Sebelum bercerita pasal ketam oh ketam, nak komen sikit pasal Masterchef semalam. Makin lama makin tak best plak tengok.Kalau you all perasan, cara pemfokusan dia more to drama and action, bukan fokus pada makanan. Buat macam lebih boring. beza dengan Masterchef US, dia selit drama tapi masih kekalkan pada yang sepatutnya. Nampak dah best dah Masterchef Malaysia, tapi tu lah banyak potong stim la. Macam semalam punya task, rasanya cara plan menu tu, macam tak kena je…asam pedas ikan salmon served with pasta…cam mana ek rasa dia. Dorang ni macam nak impress orang dengan keunikan bukan nak impress dengan rasa. Just my 2 cents komen je lah…
ok back to ketam… ni semua sebab Masterchef Aussie lah ni, ada ketam terus petang tu pergi cari ketam.Ada jual tepi jalan. So beli sekilo. Balik rumah cam biasa… mandikan ketam tu dulu ..errr I mean cuci dia sambil matilemaskan dia.
Lepas dah mandi cuci… bedakkan dia dengan tepung jagung sebab kali nak deep fry .
Goreng ketam atau any seafood jangan lama… just 3-4 minutes atau lebih tepat bila dah bertukar warna. terus angkat. Masa goreng ni… perghhh bau dia terangkat. sedapnya.
Angkat dan toskan dia…
Pastu masak dalam kuah lada hitam. Nak resepi dia? sila rujuk di bawah
INGREDIENT
- Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
- 1 genggam biji lada hitam -tumbuk
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 2 biji bawang putih – potong halus
- halia sebesar ibu jari – mayang halus
- 2 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- sedikit minyak untuk menggoreng
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun ketumbar
- sedikit air
- garam dan gula secukup rasa
- Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
- Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
- Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
- Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
- Kacau dan masukkan sedikit air
- rasakan garam dan gula
- bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
- Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
- Bila dah masak, tutup api . Taburkan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan
Inilah rupa ketam masak lada hitam. Sedap. Rasa ketam yang manis kena dengan kuah lada hitam. Sedap makan dengan nasi atau roti. Kheirul cakap, boleh buat bisnes nih. hahahah…Oh ya kalau nak rasa lebih lemak boleh letak sedikit cream atau susu.