi lagi hangat dan riuh rendah stadium… tak tahu nak cakap camne… macam-macam gelagat ada.. tetapi satu benda yang harus dipuji…. penyokong Malaysia memang sporting… Kami umpama sebagai satu keluarga besar yang menyokong satu tujuan dan impian yang sama… cuma nasib sahaja tidak menyebelahi kami semalam…. tapi takpe… cuba lagi dilain masa…. Teruskan ngaumanmu Sang Harimau Malaya…!!!!

KEPUTUSAN – Malaysia (0) Vs Arsenal (4)

Salam semua, Keputusan perlawanan bolasepak diantara Malaysia dan Arsenal berkesudahan dengan

Malaysia 0 – Arsenal 4

Apa-apa pun sekalung tahniah buat pemain negara yang bermain dengan penuh semangat kesukanan dan apa yang boleh diperkatakan disini adalah diorang dapat menimba pengalaman yang cukup berharga daripada pemain-pemain bertaraf antarabangsa….

Tahniah buat Malaysia….

http://www.youtube.com/watch?v=wno1k88rJNw

Tak Puas Hati Dengan Mutu Pengadilan Bolasepak Sukan Asia 2010 Malaysia – China

Saya sungguh kecewa dengan mutu pengadilan bolasepak Sukan Asia semasa Malaysia menentang tuan rumah China…

Apa yang saya tidak puas hati adalah pengadil dari Australia bersikap berat sebelah dan melayangkan 3 kad merah untuk pemain Malaysia….. Pada separuh masa pertama, 2 pemain Malaysia dilayangkan kad merah iaitu Mahali Jasuli dan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil…Sementara Kunalan pula dilayangkan kad merah apabila dia menerima 2 kad kuning diseparuh masa kedua…

Apa-apa pun.. sekalung tahniah buat pemain Malaysia yang menunjukkan prestasi pertahanan yang sangat tinggi……


*Video dari Sokernet.com