Tag Archives: Ayam Bakar

Ayam Bakar Madu

ayam-bakar

 

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam
  • 2 sudu garam*
  • 2 sudu madu
  • 2 biji bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2 batang serai*
  • 2 inci kunyit /2 sudu kunyit serbuk*
  • 2 sudu minyak masak

Cara-cara

  • Tumbuk semua bahan yang bertanda * hingga lumat
  • Perap ayam dengan bahan yang ditumbuk bersama madu selama 2 jam atau lebih
  • panaskan grill atau kuali, sapukan sedikit minyak dan greill ayam atas bawah selama 5 minit setiap belah ayam
  • Lepas grill , bakar ayam daqlam oven untuk 20-30 minit bergantung pada oven.
  • Cucuk ayam dengan pisau, tengok kalau air jernih keluar ayam dah masak la tu

 

Juadah 5 Ramadhan


Takde apa nak  citer tengok gambar je la ek….ayam golek (orang mengidam beli) kuih kaler hijau (oklah, tu yang malas nak beli kuih tu) Murtabak sedap giler beli kat PARAM serdang jaya and nasi goreng ketam sempoi

KUih ok lah…tapi orang buat kuih ni tak pandai sangatla…I rasa kalau nak meniaga biarlah masak bebetul

Ayam bakar ni sedap. no wonder Kheirul dah baper hari cakap nak beli. Hari ni nak masak apa ek

Resepi Ayam Bakar Madu

Nak buat ayam ni senang jor….

INGREDIENT

  • Ayam 1/2 ekor
  • Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
  • bawang putih 6 ulas
  • Halia – ketuk
  • serai ketuk
  • garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
  • daun pandan
  • kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • 4-6 titik minyak bijan

METHOD

  • Rebus air  bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
  • Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
  • kacau dan masukkan ayam
  • Celur hingga nampak separuh masak
  • Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
  • lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
  • perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
  • Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
  • Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
  • Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
  • Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap